"Okay... sekarang bagitau aku, kita nak buat ape kat sini?" Soal Ken.
"Kita nak cari kenderaan la. Ape lagi. Jom" balas Auf
"Hmmm yela" Ken mengikuti langkah Auf masuk ke dalam hutan pelangi.
Suasana malam yang diterangi cahaya pelangi hutan memukau mata Ken dan Auf. Seperti biasa tumbuhan dan serangga aneh kelihatan. Walaupun terdapat beberapa pokok mati, debu-debu pokok yang berterbangan mengindahkan lagi suasana.
""Haih. Kan best kalau kat bumi pun ade hutan camni."" Bisik hati Ken.
"Oh ya Auf, terima kasih." kata Ken secara mengejut.
"Untuk ape?" pelik Auf.
"Sebab selamatkan aku dan Kary dulu. Ya....mungkin kau terpaksa bunuh Marie tapi aku rasa, kau tak patut salahkan diri sendiri. Kau cuma buat apa yang patut, dan aku rasa tindakan kau tu betul.." Ken cuba untuk memujuk Auf kerana dia tahu Auf sudah memendam rasa bersalah untuk sekian lama.
"Hmmmmm.. ok. Sama-sama." Kata Auf lalu mempercepatkan langkahnya. Ken membiarkan Auf, dia tahu Auf sedang mengeluarkan air mata.
""Hish Ken.. habis air mata aku keluar"" bisik hati Auf sambil mengesatkan air mata walaupun hakikatnya Auf terkesan dengan kata-kata Ken. Hatinya berfikir sampai bila dia ingin menyalahkan dirinya.
Tiba di satu lokasi, Auf menyuruh Ken agar berhenti.
"Kenapa ni Auf?" soal Ken.
"Nampak tak gua hitam tu? Kita nak ke sana. Jom masuk. " arah Auf.
"Baik." balas Ken sambil mengeluarkan lembingnya untuk mengeluarkan cahaya. Sepanjang melalui lorong-lorong gua yang gelap itu, Ken melihat keadaan sekeliling dengan berhati-hati. Dia juga berharap Putera Biru tidak menyerang mereka lagi.
"Hahhh dah sampai!!" teriak Auf.
Ken menilik wajah Auf yang berada di sebelah sisi kanan.
"Ermm Auf..ni jalan mati." ujar Ken perlahan.
"Haihh.. dia ni. Dah duduk diam jelah." kata Auf sambil mengeluarkan cincin yang diberi oleh pak cik tua Kampung Magis atas bantuan mereka mengangkat barang.
"Cincin tu? Untuk ape pulak? Bukan kau cakap kau tak tahu ke ape guna dia?" Soal Ken bertubi-tubi.
"Saje je..aku tau sebenarnya. Kalau aku cakap nanti pak cik tu nak balik punye.."jelas Auf.
"Boleh pulak camtu. Suka hati kau la "ujar Ken.
"Auf meletakkan cincin itu pada ukiran dinding jalan mati gua. Secara tiba-tiba dinding gua itu terbelah dua lalu membuka satu sebuah ruang gergasi. Ruang tersebut dipenuhi dengan pacakan besi.
"Okay...sekarang ape?" Soal Ken.
"Sekarang ni." Balas Auf sambil meniup seruling yang dikeluarkannya dari kocek jubah.
"GGGRoooooaaaaarrrrrr" laungan kuar gergasi kedengaran.
Ken seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
" tuuu....tu tu...tu bukan ke dinosour!!!!" terbungkam mata Ken. Gila betul Putera Biru cipta robot dinosour besar gedabak dalam dimensi ni.
"Yep. Jom la kita naik bende tu." Kata Auf sambil membuat riak biasa tidak seperti Ken yang ketakutan.
"Hoi...aku tak nak naik benda tu. Tu dahla T-Rex Logam bersayap. Kang kene makan nanti!" Terus Ken menarik tangan Auf.
"Ape kau merepek ni Ken." Dia makan logam jelah. Sudah naik sekarang." balas Auf.
Ken tiada pilihan. Nak tak nak terpaksa la dia naik binatang yang telah pupus dalam dunia sebenar.
"Ok encik dinosour, aku bagi nama kau Rex" kata Auf.
"Rex!! Terbang ke Penjara Segi sekarang!!" arah Auf.
"Groooooooaaaaarrrrr" seakan faham arahan ketuanya, Rex terbang ke atas menghancurkan siling gua sehingga kesan lubang gergasi terhasil pada gua.
"Aduihhhh sakitla kepala aku" adu Ken.
"Hahahahaha sabar jela. Selamat kau hidup." kata Auf.
"Hish!" geram Ken. Nasibnya baik lembing peraknya secara automatik mengeluarkan pelindung. Kadang-kadang Ken pun tidak faham dengan senjata miliknya. Lembing tersebut seperti mengetahui apa yang Ken lakukan.
"Sudahla... sekurang-kurangnya kita tak perlu berjalan dah." pujuk Auf.
"Yela" kata Ken acuh tak acuh. Beberapa saat kemudian, Ken berasa tenang melihat pemandangan dunia BlueBlack dari atas awan.
""Dunia yang cantik,Bintang-bintang bersinar, tanah dan batu yang melambai, sungai mengeluarkan cahaya. Haihhh... agaknya berapa lama aku boleh tinggal kat dunia ni."" Bisik hati Ken.
"Kau tak boleh tinggal lama Ken.... " seolah-olah memahami bisikan hati Ken, Auf membalas. Auf lebih mengetahui ancaman dunia BlueBlack terhadap Ken.
"Huhh..aku tau..dunia BlueBlack yang penuh malam, tanpa siang. Tapi, aku masih berpeluang untuk datang semula..walaupun tanpa kakak." Ken berkata seorang diri.
Auf hanya membiarkan Ken. Dia memerhati pemandangan sekeliling.
"Rex! Turun sekarang!" arah Auf.
"Grooaaaarrr!!!!" Rex meluncur laju ke bawah.
"Aaaarrrrggghhhhhhh" jerit Ken.
"Errkkkhhhh!!! Bertahan Ken!!!!!" Kata Auf.
Dushhh!!
Ken dan Auf selamat mendarat di tengah padang berumput kelabu.
"Ok Rex! Balik!" laung Auf kepada Rex.
"Grooaaarrr!!!" Rex terbang berlalu pergi.
"Kita kene berjalan dari sini. Penjara Segi 2 kilometer dari sini."
"Ohh dunia ni pon guna km eh untuk jarak? "Soal Ken.
"Tak....dunia ni guna dekat atau jauh je. Aku kan pernah ke dunia kau." kata Auf.
"Oh yela. Lupa" kata Ken.
"Dah jom" ajak Auf.
"Ok"balas Ken.
""Goff, tunggu aku. Aku akan lepaskan kau"" bisik hati Auf.
YOU ARE READING
KEN (Hiatus)
Mystery / Thriller[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik...