Haruman masakan Faiq menyeru semua warga rumah agam milik ibunya itu terbangun. Ya. Di sinilah Faiq berada di rumah milik ibunya. Dia nekad akan meluangkan masanya bersama ibu dan abangnya bersama.
"Harumnya bau nak. Masak ape?"
"Mak Jah buat Iq terkejut lah. Ni haa Iq masakan makanan kesukaan ibu dengan abang."
"Amboi kalah masakan mak jah ye."
Faiq tersenyum. Mukanya pucat tiada berdarah. Matanya sayu dan redup bagai tiada lagi sinar bahagia di mata itu. Bibir yang selalu menguntum senyum itu pucat biru. Tak terasa setiap penilikan Mak Jah terhadap anak majikannya itu membuat air matanya jatuh tanpa kehendak.
"Kenape Mak Jah? Mata Jah pedih ke sebab masakan Iq? Sakit ke Mak Jah?"
Mak Jah menggeleng sambil tersenyum. Tangannya membelai rambut Faiq.
"Ya Allah! Iq!" Tangan Mak Jah begetar tatkala rambut yang dibelainya melekat banyak di tangan tuanya itu.
Faiq tersenyum dan ketawa. Diambil rambut yang gugur di tangan Mak Jah itu kemudian dibuang ke dalam tong sampah berdekatan dapur itu.
"Nak.. walaupun Mak Jah tak habis sekolah dan tak pandai baca tapi Mak Jah tahu sakit kamu. Teruk dah ke? Dah berubat dah ke?" Mak Jah mengusap usap muka anak majikannya itu.
"Mak, jangan risau lah. Iq okey! Iq kuat. Mak pun tahu kan?"
Begitulah cara Faiq memujuk wanita tua yang selama ini menjaganya tanpa keluhan.
Mak Jah tersenyum dan mengangguk.
"Cepat sikit masak tu nanti Mak Jah hidangkan."
"Nanti cakap kalau Mak Jah yang buat tau."
Mereka bergelak ketawa sehingga lah satu suara menghentikan acara mereka.
"Buat apa kau datang sini?"
Faiq tersenyum lebar hingga ke telinga.
"Ibu dah bangun?"
"Tak nampak aku dah berdiri? Aku tanye apa kau buat kat sini?"
"Iq nak luang masa Iq kat rumah ni kejap je tak lama. Iq nak dapat kan kemaafan ibu."
"Berapa lama kau kat sini?"
"Dua minggu je bu." Faiq tersengih.
"Baguslah."
"Eh bu makan la dulu nanti ibu pergi kerja."
"Aku takde selera nak makan dengan kau."
"Tak. Siapa cakap Iq nak makan dengan ibu? Iq pergi naik atas panggil abang sekali ye. Iq tak makan dengan ibu."
"Tak payah bangunkan aku." Suara Fais membuat kepala Faiq senget untuk melihat abangnya yang sudah duduk di meja makan.
Bahu ibunya dipegang dan kerusi ditarik.
"Duduk lah. Iq naik dulu lah."
Faiq menaiki anak tangga rumah itu. Tangannya terhenti saat ibunya bersuara di bawah.
"Akak masak ke? Tahu2 je akak ni Na nak makan ni."
"Sedap tak?" Soal Mak Jah
"Ish mahu tak sedap? Sedap sangat Mak Jah." Puji Fais.
"Haa sedap lah kak."
'Itu kerana budak tu bangun awal pagi untuk siapkan semua ni.'
Setelah puas Faiq melangkah kakinya masuk ke dalam bilik. Dua botol ubat ditatapnya lama.
Kemudian dua biji dari setiap botol itu ditelan."Hm. Rambut jatuh dah. Makna nya dah tahap tiga." Faiq tersenyum.
"Ayah dah nak jemput Iq dah ke? Tapi Iq belum dapat lagi kemaafan mereka. Tapi kalau Iq betul2 tak dapat berdiri lagi tak dapat buat apa2 lagi jemput lah Iq masa tu ye ayah? Iq pasrah."
🌸🌸🌸🌸🌸
"Apa maksud kau?" Soal Fais sendirian.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...