Derapan kaki seorang wanita bertumit dua inci itu laju melangkah. Langkahnya terhenti saat melihat seseorang dikenalinya berdiri tepat dihadapannya.
"Is! Ya Allah. Is tak ape2? Ada yang luka? Mana yang sakit?" Wanita berumur 30an itu menilik badan anaknya setiap sudut.
"Maaf-"
"Takpe kereta nanti ibu beli lagi yang penting Is selamat."
"Maaf Is bohong ibu."
"Maksud Is?"
Fais menarik tangan ibunya menuju ke bilik kemo.
"Kenape Is bawa ibu sini?"
"Tengok tu. Ibu lihat dia."
Fais mengarahkan ibunya melihat ke arah sebuah bilik.
"Dia Faiq. Anak ibu. Dia sedang di kemoterapi."
"Ini tak lucu jangan bergu-"
"Is tak bergurau bu. Faiq sakit! Kanser perut. Ya bawaan. Itu penyakit bawaan. Bermakna dia mewarisi genetik ayah. Mewarisi penyakit ayah. Kanser? Dengar sahaja kita takut kan bu? Tapi Iq bukan hanya menghidap kanser perut tapi dia menghidap kanser darah. Dua kanser yang bersarang dalam tubuhnya itu membunuh dan tiada penawar. Ibu lihat sendiri apa yang dia buat. Dia tengah tengok gambar ibu sambil berulang kali berkata 'Iq sayang ibu. Iq kuat.' Berulang ulang kali.
Dia tengah berjuang demi ibu. Demi ingin mendapat sebuah kemaafan entah salah apa yang dia lakukan sehingga dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagian ibu. Ibu masih ingat masa ibu kemalangan dengan Is empat bulan lalu? Buah pinggang dan hati ibu rosak teruk. Tapi ibu tahu siapa yang menderma? Dia Faiq. Anak yang ibu benci. Dia berkeras menderma separuh hatinya kepada ibu dan sebelah buah pinggangnya kepada ibu. Masa tu Faiq pula kehilangan banyak darah dan ibu pasti tahu siapa yang menderma kan? Ya dalam masa yang sama dia dermakan tiga sekaligus. Oh ya... hiks ibu...ibu kata kalau ibu jumpa penderma tu ibu akan berterima kasih kat dia kan? Ibu sanggup lakukan apa saja kan? La..lakukan bu. Lakukan apa sepatutnya ibu lakukan. Dia.. fa.. faiq tak akan lama. Dia akan tunaikan permintaan ibu untuk dia mati. "
Tangis Fais pecah. Tengku Irdina menangis semahunya akan tetapi suara tangisan itu tidak kedengaran. Lutut Tengku Irdina melemah. Fais ikut melutut di hadapan ibunya.
"Is mohon. Is merayu. Tunaikan permintaan Faiq bu. Dia tak minta harta ibu. Dia hanya inginkan kasih sayang ibu. Peluk dia bu. Cium dia buat kali terakhir." Suara Fais tenggelam timbul saat tangisnya sudah pecah.
"Uwekkk uwekkk." Fais mengusap kasar air matanya. Kemudian dia berdiri. Bunyi Faiq sedang muntah.
"Ibu fikirkanlah."
"A..abang..." lirih suara Faiq memanggil.
"Ye dek abang datang."
Fais meninggalkan Tengku Irdina yang sudah terisak. Tidak tahan mendengar rintihan Faiq Tengku Irdina berlari keluar dari hospital itu.
Di sisi lain pula Fais sedang mengurut belakang leher Faiq yang sedang muntah darah. Fais sudah menangis. Ya. Kemoterapi yang Faiq jalani kali ini gagal. Fais memeluk Faiq yang sudah lemah terkulai di lantai bilik air itu.
Alan yang baru sahaja memasuki bilik kemoterapi itu terkejut melihat Faiq yang terkulai lemah.
"Bantu aku Lan." Pinta Faiq.
Alan segera membantu Fais memapah Faiq ke katil. Fais menyuntik dose seperti biasa kepada Faiq.
"Gagal ke Is?"
Fais mengangguk lemah. Alan memeluk sahabatnya itu untuk menenangkan Fais.
"Aku kena bawa dia balik. Besok birthday dia. Aku kena raihkan. Itu harapan paling besar dia."
"Buat lah bro. Buat apa yang patut. Bahagiakan dia."
Fais menangis dibahu Alan. Menangis semahunya.
Haaa how it is? Makin boring pulak kan? Alaaa maaf sye kekeringan idea. Terima kasih sangat support cita ni. Terharu sangat.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...