Ken 2-22

28 7 3
                                    

Di sekolah.

"Hmmm nampaknya Hikaru, Ken, Auf dan Naz tak datang harini." Kata ketua kelas 5 Platinum iaitu Akid Luqman.

"Baiklah Luqman. Terima kasih. Kamu boleh duduk sekarang. Baiklah kelas..kita sambung pembelajaran yang tertunggak.." Kata Cikgu Siti Nur Fatihah.

"Psttt.. hei Suamira. Psst..." kata Ayunnie.

"Ape?" Balas Suamira.

"Aku, Jasnidah, kisakaayumi ngan Farah nak pergi lawat Naz la. Pelik lak rasa sehari dia tak datang. Selama ni kan dia tak pernah ponteng sekolah. Dah empat tahun dapat sijil kehadiran penuh." Kata Ayunnie lagi.

"Hmmm betul gak tu. Ok la. Nanti aku ikut korang." Balas Suamira.

Akhirnya sesi persekolahan tamat.

Di taman permainan.

"Haih... janji macam mana diorang ni. Kata pukul 2:00.. ni pukul 2:04 minit satu batang hidung pun tak nampak." Rungut Suamira.

"Su!!!! Su!!!! Maaf kitorang lambat" jerit satu suara.

Suamira melihat ke arah suara tersebut. Segerombolan Cik Kiah berlari mendapatkannya.

"Haih...korang ni... apasal lambat. Kalau aku bos. Dah lama aku pecat." Marah Suamira.

"Er....alaaa.... maaf-maaf."balas Ayunnie sambil menjeling ke arah kisakaayumi.

"Ni ha... Ayumi ni yang lambat tadi..." balas Farah sambil Jasnidah mengangguk.

"Maafla.... tadi aku nampak bangkai kucing mati. Aku tanam la... sedih tau tak..." balas Kisakaayumi.

"Haih.... dah jom la pergi rumah Naz." Kata Suamira.

"Jap!" Kata Ayunnie

"Ape?" Soal Suamira

"Erm.... siapa tau lokasi rumah Naz?"soal Ayunnie

Semua mendiamkan diri.

"Eh! Zamhari!!!!!" Jerit Farah.

Zamhari yang sedang berjalan melintasi mereka melihat kelibat Farah yang melambai-lambai ke arahnya.

""Hmmm...nasib baik waktu pagi. Ni kalau malam seram ni. Pakaian semua putih. Dari kepala sampai kasut"" bisik hati Zamhari.

"Haaa.. ape dia ?" Soal Zamhari kepada Farah manakala yang lain hanya melihat.

"Tau tak mana rumah Naz."soal Farah.

"Oh...tau. kau tengok la rumah paling besar yang lima tingkat tu. Tu la rumah dia." Selamba Zamhari membalas lalu terus dia berlalu pergi.

"Apakah!!!! " kelima-lima gadis utu terkejut.

"Wei.... aku takut pulak la nak ke sana..." balas Suamira.

"Hak alah... bukan rumah hantu pun.. lek ah. Nak lawat je." Balas Ayunnie.

"Betul tu. Dah la korang. Jom la gerak. Siapa je yang tak tau rumah besar tu kat manakan." Balas Jasnidah. Rumah lima tingkat yang mewah itu tentu sekali diketahui lokasinya. Cuma, tidak pula mereka tahu itu kediaman milik Naz.

Setelah 30 minit perjalanan.

"Hei... aku rasa macam takde orang je" balas Suamira.

"Entah la... dah tiga kali kut aku tekan loceng.. haih.... apa kata kita lompat je pagar ni" kata Farah.

"Wahhh farah... why are you so smart ah. Kau biar betul.. kita ni perempuan. Tak ke naya kalau ade orang tengok. Tak senonoh kut... lagi teruk kalau dituduh pencuri lak." Bebel Ayumi

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now