Bab 36

6.9K 198 0
                                    

Tamparan demi tamparan hinggap di pipi milik Faiq. Fais berusaha menahan ibunya.

"Kenape kau tak bagitahu?!"

Faiq hanya terdiam. Seketika tulangnya terasa sakit dan ngilu. Perutnya bagai ditusuk pisau. Sedaya upaya Faiq menahan sakitnya.

"Maaf bu maaf."

Dan..brukk!! Tubuh kurus itu jatuh ke lantai.

"Faiq!!" Fais panik melihat tubuh adiknya itu jatuh.

"Iq panggil ambu-"

"Ja..jangan bang.. Fa..Iq tak..nak ma..ti kat hos.. hospital. Iq.. mohon." Dengan terbata Faiq menahan tangan abangnya.

Tengku Irdina tergamam.

"Ubat mana dek ubat?"

"Po..ket." suara Faiq melemah.

Dua biji ubat ditelan dengan payah. Dan pandangan Faiq gelap.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Pandangan pertama Faiq lihat saat membuka matanya adalah wajah ibunya yang memandangnya. Ya ibu nya memandangnya. Air liur Faiq telan. Takut untuk dia berhadapan dengan ibunya. Luka di bibirnya itu tampak besar. Mengingati luka di bibirnya Faiq segera mengangkat badannya walaupun payah. Dilihat tangan ibunya yang merah. Faiq mengelap tangannnya di baju miliknya kemudian diambil sapu tangan dan melapik tangan ibunya daripada tersentuh dengan nya. Faiq sedang mengubati tangan ibunya. Tengku Irdina sedang terisak. Dengan keadaannya begitu dia masih memperdulikan ibunya.

"Kenape?" Soal Tengku Irdina.

Faiq mengangkat wajahnya takut. Sungguh dia tidak berani menatap mata itu.

"Maaf bu-"

"Ibu taknak dengar pekataan maaf itu lagi dan lagi!"

"Iq dah cuba bagitahu ibu ta..tapi ibu cakap Iq menagih simpati."

Degg!! Ya benar apa yang dikatakan anaknya. Dia sendiri yang melontarkan ayat itu.

"Maafkan ibu nak." Tengku Irdina melutut.

"I...ibu ja..jangan macam ni. Abang tolong ibu bang." Rayu Faiq.

Fais cuba mengangkat ibunya akan tetapi si empunya badan tidak berganjak sekali pun. Sehingga Faiq juga turut berlutut dihadapan ibunya.

"Maaf..maaf bu maaf.." berkali kali ayat itu dilontar Faiq.

Tengku Irdina dan Fais hanya bisa menangis. Mengapa? Seharusnya yang melutut bersujud meminta keampunan itu ibunya. Akan tetapi mengapa keadaan terbalik? Lihat lah keadaaan Faiq sekarang wajah yang pucat bibir yang biru sedang berlutut dihadapan ibunya.

Dan tak lama sakit itu kembali menyerang. Tulangnya terasa sakit dan ngilu. Bahkan kepalanya berat seakan dihempap dengan batu yang besar.

"Bang.."

Samar2 penglihatannya sebelum semuanya gelap. Tubuh kurus itu jatuh lagi menyembah lantai. Faiq pengsan lagi. Dengan panik tubuh ringan itu Fais angkat dan direbahkan di atas katil. Tengku Irdina mondar-mandir dihadapan pintu sambil menelefon seseorang.

"Tolong. Segera ke sini. Anak saya sakit. Tolong."

Sesaat Fais tersenyum lebar mendengar si ibu menyebut ANAK.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Apa sebelumnya Tengku tahu penyakit yang dihidapi anak Tengku?"

Gelengan lemah dihadiahkan kepada si doktor peribadi keluarga itu.

"Kanser perut dan kanser darahnya sudah parah. Dua2nya sudah di tahap empat iaitu last stage. Pengobatan juga tidak akan berkesan jika dilakukan. Dan saya pasti Tengku Fais juga tahu selok belok hal sebegini. Saya terpaksa minta diri kerana hospital telah menghubungi saya. Dan bahagiakan dia di saat akhirnya." Doktor itu pun berlalu meninggalkan Tengku Irdina dan Fais.

"Ibu hantarkan doktor ke depan sekejap."

Fais hanya mengangguk. Tangan si adik tidak pernah lepas dari genggamannya.

Bahagia yang terakhirWhere stories live. Discover now