Iphone 7 ku berbunyi diminta angkat. Nombor tak dikenali. Tanpa banyak cakap aku terus angkat.
"Assalamualaikum" Si pemanggil memberi salam.
"Waalaikumsalam. Sape ni?"
"Bakal suami awak."
"Ergh. Engkau lagi. Apa kau nak malam2 ni?"
"Saja nak dengar suara bakal isteri ni."
"Buang masa aku je."
"Esok awak siap2 saya datang ambil awak."
"Kau nak buat apa? Aku taknak."
"Oh taknak ye? Takpe lah nanti saya cakap kat mama dengan papa awak yang awak taknak. Ini arahan dari mama papa awak tau."
Dan ini buat alisa lemah.
"Shit. Jam berapa kau ambik?"
Kedengaran tawa di hujung talian.
"Esok saya ambil jam 12 tengah hari. "
"What ever lah. Aku nak tido."
"Selamat malam bakal isteriku Tengku Alisa Alina."
"Hm. Bai."
Talian alisa matikan. Menyampah dia dengar mamat tak tahu malu tu.
🌸🌸🌸🌸🌸
Badan dihempas ke katil yang empuk tu. Keluhan berat dilepaskan.
"Bro. Aku dah berjaya lamar dia tak lama lagi dia akan jadi isteri aku. Aku akan tunaikan janji aku kat kau yan."
Pintu bilik Faiq dikuak perlahan oleh seseorang.
"Sayang.. i tidur dengan you malam ni. I dah cakap dekat mak you tadi."
"Geli wei. Nabi tak mengaku umat man."
Aiman sahabat Faiq ketawa. Aiman mula mendekati Faiq. Dahi Faiq diraba.
"Hm. Dah kebah demam kau ni. Gembira lah tu dapat jadikan Alisa isteri kau. Tahniah bro. Berjaya jugak kau akhirnya. Tiga tahun kau cuba asyik kena tolak dan alhamdulillah hari ni doa kau makbul Iq."
"Terima kasih man. Kau selalu ada buat aku. Aku berterima kasih sangat kat kau. Keluarga kau tolong aku pinangkan Alisa."
"Aku faham Iq."
Pintu bilik diketuk membuat kedua sahabat itu berpaling.
"Abang ganggu ke?" Soal abang Faiq iaitu Tengku Fais Al-Qushairy anak sulung keluarga itu.
"Tak lah bang. Masuk lah."
"Eh malam pertama ke?" Usik Fais.
"Euwww!!" Jawab Faiq dan Aiman serentak.
"Ibu mana bang?" Soal Faiq
"Ibu masih meeting dik. Maaf abang tak dapat pujuk ibu."
Rambut Faiq dibelai. Fais merasa dia harus bertanggungjawab menjaga adiknya itu sepenuhnya. Ibu nya Tengku Irdina membenci Faiq kerana kematian suaminya. Bagi Tengku Irdina,Faiq pembawa malang dalam hidupnya.
"Takpe lah bang. Iq okay. Takpe kalau ibu taknak jangan paksa. Kesian ibu penat bekerja."
"Kalau macam tu abang tidur dulu lah. Jangan lupa makam ubat dik. Demam dari hari tu lagi abang tengok tak kebah."
"Terima kasih bang."
"Haa lagi satu jangan tunggu ibu dia lambat lagi nak balik."
Faiq mengangguk. Hanya abang nya sahaja memahami Faiq.
"Wei ak-"
Dengkuran kedengaran. Aiman sudah tidur rupanya. Selimut ditarik hingga paras dada. Lampu ditutup. Faiq mula melelapkan matanya.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Teen FictionKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...