Ken 2-37

59 11 2
                                    

Ken memerhati Luqman yang terlena.

"Woiii Auf... takkan kau nak biar Luqman ada kat sini. Bahaya la" protes Ken.

"Hei budak ni.. nak buat macam mana... kita terpaksa jaga jugak. Kecuali la kalau nak kasi dia kuasa. Kene pergi bukit Duka semula. Siapa je rajin? Bawa kau dulu pun banyak songeh."bebel Auf.

"Haih.. pasal Nor Azri tu, kau betul-betul yakin ke dia dah meninggal? Luqman macam tak boleh terima je. "Soal Ken.

"Aku... aku pun tak pasti.. tapi kalau betul diorang dua ada kat pulau apung. Sah kene makan. Makhluk-makhluk kat situ semua jarang dapat jumpa makanan. Takkan diorang nak lepaskan rezeki depan mata?" Terang Auf.

"Boleh tak... aku nak pergi pulau apung tu.." soal Ken.

"Oiii biar betul kau ni? Macam mana dengan kawasan larangan? Nak tangguh lama lagi ke?" Soalan Ken dibalas soalan oleh Auf.

"Kita minta la yang lain cari. Lagipun aku kesian kat Luqman tu. Dan mungkin tekaan kau pasal Nor Azri salah." Ujar Ken.

"Aduh..... kalau tekaan aku betul? Kita akan buang masa." Jelas Auf lagi.

"Kalau memang Nor Azri perlukan bantuan sekarang?" Mendatar suara Ken.

"Hmmm... yelah... adik naga bertuah..." Auf mengembungkan pipi tanda protes.

"Ehh~~ sejak bila abang Auf jadi comel ni." Ken membuat suara kanak-kanak riang untuk memerli Auf.

BUKK!
Bahu Ken diketuk Auf.

"Aaarrghhh!!! Sakitlah. Aduhai bahuku. Apalah salahmu." Ken mengusap bahu kirinya yang.

"Ehh.. lebam ke!!?" Terkejut Auf melihat kesan biru pada bahu Ken sebaik sahaja dia menyelaknya.

"Tenang... lebam sikit je ni. Nanti sembuh la." Kata Ken dengan selamba.

"Kejap." Auf berlari memasuki lorong gua.

""Mungkin pergi bilik?""bisik hati Ken.

Ken mula kebosanan kerana Auf tidak muncul-muncul juga walaupun sudah lima minit dia menunggu, lalu, Ken mengaktifkan lembingnya.

"Hmmm... apa salahnya main kuasa kat sini. Hehe" kata Ken perlahan sambil memutarkan senjatanya dengan menggunakan sebelah tangan.

Ken mengetuk-ngetuk dahinya menggunakan jari seperti gaya orang bijak pandai sedang berfikir.

"Kuasa yang menggembirakan.. Macam badut di taman tema. hmmmm huh!!!" Ken teringat akan sesuatu. Senyuman manis terukir di bibir Ken.

Kuasa naga alam ditumpu sepenuh perhatian. Aura gegelung hijau terang melingkari tubuh dan lembing, matanya mula bercahaya hijau, rambutnya bertukar putih dengan beberapa helaian keemasan.

Ken menghalakan lembingnya ke udara. Dia menoleh ke arah Luqman yang tidur lena.

"Bagus! Peluang aku."kata Ken perlahan.

POOOOOOFFFFF!!!!!!
POMM POMM POMM!!!!
POM POM POM!!
POM!
POM!
POM!

Percikan api hijau berupa gasing  menari-nari di udara mengeluarkan letupan kecil halus yang tidak membisingkan.
Ken terpesona melihat kuasanya sendiri. Debu-debu gua mula menari-nari di langit bergabung dengan tarian gasing. Ken terkenang saat dia memujuk Rola dengan pertunjukkan kecil bunga api.

"Hmmm baik tambah banyak lagi" ujar Ken perlahan.

ZASSSSSSS
Ken melibas lembingnya ke arah langit.

Panahan magis hijau meluncur laju ke udara.

"Ehh... apasal laju semacam.."aneh Ken.

KAAABOOOOMMMMM!!!!!
Tanpa sebab panahan tersebut meletupkan siling permata gua yang lutsinar. Serpihan-serpihan siling gua mulai jatuh ke lantai. Debu-debu gua mula memenuhi ruang.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now