Bab 2

11.2K 275 0
                                    

5 tahun kemudian

Hidangan sarapan pagi itu tidak menarik minat Alisa seperti kebiasaan. Akan tetapi dia paksakan dengan memakan sekeping roti bakar dan secawan kopi susu. Sedang Alisa mengunyah roti bakarnya Tengku Aryan mula membuka topik membuatkan kunyahan Alisa terhenti.

"Alisa, bila Alisa nak gantikan tempat arwah abang Alisa sebagai CEO di AA trading?" Soal Tengku Aryan.

"Alisa belum bersedia."

"Tapi.."

Alisa bingkas bangun dari kerusinya.

"Alisa dah kenyang. Pa. Ma. Alisa naik dulu."

Begitulah keadaan Alisa setiap hari. Dia malas hendak bertengkar dengan papa dan mama nya. Anak tangga dinaiki dengan cepat. Pintu bilik ditutup perlahan. Alisa duduk di tepi tingkap biliknya dan termenung kosong. Begitulah rutin harian Alisa.

Ramai kawan yang menjenguk tetapi tidak diendahkan. Nasihat dari mama dan papanya tidak didengari. Banyak kaunseler dan pakar psiko datang tetapi masih tidak berjaya.

Makan malam keluarga itu sepi. Hanya dentingan sudu dan garpu kedengaran.

"Alisa. Papa nak bincang dengan lisa." Tengku Aryan memecahkan kesunyian.

Alisa masih diam. Kunyahan masih diteruskan tanda dia masih mendengar apa yang hendak dikatakan oleh papanya.

"Papa nak kamu kahwin."

Sudu diletakkan di pinggan. Wajah tua papanya ditatap lama mencari kebenaran pada ayat yang baru sahaja dilafazkan.

Tengku Maria masih berdiam.

"Kenapa perlu lisa kahwin? Dengan siapa? Anak dato' mana? Anak tengku mana? Tan sri?"

"Dia orang yang kamu kenal. Dia kawan arwah abang lisa. Nama dia Faiq."

"Apa papa cakap? Papa nak lisa kahwin dengan pembunuh tu? Papa nak lisa kahwin dengan penyebab abang mati? Lisa tak nak."

"Enough Lisa! Lisa dah melampau. Selama ni mama diam biar Lisa buat keputusan tapi bukan kali ni. Setiap apa yang kami cadangkan Lisa always said no. Dah lima tahun lisa macam ni. Umur lisa dah 20 tahun. Syarikat arwah abang lisa tak nak pegang. Semua lisa tak nak. Sampai bila? Macam2 dah mama dengan papa buat untuk lisa. Tapi satu pun lisa tak hargai. Mama kecewa dengan sikap alisa. " Tengku Maria meninggalkan meja makan itu.

Tengku Aryan juga turut mengejar isterinya. Alisa pula diam tak berkutik. Pandangan ditundukkan. Kata2 mama nya bermain di fikiran. Lisa pun masuk ke bilik.

Semalaman lisa befikir akan kata2 mama nya. Penting dirikah dia? Jahatkah dia? Bergunakan dia kepada mama dan papanya? Benarkah dia tidak menghargai apa yang dilakukan oleh mama dan papanya selama ini? Ya. Dia lalai. Terlalu lalai.

"Baiklah. Mulai hari ni aku kena lepaskan semuanya. Aku kena tunaikan permintaan mama dengan papa sebagai balasan."

Keesokkan hari nya lisa turun tetapi dengan sebuah senyuman. Hairan mama dan papa nya melihat Alisa pada pagi itu.

"Sedapnya bau bihoon ni. Morning ma. Morning pa. "

Tengku Aryan dan Tengku Maria berpandangan.

"Ma. Pa. Lisa nak minta maaf sebab abaikan mama dengan papa selama ni. Lisa minta maaf abaikan tanggungjawab alisa sebagai seorang anak. Ampunkan alisa ma,pa."

Tengku Maria menangis. Dia gembira akhirnya anaknya sedar. Tengku Aryan senyum puas. Pagi ini adalah pagi yang paling bahagia buat keluarga kecil itu.

"Ma,pa. Alisa dah buat keputusan. Alisa terima lamaran mama dan papa untuk kahwin dengan faiq."

"Alhamdulillah.." Tengku Aryan dan Tengku Maria memanjat syukur kepada ilahi.

Mereka mula membuka cerita dan ketawa. Ya. Bahagia. Mama dan papanya sungguh bahagia. Dia patut kembalikan senyum dan ketawa mama dan papanya yang lama hilang. Alisa terpaksa telan walaupun pahit. Terpaksa.

Bahagia yang terakhirWhere stories live. Discover now