Ken, Auf, Naz, Akira, Ai dan Mira mula berangkat sebaik ketua tentera yang menjaga istana memberi kebenaran kepada pengawal rahsia untuk mengikuti mereka.
Mereka mulakan perjalanan dengan meredah hutan yang gelap.
Tap tap tap
" hei Auf... ni macam laluan lain je. Laluan baru ke? Mana nak cari penjaga kunci kawasan larangan?"Ken melihat sekelilingnya. Kebiasaannya dia akan terlihat pokok buah kelapa meletup namun tidak pula kali ini.
"Ha ah... memang laluan lain pun. Kita kene pergi ke.. kejap! Naz!" Auf baru perasan kehadiran gelang akar yang melilit pergelangan Naz.
"Hmmm.... meh sini tangan kau tu" ujar Auf kepada Naz.
"Erk! Kenapa?" Soal Naz sambil menghulurkan tangannya.
"Ken... macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Auf serius.
"Er... sebenarnya macam ni..." Ken menceritakan segala yang berlaku sewaktu tiba di BlueBlack kepada Auf manakala yang lain hanya diam mendengar.
"Haih... kalau macam ni. Baik kita berpecah. Nanti berkumpul balik kat gua aku lepas kerja selesai. Kat sana nanti kita akan fikir strategi. Ha...Akira, Mira korang bawak Naz. Tau kan apa perlu buat." Soal Auf tegas.
"Tau" Serentak Akira dan Mira.
"Ok. Naz, kau ikut diorang dua. Aku, Ken dan Ai akan ke kawasan Puak Batu.
"Er.... kenapa dengan akar yang lilit ni. Dia cuma sedut racun kan?" Soal Naz yang sudah mula rasa takut.
"Hmm..memang la. Tapi masalahnya akar tu akan sedut darah kau dalam masa seminggu. Baik kita bertolak sekarang." Kata Akira.
"Baik" Balas Naz dan Mira
Akira terus berjalan meninggalkan mereka diikuti Mira dan Naz manakala Auf, Ken dan Ai pula mengikut arah berlawanan.
"Oii musang kejam. Hati-hati sikit" balas Auf sambil lewa.
"Hek eleh serigala. Kau yang patut hati-hati. Si lemah" Akira membalas perlian Auf.
""Ceh berlagak"" bisik hati Auf.
Akhirnya kelibat Akira, Naz dan Mira tidak kelihatan lagi.
Ken memandang Ai dan Auf.
"Hei... puak batu tu macam mana? Lagi satu.. kenapa suruh Akira dan Mira bawak Naz. Kenapa bukan kita? Tak boleh ke biar diorang pergi ke puak batu." Soal Ken.
"Masalah besar kalau bawak diorang terutama Naz. Sekurang-kurangnya dia dijaga Akira dan Mira bila jumpa si tukang sihir yang dah bersara. Harap-harap diorang boleh bersabar dengan kerenah si tua tu.. haih.."balas Auf.
"Kenapa ngan tukang sihir tu? Habis si Ai ni?"
"Pasal tukang sihir tu... baik kau tak payah ambil tahu. Harapkan jela dua orang tu. Oh ya.. Ai ni pernah berkhidmat bawah aku. Dia kuat. Tengok la nanti." Balas Auf.
"Terima kasih tuan!" Balas Ai yang berdiam diri dari tadi.
"Haa.. tu ingatkan aku. Dah.. buang panggilan tuan tu. Anggap kita kawan. " kata Auf.
"Betul tu.. lagipun Auf ni bukan pengawal keselamatan pun."kata Ken.
"Oh... baik."kata Ai
Auf mengeluarkan batu ungu. Pedangnya diaktifkan. Ai pula bersedia dengan tali kuasa.
Dalam masa 30 minit meredah hutan, Auf terpaksa menggunakan pedangnya untuk menolak tumbuhan yang ingin memakan mereka. Ai yang mahir menggunakan tali sedikit sebanyak memudahkan kerja Auf manakala Ken...
"Auf... kenapa aku takleh tolong..." sedih suara Ken. Dia bosan kerana tidak boleh menggunakan kuasa akibat dilarang Auf.
"Hmmm...kau ingat tak masa kau serang Naz? Aku rasa puak batu boleh tolong selesaikan masalah tu. Diorang mahir. Jangan risau." Balas Auf.
"Kenapa dengan kuasa Ken?" Soal Ai.
"Hilang kawalan" balas Auf.
"Oh patutlah"balas Ai.
"Kejap! Maknanya kita bertiga ke puak batu untuk selesaikan hal aku? Habis Akira ngan yang lain??" Ken mula hairan.
"Diorang la yang akan jumpa dengan penjaga kunci kawasan terlarang. Dalam masa yang sama buang gelang akar Naz. Penjaga kunci tu ada kuasa pelepas. "terang Auf.
"Oh... lepas dapat kunci kita akan ke istana semula?" Soal Ken.
"Tak.... kita kene cari benda lain pulak." Balas Ai.
"Haih... ok. Selesaikan hal aku dulu."akur Ken.
Akhirnya mereka tiba di kawasan pokok pisang yang berdaun tajam berputar seperti kipas dengan laju. Nasib mereka baik pokok itu bercahaya maka mudah untuk mengelak kipas-kipas yang berada di setiap jalan. Ada yang kecil, besar dan sederhana saiznya.
"Haa.... yang ni hati-hati." Balas Auf.
"Taulah" balas Ken perlahan manakala Ai hanya mendiamkan diri.
Ken memulakan dahulu.
SUSSS SUSS SUSSSSS
"Hiah hiah hiah!" Dengan tangkas Ken melepasi halangan kipas tersebut.
"Haaaa!! Aku boleh" Jerit Ken bangga kepada mereka berdua yang belum bergerak.
Auf hanya tersenyum. Begitu juga Ai.
"Heh! Tengok aku." Kata Auf sambil berjalan selamba ke arah kipas tajam itu.
"Auf!!!! Hati- hati!!" Jerit Ken.
SUSSSSSSSSS!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Akhirnya setelah berhempas pulas melalui kawasan pokok pisang berdaun kipas, mereka tiba di kawasan tandus. Suasana yang gelap dan sejuk membuatkan Ken terketar.
"Cis... dahla sejuk. Pastu kene tipu dengan makhluk sebelah ni pulak." Ken berkata dengan kegeraman.
Ai dan Auf hanya ketawa kecil.
"Huh... kau ni menyusahkan aku je nak elak daun-daun tu. Mana aku tau daun tu bila tersentuh terus bertukar jadi debu cahaya. Kata kene hati-hati." Balas Ken. Punyalah dia risau melihat daun halus tajam itu hampir memotong kepala Auf tetapi secara tiba-tiba daun kipas berhenti dan bertukar menjadi debu bercahaya pula.
"Hahahahahahaha siapa suruh percaya! " Auf mula galak ketawa manakala Ai hanya menahan tawa. Ai risau melihat muka Ken yang sudah memerah kerana marah.
"Dah...dah... haa.. buat apa kita kat sini, Auf. Bukan ke kene ke arah timur laut baru sampai ke puak batu dalam masa sehari perjalanan. Tapi.. kita terpacak kat sini pulak" soal Ai yang sudah boleh membiasakan diri membuang kata tuan.
"Ohhh sebab ni..."kata Auf.
FUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!
"Tiup seruling?"Ai mula hairan.
Ken pula seakan terfikir.
"Ohhhh! Naik Rex eh?" Kata Ken.
"Yep! Mestilah! Malas la nak jalan seharian" Balas Auf.
GRARRRRRRRRR!!!!!!
DUSH!
"Ok. Jemput naik. Hahahahha" galak Auf seperti tuan kepada T-Rex bersayap.
"Wow..." Ai seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bukan mudah untuk menjumpai t-rex bersayap yang mendengar kata. Selalunya mereka akan membunuh orang yang ingin menunggang mereka. Nampaknya keajaiban ada di mana-mana.
Setelah mereka naik, Rex terus berlalu pergi mengikut arahan Auf.
""Uish... keras macam logam badan rex ni."" Bisik hati Ai.
YOU ARE READING
KEN (Hiatus)
Mystery / Thriller[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik...