Bab 40(Hari bahagia Faiq)

7.4K 208 0
                                    

Tak terasa kini Fais dapat melaksanakan permintaan keempat Faiq. Keluar bersama ibu dan abang. Fais sudah mual setelah menaiki roller coaster bersama Faiq. Keanakan? Tidak hal itu sama sekali tidak keanakan bagi Fais. Kerana pergi ke taman tema sekarang adalah keinginan Faiq sejak kecil.

Setelah puas bermain disinilah mereka duduk di cafe.

"Dah2 lah tu ejek abang kang merajok dia susah Iq nak pujok." Tegur Tengku Irdina.

Sebuah idea muncul di fikiran Fais. Dipasangnya wajah dingin dihadapan Faiq. Dia melihat Faiq melirik takut ke arahnya.

"Abang..."

Fais tidak menoleh malah Fais mengeluarkan telefon bimbitnya lalu focus terhadap telefonya.

"Abang Iq mintak maaf-"

"Abang sibuk. Kalau nak cakap nanti dulu."

Faiq terdiam dipandang wajah ibunya meminta pertolongan. Sedangkan si ibu tahu anak sulungnya itu sedang mengerjakan adiknya.

Dari kereta sehingga balik ke rumah Fais masih sama. Walaupun sakit kini menyerang tubuh Faiq akan tetapi dipaksakan juga tubuhnya pergi ke bilik abangnya. Dihadapan pintu Fais, Faiq berhenti dan menyandarkan badannya di pintu.

Fais menyedari hal itu masih menyibukkan dirinya dengan laptopnya.

"Abang Iq mintak maaf kat abang. Iq janji itu last Iq bawak abang tempat tu-"

Faiq menghentikan kata2nya. Fais merasa heran. Diangkatnya kepala yang menunduk menatap layar laptop nya kini beralih ke arah si adik.

Fais segera begegas ke arah Faiq sambil menghambat darah yang keluar becucuran seperti air hujan dari arah hidung Faiq. Dirasanya semakin berat tubuh rapuh Faiq.

"Dek.."

"Abang Iq min..mintak maaf-"

"Maaf maaf maaf abang tak sengaja maaf abang yang salah maafkan abang."

Faiq tersenyum lemah. Tubuhnya semakin tidak kuat semakin hari dirasanya.

🌸🌸🌸🌸🌸
Permintaan kelima...

Kini kepulan asap rokok semakin membanyak.

"Uhuk uhuk uhuk."

"Jangan lah kalau tak dapat."

"Macam mana abang buat? Iq dari dulu cuba still dpt."

Disinilah mereka berdua di atas rooftop rumah mereka sambil mengisap rokok. Ya itulah perkara bodoh yang ingin Faiq lakukan. Mereka pernah melakukan hal itu sekali semasa di sekolah menengah.

"Sudah memang tak dapat nak-"

"Abang nak Iq cuba hisap dan hembus tanpa batuk."

Faiq tergamam. Abang nya membenarkan dia mencuba lagi.

1 batang Faiq gagal.
2 batang masih gagal.
4 batang faiq hampir dapat tetapi akhirnya berakhir dengan batuk kecil.
Batang yang kelima Faiq berjaya. Fais memeluk adiknya itu. Diambil kotak rokok tadi dan disimpan Fais di dalam poket seluarnya.

🌸🌸🌸🌸🌸
Permintaan keenam...

Sambutan yang meriah dengan pelbagai yang hadir. Mereka sedang menyambut ulang tahun Faiq. Faiq gembira dipeluk dan dicium oleh abang dan ibunya.
Tanpa diduga ada tetamu yang Faiq tunggu2 pun datang. Alisa datang dengan menggunakan baju jubah dan tudongnya.

"Ya allah cantiknya.."

"Saya dah lame dah cantik kayy."

Faiq tersenyum. Lisa menarik tangan Faiq menuju ke rooftop rumah itu. Gelak ketawa kedengaran di sana.

"Kenape ajak saya datang sini?"

"Sebab saya nak bagi dua benda."

Perkara pertama Alisa menyarungkan cincin ke jari manis kiri Faiq.

"Yang kedua?" Soal Faiq sambil tersenyum manis.

"Yang kedua.." Alisa mendekatkan mukanya ke arah Faiq. Faiq membeku. Perlahan semakin dekat. 3 inci 2 inci 1 inci dan...

Chupp! Bibir Faiq dicium lembut oleh Alisa. Faiq membulatkan matanya. Alisa menunduk. Dia menangis. Bukan kerana sedih akan tetapi tangisan kegembiraan. Ya dia berjaya mencium suaminya sendiri.

Faiq mengangkat wajah Alisa. Dan alisa tersenyum. Air mata Alisa dikesat lembut oleh Faiq. Dagu Alisa di pegang dan..

"Izinkan saya?" Tanpa Alisa tahu apa yang ingin Faiq sampaikan Alisa terus mengangguk.

Dahi Alisa dicium lembut oleh Faiq. Alisa gembira. Terasa debaran dihatinya. Tangan Faiq digenggam Alisa erat.

"Izinkan saya jadi isteri awak sampai akhirnya tolong saya merayu." Alisa memohon.

"Terima! Terima! Terima!"

Alisa dan Faiq menoleh rupanya adegan mereka tadi disaksi oleh ibu Faiq,Fais, mama dan papa Lisa dan Danial. Faiq tersenyum kekok. Alisa yang malu terus mengekori mama dan papanya masuk kembali ke rumah.

"Anak ibu dah besar nampaknye. Hm agaknya bila lah ibu dapat cucu?" Usik Tengku Irdina.

Faiq memandang wajah abangnya yang tersenyum jahil.

"Ye kan bu. Bila lah agaknya Iq dapat anak saudara?"

Fais terbatuk. Kemudian mereka tertawa bersama. Danial hanya tersenyum bahagia melihat keluarga sederhana itu.

Bahagia yang terakhirWhere stories live. Discover now