Bunyi hon kereta mengejutkan alisa dari lamunannya. Sarapan pagi yang menyelerakan mula menjadi tidak sedap apabila Faiq muncul.
"Eh Faiq. Awal nya ambil Lisa?"
Soal Tengku Maria."Jom lah sarapan sekali. Duduk sebelah Alisa tu. Pagi ni nasi lemak ayam mak jah tau yang buat." Tengku Aryan mempelawa Faiq.
Wajah Alisa dipandang. Alisa menggelengkan kepalanya sambil membesarkan matanya tanda dia tidak mahu Faiq menerima pelawaan itu. Faiq sudah senyum senget.
"Kata orang rezeki jangan ditolak kan pa?" Faiq mengambil tempat di sebelah Alisa.
"Lisa. Tunggu apa lagi? Ambil lah untuk abang Faiq kamu tu." Suara Puan Maria sudah menegur anak gadisnya yang hanya membatu.
Alisa ikutkan sahaja apa yang dimahu mama nya.
"Sabar Alisa. Sabar.." omel Alisa sendirian.
"Apa dia Lisa? Saya tak dengar?" Faiq sudah menyampuk.
"Eh takde apa2 lah fa- abang ha ha ha. Makan2 sampai kenyang lepas sendawa puas2." Sindir Alisa.
Tengku Maria dan Tengku Aryan sudah tersenyum. Sesudah sarapan Alisa dan Faiq meminta izin untuk keluar.
Dalam kereta Alisa hanya diam. Dia hanya memandang ke luar tingkap kereta itu. Fikiran nya entah kemana. Yang difikir nya kini hanya Faiq Benci. Benci Faiq. Itu lah diulang nya berkali-kali.
Kereta Faiq berhenti tepat di RK Wedding Designer(reka).
"Apasal bawak aku sini?"
"Laa takkan lah masak kot. Tentu lah tempah baju kahwin."
"Alah engko ni. Kahwin ala kadar je lah. Nak tempah bagai ish."
Alisa keluar dari kereta dan menghempas kuat pintu kereta itu.
"Heh budak ni."
Faiq mengekori Alisa.
"Pintu kereta saya roboh kang siapa nak ganti? Saya jugakkk."
"Nyawa abang aku siapa nak ganti? Kau? Takkannn."
Sindiran pedas Alisa membuatkan Faiq terdiam. Kemudian dia tersenyum.
"Maaf ye Lisa. Saya tak sengaja."
Alisa pandang Faiq.
"Kenapa pulak dia yang minta maaf? Aku yang sindir. Tapi kalau dia minta maaf memang patut." Soal Alisa dalam hati.
Sepanjang sesi pemilihan baju pengantin hanya Faiq sahaja bersuara. Alisa? Dia hanya jadi mak angguk apabila ditanya. Baginya sejahat jahat dirinya dia tidak akan memalukan Faiq di depan orang ramai dengan sikapnya. Dia terpaksa berpura.
Seusai pemilihan baju pengantin Alisa cepat2 melangkah masuk ke dalam kereta. Dia tidak betah berlama di situ. Alisa juga tidak tahu warna baju pengantin nya. Di dalam kereta Alisa kembali diam. Kereta dipandu Faiq berhenti kali kedua. Jelingan Alisa sudah memaut diberi kepada Faiq apabila kereta itu berhenti di sebuah kedai makan.
"Kau bawak aku pergi mana pulak ni?"
"Makan lah. Tadi sikit pun breakfast awak tak jamah. Jangan katakan nak mejamah nak tengok pun awak tak nak."
"Selera aku hilang tengok muka kau."
Faiq sudah ketawa.
"Dah jom." Faiq terus melangkah keluar daripada kereta itu.
Mahu tidak mahu Alisa ikut sahaja si Faiq walaupun dalam hati dia sudah sumpah seranah si Faiq tu. Mee goreng seafood dan air laici dipesan. Alisa sudah telan air liur. Faiq ketawa. Mee dan air diserah kepada Alisa.
Alisa mula mengikat rambut dan makan tanpa mempedulikan Faiq. Dia sudah kebulur.
"Makan lah saya belanja. Tu favourite awak kan?"
"Memang kau lah belanja dah kau yang ajak aku sini. Mana kau tahu?"
"Dulu kan kita rapat."
"Sekarang tak."
Faiq terus terdiam. Kemudian dia tersenyum melihat kegolojohan Alisa makan tanpa segan.
"Kenapa perlu aku kahwin dengan orang macam kau? Bagi aku tiga alasan MUNASABAH."
Faiq pandang wajah Alisa. Mata Alisa yang hitam pekat itu dipandang. Bulu mata Alisa panjang. Hidung Alisa yang sederhana mancung dan bulat. Bibir Alisa. Rambut dia yang ikal. Dia terlalu sempurna.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Teen FictionKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...