Fais dengan cemas mencuci tangannya yang berlumuran darah.
"Slow2 Is. Nanti tak bersih."
Fais masih membasuh tangannya dengan kasar.
"Fais!"
"Argh!" Fais menumbuk dinding tandas itu.
"Adik aku Lan! Tolong adik aku Lan. Aku merayu. Aku mohon Lan. Bantu dia." Fais melutut di kaki Alan.
"Adik kau tak apa2. Dia cuma keletihan. Tak tahu dia buat apa sampai tulang nya menjadi lemah. Dah lah jangan merayu kat aku. Pergi jenguk dia."
Fais mengangguk sambil mencuci mukanya. Dia tidak mahu terlihat lemah di mata Faiq.
🌸🌸🌸🌸🌸
Sudah sepuluh minit berlalu akan tetapi dua orang lelaki itu masih diam tidak berkutik."Abang/Adek." Panggil meeka bersamaan.
"Abang dulu lah/Adek dulu lah."
Lagi2 mereka bersamaan.
"Iq nak minta maaf pasal penyakit Iq bang. Bukan niat Iq nak sembunyikan. Tapi saat Iq nak bagitahu abang selalu busy. Lagi2 Iq taknak kacau."
Fais memeluk Faiq erat.
"Maafkan abang."
"Hei abang tak pernah buat salah kat Iq tau. Abang Iq nak balik. Iq taknak duduk kat sini. Boleh bang?"
"Ish budak ni. Yelah2 tapi Iq keluar waktu malam. Balik dengan abang."
Faiq mengangguk mantap.
"Lapar?"
Faiq mengangguk lagi. Fais menghulurkan mangkuk berisi bubur ayam kepada Faiq. Dengan perlahan Faiq menyambut huluran Fais. Tiba2 telefon Fais berbunyi. Fais pun keluar dari bilik rawatan adiknya.
"Assalamualaikum bu."
"Waalaikumsalam Is. Ya allah tadi jiran call ibu katanya anak ibu dibawa kat hospital pakai ambulans. Is tak ape2 ke? Is sakit ke? Sakit apa nak? Demam ke?"
"Bu anak ibu ada dua. Bukan Is yang sakit tapi Iq. Dia dirawat kat hos-"
"Kalau macam tu lega ibu dengar. Budak malang tu takpe dia-"
Fais membiarkan ibunya bercakap seorang diri tatkala melihat adiknya bersusah payah mencuba untuk mengambil sudu di mangkuk bubur itu. Faiq mencuba mengambil sudu di mangkuk akan tetapi tangannya susah untuk mengenggam barang. Fais melihat di balik pintu itu menangis.
"Tak guna Is buang masa untuk budak macam dia tu-"
"Ibu! Iq sakit! Faiq anak ibu sakit! Tolonglah bu. Iq sakit-"
"Dia sakit sikit je jangan nak manjakan sangat."
Tuttttt! Panggilan dimatikan.
"Sini abang bantu Iq makan. Faiq kekok dengan infuse tu ke?" Fais ketawa sambil mengambil mangkuk di tangan adiknya.
"Tangan Iq tak dapat pegang sudu tu bukan sebab infuse ni bang tapi memang tak dapat. Kenape ni bang?"
Senyuman Fais mati.
"Apa maksud Iq?"
Fais segera berdiri. Diambilnya pen kemudian diletak di tangan Faiq. Pen yang diletak kemudian jatuh.
"Apa ni Iq? Coba genggam pen ni. Jangan jatuhkan. Okay kita cuba sekali lagi."
Fais pun mencuba meletakkan lagi pen di tangan Faiq dan ia terjatuh lagi.
"Genggam Iq.." Fais mulai menangis.
Faiq hanya memerhati abangnya yang sedang menggenggam tangan nya.
"Tentu dah teruk kan bang?"
Fais masih menangis. Faiq terus memeluk abangnya.
"Abang gagal Iq. Abang gagal. Abang.."
"Shh takpe lah bang. Jangan macam ni bang nanti orang ingat Iq buli doktor pulak. Takpe bang. Iq okay. Tak sakit pun."
"Maafkan abang..."
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...