28

126 21 0
                                    

"Hoiii si pelik!" Sergah seseorang.

Ken melihat ke arah suara tersebut. Seperti yang disangkakan, di hadapannya ialah Mil, rakan atau lebih tepat musuh dalam kelasnya.

Mil mencengkam kolar baju Ken lalu menghentakkan badan Ken pada dinding koridor.

"Sebab kau lah !! Sebabkan kau satu kelas kena denda!!" marah Mil.

Ken hanya mendiamkan diri.

"Hoiii!! Kau dengar ke tak!" tengking Mil lagi.

"Mil... sape yang mulakan dulu tadi? Korang semua kan? Memang patut la korang kene marah!" Mendatar suara Ken.

"Tak guna!!" Jerit Mil lalu melepaskan tumbukan tepat pada pipi Ken. Auf hanya membatu kerana tidak mampu menolong Ken.

Ken hanya menahan kesakitan. Bukan sekali dia diperlakukan sebegini malah berkali-kali. Semakin lama tumbukan yang dikenakan semakin kurang sakit. Mungkin badannya telah terbiasa dengan pukulan.

"Hei kamu! Apa kamu buat ni!" Jerkah satu suara yang garau.

Mil dan Ken memandang ke arah suara itu. Suara Cikgu Zamrul!

"Kamu dah pandai bergaduh ye! Ni hukumannya." Kata Cikgu Zamrul lalu berlalu pergi meninggalkan Ken dan Mil didenda berdiri di luar kelas mereka.

"Ni semua kau punya pasal." Kata Mil perlahan kepada Ken kerana takut Cikgu Zamrul yang sedang mengajar dalam kelasnya mendengar perbualan.

"Mmmm " Ken malas melayan kerenah Mil.

Setelah 30 minit berlalu.

"Hei Ken...berapa lama kita kene denda ni" Mil mulai bosan.

"Sampai habis waktu cikgu Zamrul la.. lagi 30 minit berdiri."
Balas Ken.

"Maaf aku tumbuk kau" ucap Mil perlahan.

"Takpe... aku faham." Bukannya Ken tidak tahu perangai Mil. Setiap kali dirinya dibuli oleh Mil, tak sampai sehari Mil akan meminta maaf. Sesekali Ken menganggap Mil sebenarnya mahu berkawan dengannya.

"Lagi satu Ken.." ucap Mil.

"Ape?" tanya Ken.

"Kenapa kau bawak anak serigala ke sekolah. Mana kau sorok dia sekarang? Selain tu... apesal kau pegang buku telinga serigala tu. Pelik ah kau ni..." Ujar Mil.

Ken dan Auf tersentak.

""Macam mana lak dia tahu"" bisik hati Ken.

"Er..." Ken mati akal untuk membalas.

"Ha! Kamu berdua boleh masuk kelas!" Ujar Cikgu Zamrul.

""Fuhhh..selamat"" lega hati Ken.

Di akhir sesi persekolahan.
Kringggggg!!!!

"Baiklah, kamu semua dibenarkan balik." arah Cikgu Zamrul.

"Bangun!!!" ucap ketua kelas.

Seisi kelas kesemua mula berdiri.

"Terima kasih cikgu!" Ujar ketua kelas lalu diikuti pelajar lain sebelum bersalaman atau terus balik.

Ken membuat keputusan untuk berlari pulang terus ke rumah.
Kali ini dia tidak menunggu kakaknya seperti biasa kerana dia khuatir terserempak dengan Mil.

"Hahh Hah hah" Ken berlari pantas.

"Woii Ken.. tenang..tak perlu lari." Kata Auf.

"Aku risau la.." Ken mula memperlahankan larian dan hanya berjalan.

"Jangan risau, masa cikgu kau panggil korang berdua, aku dah lupuskan ingatan dia." kata Auf.

"Laaaaa.... Auf ni... buang masa je Ken lari." ujar Ken.

"Dah tak tanya. Siapa suruh."perli Auf.
"Ken!!!! Ken!!!!" satu suara memanggil.
"Huh! Akak!!" Ken terkejut melihat muka kakaknya yang merah padam.

"Kenapa tak tunggu akak kat luar...?" soal Kary dingin.

"Hahaha...lupa" Ken memaniskan mukanya.

"Haihhh takpelah. Dah jom balik." balas Kary.

"Ok." ungkap Ken.

Di rumah.

"Haaa abang Auf, macam mana sekolah?" Soal Kary.

"Boleh tahan seronok." Balas Auf sambil berubah menjadi manusia serigala.

"Hmmm..abang Auf memang nak tinggal lama ke kat sini..." soal Kary.

"Mestilahh kannn abang Auf" sampuk Ken.

"Emmm...sebenarnya abang risau keselamatan Putera Biru."
Jujur Auf.

"Kalau macam tu....jom la pergi dunia BlueBlack semula." Kata Kary.

"Huhh! Tapi abang kene hukum, Kary.."Tegah Auf.

"Tapi tindakan Putera dah melampau!" Kary tertinggikan suaranya.

Auf yang terkejut mula terimbas kembali kata-kata Putera Biru yang menyuruhnya membunuh Ken dan Kary jika mahu.

"Abang....Ken pun nak ke sana jugak."

"Hmmm.... bukan sekarang.. bagi abang masa fikir dulu. Boleh kan? Dalam tempoh sebulan dua je." ujar Auf.

"Tapi...." Kary ingin membantah.

"Abang nak belajar banyak benda dekat dunia ni dulu. Terlalu pelik sebenarnya. Mungkin pengalaman kat sini membantu bila kita ke dimensi BlueBlack."

"Oh....baiklah" Kary bersetuju manakala Ken pula hanya menurut.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now