Ken 2-13

45 7 4
                                    

Ken meluru masuk ke dalam ruang kecil tersebut. Diari dicapai dengan berhati-hati daripada genggaman rangka.

"K..kk. Ken....aku nak telefon polis." Kata Naz sambil menggeletar.

"Jangan Naz!" tegah Ken.

"Tapi..ni rangka mayat..." balas Naz.

"Ni bukan rangka manusia. Dah... baik kita tunjuk diari ni kat Auf." ujar Ken.

"Habis rangka tu...?" Naz gusar.

"Tinggalkan je." jawab Ken.

Ken menarik Naz untuk segera beredar. Hati Ken tidak tenang meninggalkan Auf keseorangan.

Sebaik sahaja keluar dari lif, Ken meluru terus ke sofa tempat kedudukan Auf.

"Apa yang...." kata-kata Naz terhenti.

Sofa tersebut dipenuhi darah dan cakaran. Ken dan Naz terdiam.

"Auf!!! Mana kau!!" Jerit Naz.

""Ken....Ken..."" suara Auf bergema dalam minda Ken dan Naz.

"Ken!!!  Ada suara Auf dalam otak aku!! Aku dah hilang akal ke?!!!" Kata Naz.

"Tak...mana ada. Ni kuasa peranti Auf la."balas Ken

""Auf....kau kat mana?""sambung Ken lagi.

"" aku kat dunia BlueBlack. Lokasi aku sendiri tak pasti. Kau cuba la selesaikan kod-kod tu semua. Aku...." balas Auf.

Suara minda terputus.

"Hoiii!! Auf!!!!" Serentak Ken dan Naz.

Suasana sepi seketika.

"Er...Ken... nampaknya kita je yang tinggal. Apa kata kau bukak je diari tu." Ujar Naz.

"Ok." ujar Ken.

KTAK!
Mangga diari dibuka oleh Ken menggunakan kunci.

Muka surat pertama diselak. Ken dan Naz mula membaca.
_________________________________

Diariku 1
Aku melihat sekeliling rumah ini. Wahhhh...sungguh indah bagaikan melihat istana.

Namun...mengapa suamiku hanya mendiamkan diri. Oh...mungkin kerana kami masih belum mendapat cahaya mata.

Hmmm..kalaulah suatu hari nanti kami mendapat rezeki anak lelaki... aku mahu namakannya Nazmi namun suamiku berharap agar dapat anak perempuan. Dia ingin namakannya Maya.

Aku penat memasak untuk suamiku. Namun pujian yang selalu dia berikan membuatkan segala lelahku hilang. Kaulah suami terbaik untukku.

Aku melihat suamiku berangkat untuk bekerja setelah aku menyalaminya. Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

""Hmmm ada baiknya aku melihat kawasan rumah"" bisik hati kecilku.

Wah.... sungguh aku tidak menyangka. Rumah ini mempunyai perpustakaan. sepanjang tingkat tiga dipenuhi dengan rak buku.

Aku yang merupakan peminat buku mula rambang mata melihat buku-buku tersebut.

Keadaan rak tersusun dengan baik. Buku-buku juga kelihatan rapi seperti dijaga dengan kasih sayang.

Aku mula bergerak ke arah rak buku fantasi. Aku peminat seni maka berangan adalah sebahagian dariku.

BAM!
Alamak.. cuainya aku...
Satu buku yang amat cantik kulitnya terjatuh akibat terlanggar sikuku.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now