🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Sudah berjam lamanya Alisa masih berdiam di samping katil Faiq. Sejak kedatangan Alisa, tengku Irdina,Fais dan Danial memberi ruang kepada Alisa untuk berbicara dengan Faiq. Sudah puluhan soalan Faiq berikan masih juga Alisa berdiam."A..awak dah tandatangan surat tu?"
Awak. Saya. Rindu Alisa akan panggilan itu terubat.
"Saya ada alasan ke-"
"Sekurangnya biarlah saya ditinggalkan dalam keadaan seorang balu daripada ditinggalkan dalam keadaan seorang janda. Saya sanggup menjadi balu awak. Saya rela bercerai mati daripada bercerai hidup macam ni." Setelah lama berdiam akhirnya Alisa bersuara.
Faiq tertegun. Begitu juga dengan tengku Irdina,Fais dan juga Danial yang mendengar di balik pintu bilik Faiq. Alisa sengaja membahas menggunakan bahasa awak saya dengan Faiq.
"Tapi awak-"
"Saya tahu jalan pemikiran awak. Saya tahu awak takde perasaan kat saya melainkan rasa serba salah dan untuk menebus kesalahan awak,awak nikahi saya. Saya terima. Saya anggap perkahwinan kita berdua atas dasar cinta. Dan juga saya akan berikan masa bersama keluarga awak. Awak tak perlu jauhkan diri awak dengan saya dengan menghantar surat penceraian ni." Alisa mengoyak surat penceraian itu dihadapan Faiq.
Faiq tersenyum.
'Kau betul Yal. Dia benar2 berubah. Dia benar2 matang.' Desis hati kecil Faiq.
Setelah berbincangan selama berjam lamanya akhirnya Faiq terpaksa akur akan permintaan Alisa. Ya dia sendiri tahu dia juga hanya menganggap gadis itu sebatas sahabat. Kini bilik Faiq kembali riuh adanya ibunya,abangnya,Alisa dan Danial yang asyik dijadikan bahan jenaka oleh keluarganya. Faiq hanya tersenyum kadang tertawa sedikit melihat tingkah sahabatnya.
'Ya allah kau kuatkanlah sahabat hamba ya allah. Cukup sudah penderitaannya. Kurangkan lah sedikit bebannya ya allah. Aku memohon kepadamu.' Danial berdoa.
"Bro. Kita orang nak balik dah."
"Jaga Alisa baik2 Yal. Kau je dapat aku harapkan." Balas Faiq lemah.
Pelukkan Danial dijadikan tanda dia akan menuruti segala permintaan sahabatnya itu.
"Aku sayangkan kau Iq."
"Aku tak gay."
Danial melepaskan pelukkannya.
"Kau sengajakan. Rosak suasana." Protes Danial.Kemudian Alisa yang terdiam menghampiri Faiq. Dihulurnya tangannnya untuk bersalam. Buat kali pertama Alisa menyalam tangan suaminya dengan menyalam sambil menciumnya. Kening Faiq dicium lembut.
"Apa2 call saya. Kalau rindu pun call tau." Pesan Alisa.
Faiq hanya ketawa melihat tingkah laku Alisa. Tengku Irdina dan Fais menghantar kepulangan Alisa dan Danial.
"Dek.."
Lamunan Faiq mati begitu sahaja mendengar suara abangnya memanggil dirinya.
"Ye bang?" Balas Faiq dengan suara serak.
"Makan ubat jom."
Faiq perlahan bangkit. Melihat kejadian tersebut segera Fais membantu. Dua biji pil dari ubat kanser perutnya dimakan. Dan dua lagi biji pil berbeza bentuk dari ubat kanser darahnya. Setelah memakan ubat, Faiq dibaringkan semula.
Pintu bilik Faiq diketuk. Tiba-tiba ketawa Fais menghambur.
"Ibu buat apa dengan bantal dan guling ibu tu?"
"Ibu nak tidur dengan Faiq ler."
Faiq yang mendengar pun terkejut.
"Ta..tapi bilik Iq kotor bu."
Tanpa menghiraukan Faiq segera Tengku Irdina meletakkan bantal kemudian berbaring di sebelah Faiq yang masih besar ruangnya.
"Abang pun nak jugak lah." Fais ikutan berbaring di sebelah kiri ibunya.
Sekarang posisi mereka adalah Tengku Irdina di tengah manakala Faiq di kanan dan Fais dikiri. Faiq tersenyum bahagia. Kadang2 dia tertawa mendengar ibunya bercerita ria dan berdebat dengan Fais akan hal kecil.
'Ya allah, terima kasih. Aku bersyukur akan pemberian mu ini ya allah. Ya allah mungkin aku agak tamat, biarlah aku merasa sedikit lagi masa untuk bersama mereka.' Faiq berdoa.
"Mampukah aku melihat lebih lama lagi kegembiraan seperti ini?"
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Ficțiune adolescențiKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...