Sis igt nak buat lagi lah cerita memandangkan cerita sis sudi dibaca 😂 okay sis jenis genre family brothership tu jaa sebenarnya kalu cerita cinta cintun ni sis tak pandai lagi tapi sis akan cuba buat erkk. Sis bagi sinopsis sikit erk cerita kali ni pulak genre dia family,friendship and love gitu tapi yang pasti sad laa. Okay sis belanja sikit sis punya cerita baru. Tajuk dia belum lagi takdak idea nak bagi tajuk ape tapi yang penting jalan cerita dah ada.
💕💕💕
Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu menjadi pendorong buat hidup remaja yang baru menginjak 18 tahun itu. Dia tidak pernah berputus asa.Dia sanggup melutut merayu dihina dan dicaci hanya kerana ingin mendapatkan secebis kemaafan yang dia sendiri tidak tahu akan kesalahannya. Dia tidak mahu apa2 dari keluarga nya. Dia tidak mahu harta mahu pun nama. Yang diingini nya hanya sebuah kenangan yang dapat diingati nya hingga akhir nafasnya.
"Ayah maafkan Am ayah.." Tengku Fakhrul Amirullah
"Ayah? Aku jijik dengar kau panggil aku ayah. Kau tak layak pun." Dato' Fendy
"Kau pembunuh sekarang kau dah jadi perampas? Aku menyesal jadi abang kau selama ni." Tengku Fathrul Asad
"Kau pembunuh! Kau tak layak hidup! Kau patut mati! Aku benci kau!" Tengku Fatin Asna
"Kau patut ikut setiap telunjuk aku kalau kau nak stay lama kat rumah anak aku ni." Neknda Khadijah/Maktok
"Kau kawan aku Am. Tak sangka kau jerat aku sampai macam ni sedangkan kau tahu aku sayang abang kau.." Putri Nur Maisara
Semuanya angkara salah faham dia menjadi mangsa keadaan. Mampukah dia mencipta kenangan terindah sebelum semuanya terlambat? Mampukah dia mendapat kemaafan daripada semunya?
Segala nama dan watak hanya rekaan semata ye.. Kalau jalan cerita asyik sama harap dimaafkan 🙇 sapa nak saya publish ni??🙋🙋
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Dla nastolatkówKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...