"Bagus, nampaknya kita boleh menyelinap masuk ke Kampung Magis lusa nanti. Nanti aku suruh Rola sediakan kostum untuk kau bila dia sedar. Hal sorok senjata selesai. Sekarang ni jom cari makanan" Auf mula berbicara sambil terkekek-kekek ketawa. Dia masih tidak dapat melupakan riak Ken yang kebingungan.
"Huhh. Sudah-sudah la ketawa tu. Makan? Rola masak ke?"balas Ken. Tambahan pula dia memang berasa sangat lapar kerana tidak makan sejak datang ke dunia BlueBlack.
"Masak? Dah jangan mengarut. Kita kene memburu. Lagipon bekalan makanan baru habis." Kata Auf sambil bingkas bangun.
"Biar betul kau ni. Aku penat laaa.."
Kata Ken."Tak kira. Ikut aku. Kau lapar. Kau buru sendiri. Lagipon bukan kau sorang je yang penat, aku pun. Dah, jangan buang masa ambil lembing kau tu."
"Yelahh orang tuaaa. "Kata Ken sengaja ingin menaikkan kemarahan Auf. Malangnya, Auf tidak pedulikannya. Nak tak nak Ken terpaksa ikut Auf pergi berburu. Ikutkan hati, mahu saja Auf menyuruh Ken berburu seorang diri untuk menimba pengalaman, namun, apabila memikirkan keselamatan Ken, Auf gusar meninggalkannya seorang diri.
Setelah tiba di lokasi sebuah tasik, Auf memberhentikan langkahnya manakala Ken yang sedikit ketinggalan di belakang berlari-lari anak untuk mendapatkan Auf.
"Hak alaaaa.. setakat tangkap ikan kat tasik. Ini kau panggil berburu" perli Ken. Dia membayangkan mereka terpaksa membunuh gergasi atau seumpamanya demi kepuasan perut.
"Bila masa aku cakap buru gergasi. Dah....Kita kene selam tasik ni untuk tangkap makanan. Ada perkampungan kat dalam tasik ni"
"Perkampungan ? Ikan ape ade perkampungan? Ke kita tak makan ikan?" Hatinya hairan memikirkan kata-kata Auf.
"Ikut jelahh..nanti kau tau."
"Auf, lupa ke aku tak pandai berenang. Dahla waktu dunia ni malam memanjang. Aku bukan boleh nampak bende dalam tasik tu"
"Oh ye ke?" Kata Auf sambil tersenyum sinis.
"Aku tau senyuman niat jahat kau tu. Jangan kau tolak aku macam dekat pokok atau bukit tu." dingin Ken.
"Hehe..yelaa. Hmmmm..kau guna lembing kau tu. Lembing kau tu ada fungsi lain jugak. " jelas Auf.
"Baik" Ken akur. Dia mula menumpukan perhatian.
""siapalah si bertuah yang cipta lembing ni guna kuasa minda. Tak guna betul.. Menyusahkan nak tumpu perhatian.... ""bisik hati Ken.
Shin shin shin
Beberapa saat seketika lembing Ken mengeluarkan debu-debu robot yang membentuk alatan pernafasan dan sut berenang."fuhhh... Lawanya!"kagum Ken.
Sut hitam dihiasi corak naga hijau ganas selain bantuan pernafasan terus melekat pada tubuh Ken.
Auf dan Ken melompat ke dalam tasik serentak. Ken terpersona dengan keindahan tasik. Untung cahaya lembing milik Ken memancar terang sepanjang mereka berenang. Siapa sangka dalam tasik ni mempunyai pelbagai jenis tumbuhan bercahaya pelangi, akar pokok yang menari melambai setiap kali ada makhluk yang melintasi mereka, haiwan-haiwan laut yang kecil dan mempunyai cahaya lampu di kepala.
""Nampaknya otak Putera Biru memang kreatif untuk rekaan dimensi BlueBlack'" ujar Ken dalam hati. Ken amat kagum dengan suasana sekelilingnya. Beberapa robot ikan meluru mengelilingi Auf dan Ken sepanjang mereka berenang ke dasar laut.
Namun, Auf tidak mempedulikan haiwan-haiwan itu. Mereka berenang semakin dalam, semua tumbuhan dan haiwan asing tadi tidak lagi kelihatan. Ken mendongakkan kepalanya ke atas. Kelihatan cahaya bulan biru dan bintang berwarna-warni yang mempersona menghiasi permukaan air. Ken tidak sangka bahawa tasik ini teramat dalam ini sungguh cantik. Ketika di permukaan, tasik ini hanya seperti tasik kegelapan.
Ken berasa takjub sehingga mengelamun namun tersedar apabila lengannya ditarik Auf.
Auf terhenti, begitu juga Ken. Sekarang, di hadapan mereka terdapat sebuah pintu platinum yang bercorak campuran haiwan angsa dan helang. Ingin sahaja Ken bertanya kepada Auf malangnya mereka sekarang berada di dasar tasik. Ken melihat Auf mengeluarkan pisau kecil lalu meletakkannya pada kepala angsa.
Ken baru sedar bahawa terdapat corak lubang sama besar dengan pisau milik Auf pada corak kepala angsa itu. Pintu itu mula terbuka dan cahaya hitam tersembur keluar lalu pintu itu menyedut mereka ke dalamnya.
"Aaaaaarrrrggggghhh!!! Woahhh woahhhhhh" jerit Ken apabila berada di dalam pintu itu. Dia juga pening kerana kerap terpusing-pusing. Baru dia sedar bahawa mereka disedut oleh lohong hitam.
"Bwekkkkk bwekkk" Ken loya.
Akhirnya mereka dapat keluar dari lohong yang mengambil masa 15 minit. Cukup membuatkan Ken termuntah apabila dapat keluar dari lohong tersebut. Auf hanya membiarkan Ken lalu meneruskan perjalanan.Sekarang mereka tidak lagi berada di dalam tasik tetapi mereka berada di sebuah kawasan tandus seakan padang pasir. Tanah di kawasan ini mengeluarkan cahaya oren menyebabkan debu-debu yang bertaburan kelihatan seperti debu magis. Bayu malam yang kuat cukup membuatkan Ken menggigil kesejukkan.
Melihat keadaan Ken, Auf memberi jaket yang dipakainya supaya suhu Ken tidak terlalu rendah.
"Baru aku perasan,pakaian kita tak basah pon" kata Ken selepas memakai jaket Auf.
"Memang la.. Sut renang kau tu kalis air" jelas Auf.
"Oh patutla. Hmmmm..Auf, nak buat ape sekarang ni? Semua tandus je" soal Ken.
" masa memburu telah tiba rakanku" kata Auf sambil tersenyum.
"Apa yang kita buru sebenarnya?" tanya Ken.
"Hishhh kau ni. Kita nak kene buru haiwan halimunan. Ni kan perkampungan halimunan. " Jawab Auf.
"Kau biar betul!!!" Tergaman Ken.
"Betullah, takkanlah peranti kau tak dapat kesan aura diorang. Kuat kut.."perli Auf.
Apabila Auf berkata begitu, baru Ken memeriksa perantinya. Yang pasti peranti milik Ken bukan setakat mengesan satu tapi seribu.
"Macam mana nak buru diorang?" Soal Ken.
"Macam ni.. kau rasa aura diorangkan? Jadi.. guna lembing dan serang!!!!!!!!!!" Lantang Auf dengan bangga.
Auf terus berlari meninggalkan Ken yang terpinga-pinga. Dengan tangkasnya Auf dapat membunuh dua ekor haiwan halimunan yang berdekatan dengan mereka. Apabila haiwan itu dibunuh, perlahan-lahan Ken dapat melihat rupa haiwan tersebut.
"Tak...tak mungkin!!! Aufff berhenti!!!! Berhentiiiii!!!!!" Terbungkam mata Ken melihat fizikal yang seakannya dibunuh oleh Auf. Bukan ke tu manusia.
"Ken!!!!!! Kau dah kene tipu dengan teknologi tempat ni!!! Rupa diorang bukan macam ni!!!! Dah cepat tolong aku angkut haiwan ni" jelas Auf.
Mendengar sahaja penjelasan Auf, Ken berasa lega.
YOU ARE READING
KEN (Hiatus)
Misterio / Suspenso[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik...