Fais berjalan ke sana ke mari entah mengapa dia sebegitu. Di tangannya kini digenggam erat buku diari berwarna coklat pekat. Pemilik nya? Dia berada di bilik Faiq semesti nya itu kepunyaan adiknya.
Sebelumnya...
Fais pulang ke rumah kerana jam kerjanya sudah tamat. Rumah terlihat sangat sepi. Fais melihat seluruh penjuru rumah itu dan akhirnya dia menemukan mak Jah yang sedang memasak."Mak Jah mana semua orang?"
"Eh Is lupe ke nak? Hari ni Faiq check up sekaligus buat kemoterapi dia."
Fais tepuk dahi.
"Kalau macam tu Is nak kemas barang Faiq nanti tentu dia kene tahan kat hospital."
"Nak mak Jah bantu ke?"
"Takpe Is buat sendiri. Mak Jah bekalkan makanan tu je nanti Is bawak."
Mak Jah mengangguk paham.
Fais pun menuju ke arah bilik Faiq. Fais memulakan kegiatannya dengan mengambil beberapa pakaian adiknya dan dimasukkan ke dalam beg pakaian Faiq. Sedang Fais mengemas pakaian Faiq terlihat sebuah buku usang bewarna coklat jatuh di kakinya. Rasa ingin tahu Fais mendorong dia membuka isi diari itu dan....
Disini lah Fais. Terduduk di tepi katil milik Faiq. Berulang kali dibacanya hasil tulisan tangan sang adik tetap dia masih bingung.
Perkara terakhir nak buat
1. Dapatkan kemaafan ibu√
2. Makan bersama ibu√
3. Buat ibu tersenyum√
4. Keluar bersama ibu dan abang
5. Buat benda bodoh bersama abang
6. Sambut ulang tahun yang pertama dan terakhir
7. Buat kejutan untuk Alisa
8. Buat kejutan untuk ibu
9. Luang masa dengan Alisa
10. Buat abang bahagiaSemua nya tidak masuk akal bagi Fais. Fais sangat faham akan benda bodoh yang adiknya maksudkan. Permintaan Faiq yang terakhir amat menyayat hati Fais.
"Abang dah cukup bahagia. Bahagia apa lagi yang abang nak?" Monolog Fais sendiri.
Air mata dikesat. Kemudian Fais bangkit.
"Abang akan tunaikan semampu abang." Tekad Fais.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Gelak tawa kedengaran di ruangan VIP milik Faiq. Tengku Irdina menyediakannya khas untuk Faiq. Bagi wanita berumur 40an itu mungkin untuk keselesaan anaknya tapi bagi pemuda berumur 20 tahun itu, perkara itu sungguh istimewa. Apa pun dilakukan ibunya untuk dirinya dia akan menerima apa sahaja."Dek, ibu balik ye? Esok ibu lawak lagi ye? Takpe ke?"
"Eh takpe bu. Faiq tak apa2. Ibu patut balik berehat. Kesihatan ibu juga penting. Abang ada temankan Faiq malam ni."
Tengku Irdina tersenyum. Diusap lembut rambut anaknya itu. Kemudian dahi anaknya dicium lembut. Faiq tersenyum lebar melihat ibu nya seperti itu. Sedangkan Faiq dia kaku. Jantungnya berdegup kencang. Ingin rasanya dia menjerit.
"Taknak salam ibu?" Soal Tengku Irdina sambil menghulurkan tangannya.
Faiq teragak-agak. Dilapnya kedua tangannya di baju hospital miliknya. Sang ibu yang melihat pun menahan air matanya. Dengan segera dia menggenggam tangan pucat itu.
"Sekarang cium."
Faiq menurut. Tengku Irdina mengusap lembut kepala milik Faiq.
"Mulai sekarang salam tangan ibu tiap kali ibu pergi ke mana2 faham?"
Faiq mengangguk sambil tersenyum lebar.
Sepeninggalan Tengku Irdina keduanya saling diam. Fais masih dengan fikirannya.
"Abang." Fais tersentak terkejut saat bahu nya disentuh Faiq.
"Ye? Eh kenape bejalan sampai sini?" Soal Fais sambil melihat adiknya sudah duduk di sebelahnya.
"Iq panggil berkali-kali abang tak dengar."
Fais tersenyum. Dirangkul erat tubuh si adik. Lihatlah tubuh Faiq sudah banyak yang menempel di badannya. Bahkan infuse nya sudah membuat kedua tangan Faiq membiru.
"Iq, betul ke Iq nak buat apa yang Iq tulis?"
Faiq menoleh.
"Abang baca buku Iq?"
Fais mengangguk. Kemudian dia tersenyum coba mengusik adiknya.
"Kata kat abang cuma anggap Lisa tu sebagai kawan😏. Kenape abang bace kan-"
"Abang? Abang sayang Iq kan? Mari kita hentikan." Faiq merayu membuat Fais sudah terbahak.
"Jom kita lakukan sama2"
Faiq terlihat bingung.
"Kita lakukan apa yang Iq nak lakukan. Okay?"
Faiq tersenyum lebar.
"Nak! Terima kasih bang!"
Tubuh Faiq masuk ke dalam pelukan Fais.
"Berjuang lah. Bertahan untuk semua."
Faiq hanya mengangguk. Dia sangat lelah. Sehingga dia tertidur di dalam pelukan Fais. Perlahan Fais membetulkan posisi Faiq supaya infuse dan selang oksigen nya tidak tercabut. Dikucup lembut dahi sang adik. Tidak lama Fais juga turut larut ke dalam alam mimpi.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...