Ken 2-7

28 9 0
                                    

Ken dan Hikaru mulai panik.
Sorang meracau sorang lagi pengsan. Hikaru cuba memegang Auf namun perangai Auf seperti dirasuk sesuatu agak menyukarkannya.

"Aa..Ken. mana batu milik Auf?" soal Hikaru.

"Ada kat bilik dia. Rasanya." jawab Ken.

"Pergi ambil. Biar aku uruskan Auf sementara waktu." arah Hikaru.

Ken menurut lalu berlari menaiki lif.

"Kuasa penenang... tenangkan sahabatku.." gegelung cahaya biru mulai keluar. Hikaru memegang kedua-dua tangan Auf. Dia memasuki zon imaginasi Auf.

*****

"Cepat lah lif.. cepat" kata Ken
Ken risau akan keselamatan Auf dan Naz.

""Apa yang dah jadi""bisik hati Ken.

BUK!

"Eh...biar betul. Lif rosak? Sekarang??" Ken seakan tidak percaya. Lif yang dinaiki terlekat pada tingkat tiga.

"Hmmm..aduhhh.. macam mana plak ni..." Ken mula rasa geram.

Tok tok tok!
Pintu lif diketuk dengan sesuatu yang tajam.

Ken menjerit meminta pertolongan selain mengetuk pintu lif berkali-kali.

Ketukan dari luar lif terhenti.

"Anak... nak keluar ke?" Satu suara menyapa Ken.

""Suara tu.. mak Naz?""bisik hati Ken.

Ken menoleh ke belakang.
Senyuman terukir di bibir wanita berkebaya.

_____ ____ _____ ____ ____
(Zon imaginasi Auf.)

"Hmmm...." Hikaru melihat sekeliling. Semuanya gelap.

SAAASSSS!

Ada bayang yang melintasinya di bahagian belakang.

"Beta dah agak.... KUASA SEDUTAN LOHONG! BUKA!" Jerit Hikaru. Auranya semakin kuat.

Lohong yang besar di hadapannya menyedut semua yang ada di dalam tempat aneh itu. Kedengaran bunyi-bunyian aneh di kawasan sekeliling walaupun tidak kelihatan.

Hikaru melepaskan tangannya daripada Auf.
Auf yang meracau sudah kelihatan semakin pulih.

Hikaru ke arah Naz. Perbuatan yang sama dilakukan.

"Huh!" Hikaru Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Imaginasi kematian arwah ibu dan adik Naz.

Lama-kelamaan Naz sedar.

___ ___ ____ ____ ____ ____

Lokasi: Lif

"Puan... tapi bukankah puan dah... mati" kata Ken sambil merenung wanita di hadapannya.

"Kamu rasa?" Balas Puan Mas.

Ken mula hairan. Ingin ditanya lagi namun kelibat Puan Mas hilang.

Lif mulai naik. Pintu lif terbuka. Ken terus mengambil batu ungu milik Auf lalu dengan pantas menuruni tangga. Dia tidak mahu tersekat semula dalam lif.

Apabila tiba di tempat Hikaru, Ken terus memberi batu tersebut kepada Auf. Nampaknya Naz dan Auf sudah bertenang.

"Hikaru..apa dah jadi?"soal Ken.

"Kita kene ke BlueBlack. Tapi.. kita kene selesaikan kod tu dulu."
Balas Hikaru.

"Ken dah selesaikan kod tu." Naz memberitahu.

" apa maksud kod?" Auf yang mula berdiam diri mula bersuara.

"Bawah pasu." Kita kene cari sesuatu di bawah pasu.

"Ok."jawab Hikaru.

Pencarian dimulakan. 2 jam mencari. Tiada apa yang ditemui.

"Aduh.... penatla..."kata Auf.

"Hmm.. sebenarnya kenape korang tak guna kuasa pelik korang tu?" Soal Naz.

" bukan kau takut ke bila kitorang guna."soal Auf.

"Tak...mana ade. Aku ok." balas Naz.

"Oh...Ok."kata Ken.

Auf, Ken dan Hikaru memegang batu kuasa masing-masing.

Rupa sebenar mereka apabila robot-robot kecil berdebu menyelubungi tubuh mereka mula ditonjolkan.

Ken menjadi separa naga alam. Matanya hijau terang. Rambut bertukar putih yang terdapat beberapa helaian emas.

Hikaru menjadi separa naga laut. Matanya merah. Rambutnya hitam namun terdapat beberapa helaian biru cair.

Auf menjadi manusia serigala. Beekor dan bertelinga serigala. Rambut merahnya kekal. Terdapat beberapa helaian rambut ungu terang di sisi kiri rambut

"Erm.... korang nampak comel?"kata Naz dengan janggal.

"Huh?" Serentak mereka bertiga.

Akhirnya mereka ketawa bersama-sama.

Ken, Auf dan Hikaru menumpu kuasa pada kesemua pasu yang terdapat dalam rumah.

"Haih....tak jumpa pun."kata Ken.

"Itulah" Auf juga mengalah.

Hikaru masih lagi mencari.

"Hmmm...mungkin bukan pasu bunga."kata Auf.

"Habis...hmmmm.. Naz ade ape-ape bentuk macam pasu ke kat sini?" Soal Ken pula.

Hikaru menghentikan carian.

"Hmmm.... oh.. mungkin pasu di tingkat bawah tanah."fikir Naz.

"Bawah tanah!" Ken, Auf dan Hikaru terkejut.

"Haa ha ah.. tunggu jap. Aku ambil kunci. Tapi... kat loteng pun mungkin ada. Ada gambar pasu besar kat situ."kata Naz

"Kalau macam tu.. kita berpecah. "Cadang Hikaru.

"Ken dan Auf pergi loteng. Naz dan aku pulak... pergi bawah tanah." Tambah Hikaru lagi.

"Ok." akur mereka semua serentak. Pengalaman mencari klu bermula.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now