Faiq sudah lemah di lantai. Tandas mangkuk penuh dengan darah.
"Kenape awak masuk?" Faiq sudah lemah.
"K-kau tak payah cakap apa2." Alisa memapah Faiq terus masuk ke bilik Faiq.
Alisa membaringkan Faiq di atas katil. Dia terkejut dengan situasi yang baru sahaja dia lihat. Faiq bohong! Tak mungkin ini cuma alahan. Alisa mundar mandir di depan Faiq.
"Mana ubat kau?"
"Da..lam poket."
Tanpa berlengah Alisa menyeluk poket Faiq. Dua biji pil yang berupa kapsul diberi kepada Faiq. Ubat itu ditelan rangkus oleh Faiq. Sakitnya tidak terkata saat ini. Dia lemah. Sangat lemah.
Setelah satu jam akhirnya Faiq tertidur. Alisa menyediakan mangkuk yang berisi air suam dan kain. Muka Faiq dibersih. Setelah itu kain itu diletakkan di atas dahi Faiq. Lama Alisa renung wajah itu. Pucat. Sangat pucat. Dia harus tahu dari Faiq sendiri apa yang disembunyinya.
Alisa mula menyesal kerana menuduh Faiq penyebab abang nya meninggal.Flashback
"Sa, jangan lah benci Iq tu. Kesian aku tengok."
"Yal. Aku kalau boleh aku nak je dia tu mampus. Aku tengok muka dia bagai ada bayang abang aku dan itu buat aku makin benci dia. Seolah-olah dia sengaja bunuh abang aku."
"Astarghfirullahalazim. Mengucap Sa. Aku tak pernah tau ajar kau jahat macam ni. Aku tak suka. Aku tolong kau sebab aku ingat kau dah berubah. Tolong Sa. Kau buat abang kau lagi terseksa."
"Kenape kau nak back up dia Yal? Kenape dia? Apa istimewa nya dia? Dia memang pembunuh Yal!"
"Lisa! Kalau kau nak tahu masa kejadian tu yang pandu kereta tu abang kau sendiri. Bukannya Faiq. Bukannya Faiq Sa. Bukan dia yang drive time tu. Dia dah larang abang kau tapi abang kau degil Sa. Jangan salahkan Faiq. Dia tak salah dalam hal ni."
🌸🌸🌸🌸
"Ibu dia tak suka kat dia."
"Macam mana mama tahu?"
"Dulu,masa Lisa dengan Iq masih rapat mama lah tempat ibu Iq tu meluah. Dia luah yang dia tak suka Iq. Iq tu penyebab kematian suami dia. Iq tu pembawa malang dalam hidup dia. Sampaikan mama yang dengar ni pun kesian kat Iq. Besarnya dugaan yang Allah berikan pada dia."
"Kenape mama kesian?"
"Dia dah banyak berkorban dalam diam buat ibu dia. Terlalu banyak dia korbankan."
End flashback
Alisa melepaskan keluhannya.
"Kenape kau bodoh sangat?"
Tanpa Alisa sedari,air matanya jatuh. Lama kelamaan Alisa tertidur di sebelah Faiq.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Fiksi RemajaKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...