10

209 27 0
                                    

Cepat-cepat Ken berlari untuk membantu Auf mengangkat haiwan yang bakal menjadi makanan. Ken menepiskan perasaannya bahawa itu ialah manusia. Apabila Ken sudah berhampiran Auf, dengan pantas Auf mengeluarkan rantai permata putih untuk membawa mereka  ke rumah.

"Hahhhh haaahhh hahhh, lain kali aku tak nak ikut kau memburu" lelah Ken setelah mereka sampai di pintu gua Auf.

"Kau nak makan kan? Jadi ikut je kata aku" ujar Auf.

Ken melihat ke arah hasil tangkapan.  Makin lama rupa bentuk manusia berubah menjadi ikan gergasi.

""aneh betul... ""bicara hati Ken.

Apabila mereka memasuki gua, kelihatan Rola yang sedang merenung tajam terhadap mereka terutamanya kepada Auf.

"Ohh Rola, baguslah dah sedar. Kitorang dah buru haiwan ni. Jom bakar." Kata Auf tanpa rasa bersalah.

"Bakarlah sendiri!"marah Rola

"Hmmm..budak ni merajuk la Ken, camne eh nak pujuk?" Bisik Auf kepada Ken.

"Er...hah! Aku ade idea." Ken memandang muka Rola dan Auf silih berganti lalu melihat bahagian atas gua. Ruangan yang besar. Strateginya sepatutnya berjaya.

"Rola, cuba tengok ni. Khas untuk Rola aje" kata Ken sambil tersenyum manis.

"Tengok ape?" Soal Rola acuh tak acuh walaupun sebenarnya hati sudah terlompat-lompat kegembiraan.

Ken memejamkan matanya. Dia menumpukan kesemua perhatian pada lembingnya. Secara tiba-tiba gegelung hijau sudah tertumpu pada setiap jarinya. Ken menghalakan tangannya ke arah atas. Lalu...

Pom!!! Pom!!! Pom pom pom!

Terkejut Auf dan Rola melihatnya. Inilah kali pertama mereka melihat bunga api. Warna bunga api yang berbagai selain berlatarkan permata membungkam mata sesiapa yang melihatnya. Rola berlari lalu memeluk ke arah Ken.

"Waaaaaaa terima kasih abang Kennyyyy!!! Ok lah. Jom bakar angsa. Yeayy "

Ken dan Auf gembira kerana Rola sudah memaafkan mereka. Ken juga tidak menyangka bahawa mudah saja Rola memaafkan mereka.

"Rola, bukan abang tak nak bawa kau sekali. Masalahnya di luar bahaya" jelas Auf sambil menikmati makanan.

"Rola tau...tapi Rola nak ikut jugak... lepas ni abang nak pergi keluar lagi kan? Rola nak ikut, boleh? Rola pon perlu pengalaman." Kata Rola sambil membuat muka simpati.

"Err...hmmmm..yelah. lusa nanti ikut kitorang pergi Kampung Magis" Auf tidak mampu menghampakan adiknya terutama apabila muka simpati keluar.

Rola menjerit keriangan lalu berlari ke biliknya untuk berehat setelah kekenyangan. Dia berasa penat sejak membersihkan kawasan gua sementara menunggu kepulangan mereka.

Setelah kelibat Rola menghilang, ken mulai memandang Auf.

"Betul ke kau nak bawa dia? Kita nak pergi kampung magis kan? Mesti banyak penjahat kat sana. Lagi-lagi badut gila tu semua" Kata Ken.

"Aku tahu. Kita buat cara biasa. Bertolak awal pastu tinggalkan dia. Jadi, esok kita senyap-senyap bertolak. Hal pujuk memujuk nanti boleh pikir."balas Auf.

Nampaknya Rola akan ditinggalkan sekali lagi. Ken juga tidak mahu membawa Rola kerana risau keselamatannya manakala Auf pula risau terpaksa menjaga dua ahli dalam satu masa.

"' Jaga satu ahli pun sudah banyak susah,ini lagilah kalau dua orang.'" hati Auf merungut.

"Hmmm Auf, macam mana nak beza siang dan malam dekat dunia ni?" Tanya Ken untuk memecahkan kesunyian.

"Senang je. Kau kene tengok warna bulan. Kalau warna biru tu maknanya malam, dan kalau kuning keorenan maknanya siang. " Jelas Auf.

"Satu lagi, bukan ke kau kata nak suruh Rola siapkan kostum untuk aku. Sempat ke kalau buat sekarang? Esok dah bertolak. Ke kita terpaksa bawa Rola" Soal Ken.

"Ye tak ye. Aku terlupa pulak. Hmmmm...tak tak tak. Aku memang takkan bawa Rola. Aku rasa ade kut kostum lama dekat lorong rahsia."

"Gua ni ade lorong rahsia ?."

"Ye. Aku tau pun sebab atok aku yang bagitau. Tapi tulah. Kita kena cari suis dia. Rola pon tak tahu hal ni."bisik Auf.

"Hmmm kau pasti ade kostum dalam tu? Bukan biasa harta karun ke? "Soal Ken.

"Takde makna harta karun. Lagipun, setahu aku ade tersimpan kostum serigala yang kalau manusia pakai, aura manusia dapat disembunyikan daripada peranti badut-badut tu semua. Jadi, berbaloi jugak kalau kita pergi masuk lorong tu."terang Auf.

"Auf, nak mencari mesti ambil masa yang lama...sempat ke?"

"Sempat je. Sebab kita tak perlu cari"

"Maksud kau?"

"Kunci menemui lorong rahsia ialah bawa seorang manusia sebab manusia dapat kesan lorong tu. Ken, pegi tumpu sihir kau dekat gua ni."

"Mmm yela." Ken meletakkan tangannya pada dinding gua. Dengan menggunakan kuasa teknologi lembing, cahaya hijau mulai keluar lalu Ken menumpukan diri terhadap satu aura asing.

"Dah jumpa! Sana!" Kata Ken sambil menunjuk ke arah lorong bilik Rola.

""berguna juga robot kecik dari lembing-lembing ni. ""bisik hati Ken.

"Biar betul!" Auf menepuk dahi.

Nak tak nak terpaksa mereka melalui bilik Rola.

Susah nak percaya. Suis lorong rahsia tersebut berada berdekatan tempat Rola baring. Ken dapat melihat suis berupa pokok emas di celah dinding gua. Dengan berhati-hati Ken memasukkan tangannya ke celah dinding untuk membuka suis sambil diperhatikan oleh Auf.

Plak!
Suis dihidupkan. Ken dan Auf dapat merasakan ada lorong  baharu terbuka. Ia berada di lorong bilik Auf. Cepat-cepat mereka keluar meninggalkan Rola yang nyenyak tidur.

"Selama ni..kat sini rupanya." Kata Auf sambil memandang lorong terbuka yang menyebabkan almari batunya terbelah dua. Lorong itu gelap. Perlahan-lahan mereka memasuki lorong rahsia itu.
Ken menggunakan lembingnya untuk memberi cahaya sepanjang perjalanan yang gelap-gelita itu.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now