Ken 2-12

33 9 0
                                    

Ken menoleh kembali ke arah Auf. Kain yang terdekat dicapai lalu tanpa berlengah kedua-dua bahu Auf dibalut.

"Erk... argh" rintih Auf.

"Tahan sikit." Kata Ken.

"Banyak la kau punye tahan. Sakit lah. Dah terima kasih. Pegi balut Rola tu." balas Auf.

"Rola tak cedera. Cuma pengsan. Korang tak jumpa Hikaru ke?"Soal Ken.

"Jumpa.. ergh" balas Auf.

"Kurangkan la bergerak. Bahu kau sakit. Ha.. macam mana semua ni berlaku?" Tegas Ken.

"Hmmm... aku tak pasti. Tapi perangai tuanku macam pelik jugak la. Dia serang kitorang. Oh... ada mak cik kebaya hitam duduk belakang dia jugak. " balas Auf.

"Pelik macam mana pulak? Mak cik?"

"Haaa.. baru aku ingat. Mak cik tu bawak tuanku masuk dalam.. er..." Auf seakan tidak mampu berkata-kata.

"Masuk dalam ape?" Ken mula hairan.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Naz! Ape dah jadi ngan kau ni" Soal Auf apabila menjumpai Naz terbaring di atas sofa.

" mmmm mmk mmk.." jawab Naz.

"Jangan bercakap Naz. Biar aku jawab." Tegah Ken.

"Apa yang dah jadi ni?" Auf yang mula rasa ngeri melihat keadaan Naz.

"Er...sebenarnya aku tak boleh kawal kuasa aku tadi.. tu yang... tercederakan dia." Balas Ken sambil meletakkan badan Rola di atas sofa.

"Macam mana pulak.." pelik Auf.

"Tu tak penting. Sekarang ni mana pergi Hikaru. Kenapa kau taknak bagitahu aku ni!" Ken mulai berang. Dia teringat kata-kata Auf.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
(Imbas kembali)
"Haaa.. baru aku ingat. Mak cik tu bawak tuanku masuk dalam.. er..." Auf seakan tidak mampu berkata-kata.

"Masuk dalam ape?" Ken mula hairan.

"Ermm.. ntah la. Aku rasa mata aku buat hal masa tu." balas Auf.

"Haihh kau ni! Dah la. Biar aku angkat Rola. Kau boleh jalan sendiri kan. Kita jumpa Naz."Geram Ken.

"Ok." akur Auf.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Sebenarnya... tuanku masuk ke dalam mulut mak cik kebaya hitam tu." Jelas Auf sambil menggaru kepala.

"Hah! Tak mungkin?" Ken seakan tidak percaya.

"Ni ha... mulut mak cik tu tiba-tiba keluarkan lohong hitam lepastu sedut tuanku masuk dalam tu." terang Auf.

"Erk uhuk uhuk...bwekkkk" Rola tersedar.

"Rola!" Serentak Ken dan Auf.

"Kamu ok tak ni?" Ken menyentuh dahi Rola.

""Dia bukan demam la Ken..."" kata Auf dalam hati.

"Abang Ken...uhuk uhuk.. tolong.. pergi ke bilik Naz.... ni amik kunci ni." Rola memberikan kunci kepada Ken.

"Apa guna kunci ni?" Soal Auf

"Diari.....huhhhh.........." badan Rola mula merekah. Darah menjalar di seluruh tubuh.

"ROLA! ROLA KENAPA NI!!!" jerit Auf walaupun masih tidak boleh menggerakkan tangannya.

"Abang....jangan lupakan Rola tau..." senyuman manis diberikan untuk kedua-dua abangnya. Rekahan semakin membesar.

"ROLA!!!!! APA SEMUA NI!!" Ken cuba memaut badan Rola namun tubuh Rola menjadi debu lalu debu-debu  mula menghilang dan apa yang tinggal hanya batu kuning miliknya serta rantai permata putih.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now