"Kita batalkan tiga bulan tu. Aku serious."
Wajah Alisa Faiq pandang. Alisa langsung tidak menoleh. Tangan nya ligat melipat baju Faiq ke dalam beg pakaian Faiq.
"Sa.. Yal macam man-"
"Kau ingat aku selfish sangat haa bodoh?" Danial tiba-tiba sahaja muncul di balik pintu wad itu.
"Aku dah agak dah kau akan macam ni. Kenape kau baik sangat? Dalam keadaan kau nak mati ni still ingatkan aku?" Dania sudah kelepasan kata2.
Alisa terdiam. Ini pertama kalinya dia melihat Danial semarah itu. Dan Danial nampak matang. Akan tetapi itu lah sifatnya yang sebenar. Faiq? Dia hanya menunduk dan terdiam.
"Cakap perkara sebenar kat abang kau yang kau cuba nak bagitahu dia tapi dia yang busy. Cakap kat ibu kau yang kau sakit."
"Takpe lah Yal. Aku okay."
Faiq cuba berdiri. Tangannya direntap Danial kasar.
"Apa maksud kau okay?"
Lengan Faiq masih digenggam Danial erat.
"Yal,tolong faham aku Yal. Ibu tak payah tahu."
"Tapi kau sakit!"
"Aku dah cuba bagitahu Yal. Aku cakap aku sakit. Tahu apa dia cakap? Jangan minta simpati dengan drama kau."
"Tahu apa aku rasa Yal? Sakit. Sedih. Kecewa. Kecuali marah. Aku takkan pernah marah kat ibu. Dia yang lahirkan aku. Aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku."
Danial terdiam. Tidak mampu menatap mata sahabatnya itu. Senyum yang selalu mekar itu layu. Ketawa yang selalu didengar kini hilang. Ceria yang dulu cerah kini pudar. Tubuh itu semakin kurus. Bibirnya membiru.
"Sa,hantar aku balik rumah ibu kejap ye."
Alisa yang termenung tadinya kini menganggup mantap.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Nak aku teman ke?" Soal Alisa
Faiq menggeleng.
"Kejap je."
Faiq berjalan perlahan memasuki pintu rumah. Faiq berjalan perlahan ke arah bilik abangnya. Ketukkan perlahan Faiq buat agar tidak mengganggu ibunya.
"Abang,"
Si empunya pun menoleh. Dilihatnya tubuh lemah dan kurus itu dihadapan pintu biliknya itu. Bibir yang pucat dan biru itu tersenyum ke arah Fais.
"Abang, Iq datang nak minta maaf. Iq taknak macam ni dengan abang. Abang satu-satunya orang yang masih peduli dan sayangkan Iq. Iq tak sanggup macam ni bang. Kalau lepas Iq mati abang nak benci Iq pun Iq tak kisah. Iq perlukan abang saat ni. Tu je. Maafkan Iq bang."
"Oh! Kau lah penyebab anak aku takde selera makan. Kau lah penyebabnya. Berapa kali ibu cakap kat Is? Budak ni tak dapat dibaik. Dia tak layak. Dan kau!"
Tengku Irdina mendekati Faiq diambang pintu sambil berpegang pada dinding. Matanya sayu. Tiada tatapan benci mahupun marah dalam mata itu.
Plakkk!! Pipi Faiq ditampar kuat oleh ibunya membuatkan tubuhnya yang lemah itu terdorong mengenai meja pasu bunga dan tepat pasu bunga itu jatuh mengenai kepala Faiq.
"Maaf bu.."
Tangan Tengku Irdina bergetar. Mengapa hatinya berdegup kencang? Mengapa hatinya luluh saat melihat Faiq begitu? Fais tergamam. Dia kaku ditempatnya. Darah segar mengalir di celah dahi Faiq. Hidungnya juga begitu. Sudut bibirnya juga berdarah. Faiq melihat tangan ibunya terluka segera mengambil first-aid yang ada di dapur. Terhincut-hincut Faiq berjalan mendekati ibunya. Kain dilipat di atas tangannya supaya ibunya tidak jijik dengan dirinya. Dibalut jari kelinking si ibu yang berdarah. Setelah itu perlahan tangannya menjauh. Dia perlahan-lahan Faiq berdiri. Pening masih menguasai kepalanya.
"Iq harap satu hari nanti Iq dapat salam dan cium tangan ibu."
🌸🌸🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...