🌸🌸🌸🌸🌸
Meja makan keluarga Tengku Alisa riuh dengan kehadiran keluarga baru di rumah itu. Sedang mama dan papa Alisa rancak berbual Alisa menyiku Tengku Faiq yang sedang makan disebelahnya. Faiq menoleh ke arah Alisa dengan senyuman. Alisa tergamam seketika melihat wajah lelaki di hadapannya ini. Pucat. Ya pucat. Bibirnya kebiru-biruan. Lingkaran bawah matanya sedikit hitam.
Lambaian tangan Faiq mematikan lamunan Alisa membuatkan Faiq ketawa.
"Apa yang awak nak tanya saya?"
"Ma..mana kau pergi semalam?" Soal Alisa sambil menekan suaranya nya perlahan."Balik rumah ibu." Jawab Faiq sambil tersenyum.
"Kenapa?"
"Ibu demam."
"Kau jage ibu ke?"
Faiq geleng kepala kemudian memandang Alisa. Alisa melihat mata Faiq. Mata itu.. mata itu sukar untuk Alisa tafsir. Mata yang penuh kesengsaraan. Penuh penderitaan.
"Awak dengar tak?"
"A..apa kau cakap tadi?"
"Handsome sangat ke saya ni?" Usik Faiq.
"Hoi. Aku tanya apa kau cakap yang kau merepek tak tentu pasal ni apahal?"
"Saya cakap tadi yang saya lawat je ibu. Tapi saya tak jaga pun sebab abang tak kasi." Faiq meneruskan acara makannya.
"Kenapa abang tak kasi kau jaga?"
"Sebab saya sakit.'' Ucap Faiq tanpa sedar.
"Sakit apa?" Alisa ni banyak tanya lah pulak.
Faiq terserdak. Air diminum.
"Sebab saya kan baru kahwin tu lah abang tak kasi. Haa takut sakit tu bejangkit."
Alisa mengangguk.
"Pelik." Ucap Alisa sepatah.
Faiq sudah berpeluh. Dia tersenyum menyembunyikan kegusarannya.
"Morning mama!!"
Alisa sudah tutup telinga. Dia kenal suara macam alarm nak pecah ni.
"Nial! Hai lambatnya anak bujang mama ni bangun?"
"Hehehe Yal tidur akhir semalam ma. Alah biasa lah chating dengan pengantin baru."
"Morning mama je? Papa?"
"Selamat pagi papa!" Danial buat tabik hormat membuatkan mereka tertawa.
Danial duduk di hadapan Faiq. Faiq menundukkan wajahnya. Danial menendang kaki Faiq.
"Aww!"
"Eh kenapa Iq?" Soal Tengku Aryan.
"Takde pa. Panas air ni."
"Laa tiup lah dulu."
Faiq memandang tajam Danial yang sudah ketawa. Alisa pergi ke dapur untuk mencuci pinggan. Danial tidak henti ketawa. Namun ketawa nya mati saat melihat wajah sahabatnya itu. Danial menukar tempat duduk nya ke sebelah Faiq.
"Bro,kau sakit ke?" Danial separuh berbisik. Tangan Faiq digenggam.
"Sejuk ni. Kau sakit ke?"
Faiq mengangguk perlahan.
"Ubat kau mana?"
"Dalam kereta. Takpe lah aku boleh tahan ni tak payah-"
"Ma,pa, Yal bawak Iq keluar kejap k."
Mereka hanya mengangguk.
"Sa! Aku pinjam laki kau kejap!" Laung Danial.
Segera Danial membawa Faiq masuk ke dalam kereta Bezza Faiq. Faiq mula memegang perutnya.
"Mana kau letak Iq?"
"Da..dalam laci tu."
Dua biji pil diberi kepada Faiq. Faiq menelannya rangkus. Kereta Faiq mula dipandu oleh Danial.
"Tahap berape dah bro?"
"Masih ti..ga" Faiq gagap.
"Tahap tiga ke kalau dah ambil radioterapi?"
"Jangan bagitahu kat abang aku."
"Aku takkan. Bagitahu aku.""Tahap empat. Nak capai tahap akhir kalau aku tak jaga pemakanan dengan ubat aku."
Kereta diberhentikan.
"Ini ke sebab kau minta tiga bulan? Itu jangka hayat kau ke?"
Faiq masih diam. Kolar baju Faiq digenggam.
"Itu jangka hayat kau ke?!"
Faiq tersenyum kemudian mengangguk perlahan. Stereng kereta ditumbuk Danial kuat. Dia marah. Dia kecewa. Dia sedih. Dia menyesal. Ya. Dia kesal kerana membuat perjanjian dengan Faiq. Perjanjian tiga bulan dengan Faiq membuatnya rasa teruk. Apa perlu dia lakukan? Dia tahu kisah hidup Faiq. Dia tahu Alisa berharap padanya. Dia cintakan Alisa tapi dia lebih sayangkan Faiq yang sudah dianggap adiknya sendiri. Apa perlu Danial lakukan? Perlu ke khianati kawannya yang hanya menunggu masa? Perlu kah dia patahkan hati orang yang dia cintai? Danial buntu.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Dla nastolatkówKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...