🌸🌸🌸🌸🌸
"Kau pun tahu kan gejala macam ni. Dan sepatutnya kau dah kenal dah penyakit macam Iq ni.""Aku cuma tak pasti. Sebab tu aku suruh kau pulak cek dia."
"Kedua penyakitnya sudah ditahap empat. Dia akut sekarang. Kau pun tahu apabila kanser darah merebak ke tahap empat akan mengakibatkan saraf dia tidak berfungsi. Contohnya tangan dia tadi. Dia tidak dapat menggenggam atau memegang barang maka barang itu akan jatuh. Kerana deria rasa dia sudah tidak ada lagi. Kau kena buat kemo kat dia. Dan bagitahu ibu kau pasal penyakit Iq. Sama ada dia suka ataupun tak."
"Aku tingkatkan lagi dose dia. Tengok dia macam sakit sangat masa kena kemo tadi." Pandangan Fais masih terarah kepada Faiq yang tertidur.
Alan cuma menepuk bahu sahabatnya itu sebelum beredar keluar dari ruang rawatan Faiq. Telefon Fais tiba-tiba berbunyi.
"As-"
"Abang! Iq kat mana?! Wad berapa bang!"
"Ya allah! Mengucap Sa. Ni Lisa kat mana?"
"Hospital lah bang."
"Eh dekat je bunyi suara budak ni."
Fais pun membuka pintu wad Faiq. Alisa sudah berdiri di depan pintu sambil telefonnya masih melekat di telinganya.
"Abang! Iq hmph hmph" Mulut Alisa ditutup oleh Fais.
"Bising lah budak ni."
"Tangan dah lah bau ubat." Protes Alisa.
"Abang suntik ubat penenang baru tau."
"Ade je dia ni. Abang Iq mana?"
"Kat dalam tengah tidur. Dia lepas kemo."
"Ye ke?"
"Sa abang nak cakap sikit kat Lisa boleh? Tapi bukan kat sini."
Alisa hanya mengangguk.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Lisa nak apa? Abang orderkan."
"Lisa nak burger zingger satu. Set lunch satu. Nak fried fries and nugget satu set tu satu dan Torayaki satu."
Mulut Fais ternganga.
"Tak makan setahun ke?"
"Alaa siapa suruh ajak tempart fav Lisa."
"Haa ambik ape dia nak cik. Kalau boleh satu kfc ni pun boleh dia makan."
"Abang ni kan.." Alisa mencubit lengan Fais.
"Eh bro! Lama tak jumpa. Tak jemput engkau ye." Tiba2 seorang lelaki menyapa Fais.
"Lama tak jumpa kau Han. Jemput ape?" Soal Fais.
"Baru kahwin ke?" Farhan orang itu melirik ke arah Alisa.
Dengan cepat dua2 mereka menggeleng.
"Kau gila? Ni adik ipar aku lah."
"Oh hahaha yeker? Aku ingat isteri kau. Nampak ship sangat."
Perbualan mereka pun diteruskan sampailah Farhan berpamitan untuk balik kerana mendapat panggilan daripada isterinya.
"Tadi abang nak cakap pasal ape?" Soal Alisa memecahkan keheningan.
"Lisa tak cintakan Faiq kan?"
Puftttttttt!!! Air tersembur mengena muka Fais.
"Maaf bang. Maaf." Alisa mengelap wajah Fais menggunakan tisu.
"Jawab pertanyaan abang."
"Macam mana abang tahu?"
"Layanan Lisa seakan layanan seorang sahabat. Bukan layanan seorang kekasih. Pandangan mata Lisa. Abang dapat tahu dari semua tu. Kenape?"
"Sebab Faiq pun tak cintakan Alisa macam mana sekalipun. Perkahwinan Faiq bina atas dasar sebuah kata bersalah. Dia nak tebus kesilapan dia dengan mengahwini Alisa. Cinta? Dasar itu Alisa kurang yakin."
Fais menghembus nafas kasar. Sukar untuk dia faham jalan pemikiran adik semata wayangnya itu.
'Apa kau nak buat sebenarnya dek?' Hati Fais memberontak.
"Abang.." Panggilan Alisa mematikan lamunan Fais.
"Abang kena bersikap tegas kali ni. Tegas kat ibu."
"Maksud Lisa?"
"Bagitahu ibu. Ceritakan segala-galanya. Saatnya kita kurangkan beban Faiq."
Fais mengangguk. Tangan Alisa Fais genggam.
"Thanks Alisa sebab hadir dalam hidup Faiq."
Alisa mengangguk 'Tak abang. Terima kasih sebab korang hadir dalam hidup Lisa.' Jantung Alisa berdegup kencang.
'Ya Allah. Hindarkan lah. Aku masih bersama Faiq. Aku masih isterinya. Jauhkan lah perasaan ini.'
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Teen FictionKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...