"Naz, ape kau buat kat situ?" Ken memandang ke arahku.
"Tak...takde ape" jawabku.
Ken mula berasa hairan. Lantas dia mendekati Naz.
"Kau marah lagi kat Auf eh? Budak tu memang macam tu. Nakal."Ken memerli Auf.
""Oii!!aku dengar lah!!"" Auf memarahi Ken menggunakan kuasa minda.
"Apahal muka kau terkejut?" Soal Naz.
"Ehhh..tak de ape. " Ken memaniskan senyuman walaupun bagi Naz nampak kepura-puraannya.
"Tak... mana ada aku marah kat dia. "jawab Naz.
"Habis?"Soal Ken.
"Tak...takde ape. Aku kene balik." Naz mula berasa janggal.
Ken membiarkan Naz berlalu pergi.
""Hei Auf...kau dengar kan? Aku rasa malam ni kita ke rumah Naz nak tak? Dia sembunyikan sesuatu"" kata Ken dalam minda.
""Ya. aku tau. Baik kau balik sekarang. Rola dah mengamuk!""balas Auf menggunakan minda.
""Kenapa lak?""hairan Ken.
""Sebab rumah bersepah. Cepat tolong aku."" terang Auf.
""Haaa yela-yela.""Ken hanya akur.
Ken cepat-cepat pulang ke rumah. Di satu persimpangan jalan.
"Eh? Tu bukan ke? Hmmmm"
Ken membiarkan orang tersebut. Ada perkara yang lebih penting sekarang ini iaitu pulang sebelum dibebel Rola. Kadang-kadang dia rasa Rola seperti dirasuk batu kuning milik kakaknya kerana sikap mereka hampir sama."Hei...ada orang?" Ken melangkah masuk ke dalam rumah daifnya.
Ken terkaku. Tiada sesiapa pun di dalam rumahnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah bilikya.
"Hmmm.. tak ada pulak si Auf ni" katanya perlahan.
"Ada sesiapa tak?? Rola??? Auf???"jerit Ken.
BAM!
Bunyi periuk jatuh di atas lantai."Kucing ke?" Ken terus meluru ke dapur. Dia melihat sekeliling. Tiada periuk yang jatuh.
"Hmmm..."Ken tidak mengendahkannya. Dia mula bersiap untuk membersihkan diri. Ketika pulang dari sekolah, Ken singgah ke kedai sebelum ke rumah selain terserempak dengan Naz di sungai.
Setelah bersiap, Ken buntu. Rumahnya kelihatan kemas tanpa sebarang sampah sejak masuk.
"Auf ni...dah kenapa tipu aku. Rola pun takde. Hmmm...ha! Aku nak pergi rumah Naz." kata Ken.
Ken mengambil kertas dan pen. Setelah siap menulis, dia letakkan pada meja ruang tamu.
"Kepada Auf dan Rola. Aku nak keluar ke rumah Naz kejap. Nak tanya soalan kerja sekolah. Korang takde kat sini kenape?
P/s: hati-hati.Hantu periuk sempat kacau aku"Ken terus berlari keluar. Nasibnya agak baik kerana dalam perjalanan pulang, dia ternampak Naz semula memasuki rumah.
""Bagusla si Naz jalan lambat tadi.""bisik hati Ken.
Pintu pagar serba hitam yang besar berada di hadapan Ken. Rumah agam lima tingkat yang kelihatan usang membuatkan Ken terdiam.
"Ni..rumah ke istana? Seram sejuk plak nak masuk" namun Ken gagahkan jua dirinya.
Loceng ditekan.
TING TONG! TING TONG!"Ya...siapa" suara wanita kedengaran. Pintu rumah dibuka.
YOU ARE READING
KEN (Hiatus)
Mystery / Thriller[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik...