🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Fais memapah Faiq berjalan memasuki rumah.
"Bang terus ke dapur."
"Tak boleh."
"Iq nak masak. Nanti ibu balik. Tentu ibu belum makan lagi."
"Ibu makan lu-"
"Tak sempat bang. Ibu selalunya tak keluar masa lunch. Selalunya Mak Jah hantarkan bekal."
Fais memandang wajah pucat itu. Senyuman Faiq melebar. Bibirnya pucat kebiruan itu melunturkan senyumnya apabila melihat air mata Fais jatuh.
"Abang Iq buat salah ke? Kalau memang tak boleh tak ape bang Iq du-"
"Dah jom." Faiq menarik tangan adiknya itu ke dapur.
Dua beradik itu sedang begurau senda sambil memasak. Gelak ketawa kedengaran.
'Ya Allah aku mohon berikan lah adik hamba kesempatan untuk merasa bahagia tunaikanlah keinginannya bukakan lah pintu hati ibu Ya Allah,aku mohon. Kekalkan lah kebahagian hingga akhir nanti Ya Allah. Hamba mohon..' Fais merintih berdoa kepada Sang Pencipta.
"Aw!" Jari Fais terkena pisau.
"Bang! Ya Allah!" Pisau Faiq letakkan di tepi. Segera tangan Fais ditarik ke arah sinki dan air dibuka. Kemudian setelah puas memastikan darah jari abangnya Faiq meniup niup jari Fais. Segera Faiq berlari ke tempat first-aid diletakkan dan mengambil plaster dan dibalut di jari si abang. Air mata Fais tidak henti mengalir.
"Abang buat Iq rasa lemah😤" Faiq buat muka untuk mencairkan keadaan.
"Buruk lah muka. Hahaha." Fais ketawa melihat Faiq.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Masakan yang dimasak pun terhidang cantik di meja makan. Seperti biasa Faiq akan duduk di meja makan sementara menunggu ibu nya pulang dan abangnya mandi. Saat pintu utama rumah agam itu terbuka Faiq segera bangkit dari tempat duduknya. Badannya yang lemah itu dipaksa berdiri. Tulangnya terasa ngilu. Kepalanya berat sedikit.Tengku Irdina menghentikan langkahnya saat melihat Faiq berdiri di meja makan. Perkara yang selalu dilakukan oleh Faiq. Senyuman bibir pucat biru itu mengembang seperti selalu walau tidak pernah sekali dibalasnya. Pertanyaan yang Tengku Irdina hafal...
"Ibu baru balik bu? Dah makan? Kalau belum ibu makan lah. Nanti Iq panggilkan abang."
Lama Tengku Irdina merenung Faiq. Dari atas sehingga bawah. Faiq tidak tahu Tengku Irdina mengetahui penyakitnya. Badan anaknya itu kurus. Mukanya pucat. Tetapi senyumannya tidak pernah luntur.
"I..ibu nak makan?" Soal Faiq ragu melihat ibunya memandangnya lekat.
Perlahan Tengku Irdina mengangguk. Faiq terkejut. Ibunya? Tengku Irdina? Mengangguk? Faiq masih mematung saat ibunya sudah duduk di meja makan.
"Iq pang..panggil abang."
"Tak perlu. Abang dah turun dah."
"Kalau macam tu abang dengan ibu makan lah. Iq masuk bilik-"
Faiq sudah berdiri dan tiba2 Tengku Irdina bersuara.
"Duduk."
"Ye bu?" Soal Faiq.
"Duduk. Makan sekali."
Faiq tergamam. Selalunya ibu nya itu akan menolak untuk makan bersamanya. Perlahan Faiq duduk kembali. Bunyi sudu bergema.
"Macam mana kerja hari ni Is?"
"Baik bu. Semuanya terkawal. Operation hari ni pun selamat."
"Bagus anak ibu."
Seperti biasa yang dilaukan oleh ibunya.
"Iq pulak?"
Tinggg!! Sudu Faiq jatuh ke lantai.
"Ma..maaf iq.. ap..apa i..ibu nak ta...tanya." Faiq terus menggelabah.
Fais tersenyum. Manakala Tengku Irdina pula berusaha menahan air matanya.
"Macam mana dengan Iq?"
"O..okay."
"Kenape muka Iq pucat?" Tengku Irdina bermain tali.
"Iq demam sikit je bu."
Fais sudah tahan air mata.
"Bohong. Bohong! Iq bohong ibu! Bohong!"
Faiq sudah pucat.
"I..ibu cakap a..apa?"
Plakkk! Tamparan keras mengenai pipi Faiq. Tengku Irdina memukul mukul dada Faiq kasar. Fais cuba menghentikan ibunya.
Sudut bibir Faiq bedarah. Hidung Faiq ikut berdarah.
"Kenape? Ke..kenape tak bagitahu ibu? Ke..kenape sekarang?!!!"
"Bu.." panggil Faiq.
Faiq melihat ke arah Fais.
"Maafkan abang."
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Fiksi RemajaKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...