21

143 20 0
                                    

Perjalanan yang mengambil masa empat jam cukup untuk Ken dan Auf merehatkan badan.
Sesekali Ken tersedar. Pemandangan yang sungguh mengasyikkan tidak pernah menghampakan dirinya namun masih terbit kerinduannya terhadap dunia asalnya.

"Kary....huhhh...." bisik Ken lalu terus melelapkan diri.

Auf yang tersedar apabila Ken menyebut nama kakaknya. Auf berasa sayu melihat riak wajah Ken yang rindu terhadap kakaknya dan mungkin juga dunianya. Bukannya dia tidak boleh menghantar terus Ken ke dunia asalnya tetapi dia risau ancaman Putera Biru terhadap Ken.

"Tuanku....kenapa Tuanku berubah macam ni." Lalu Auf turut melelapkan diri.

"Groooooaaarrrrrrrr!!!!" Pekikan Rex yang kuat sudah cukup untuk mengejutkan Auf dan Ken daripada tidur mereka.

"aaaaa... dah sampai ke?" Kata Ken separuh maya.

"Rasanya dah." Balas Auf sambil menggosok matanya.

"Ok Rex! Tunggu sini!" Kata Auf.

"Grooooaaarrrr" balas Rex seakan mengerti arahan tuannya.

Ken melihat sekeliling. Kali ini kawasan pulau dihadapannya ini sangat tidak memberangsangkan pemikirannya. Pulau tersebut penuh dengan pokok tulang berangka makhluk aneh. Sesekali ada juga tumbuhan liar namun tidak banyak kelihatan.

"Ermm Auf... macam salah tempat je. Betul ke ni Pulau Pari-Pari?"soal Ken.

"Betul lah...kenape?" hairan Auf.

"Seram semacam je...bukan ke pari-pari tu makhluk yang ceria,baik dan bermagis?" tanya Ken.

"Tak...tak...dan Ya. Sejak bila pulak pari-pari ni ceria ngan baik. Diorang tu bahaya dan membunuh. Kuasa peranti mereka menggerunkan walaupun badan mereka kecil." Terang Auf.

"Ermmm jadi.... sekarang nak buat ape?" soal Ken lagi.

"Cari uncang mengikut warna peranti. Dalam kata lain, kita kene cari pari-pari mengikut kuasa peranti mereka." terang Auf.

"Macam mana nak cari?"Ken mula kusut.

"Hmmm Ken...kuasa peranti kau keluarkan gegelung hijau. Kiranya kau kene cari pari-pari kuasa alam semula jadi dan penyembuh." jelas Auf.

"Kau pulak?"Soal Ken.

"Aku keluarkan gegelung ungu. Aku kene cari pari-pari kuasa api." terang Auf.

"Baiklah.kejap.....nak cari kat mana? Lagipun nak kene mintak dengan pari-pari tu ke? Tapi diorang kejam."soal Ken.

"Kita kene masuk lubang bawah tanah. Kene lepasi hutan rangka tulang ni dulu. Dan ye...kene mintak dekat pari-pari... Cuma... pastikan kita tak dimakan. Gunakan helah kepada pari-pari untuk ambil uncang mereka." jawab Auf.

"Kene menipu untuk uncang?" Ken terpana seketika.  Al maklum dia bukan selalu menipu.

"Ya... biasanya pari-pari akan tanya tiga soalan. Kalau kau jujur, kau mati."kata Auf.

"Ohhh ok" balas Ken.

"Ohhh ya sebelum lupa..jawapan dia baca dalam hati, bukan mulut. " sambung Auf lagi.

"Apa!!!"Ken gelisah secara tiba-tiba.

"Tenang...kau boleh. Bayangkan ini ujian."Auf menenangkan Ken.

"Erk. Hehhhh. Yela..." balas Ken. Walau hakikatnya bukan senang dia menipu menggunakan hati.

Ken dan Auf melepasi hutan tulang dengan mudah. Mereka bernasib baik kerana pari-pari tinggal dalam bawah tanah, jika tidak mereka mungkin dibunuh sekawan pari-pari serta-merta.

"Perghhhhh...biar betul lubang banyak macam ni. Lebih seratus ni. Nasib baik la besar. Kalau kecil susah nak masuk." Ken mula bersuara.

"Ok, sekarang kita boleh berpecah. Paling lama mencari dalam masa dua hari. Kau boleh jaga diri tak Ken? Kalau tak pergi sama-sama." kata Auf.

"Aku bukan budak tak reti jaga diri... hmmm tapi aku ikut kau. Aku bukan tau jalan pon. " Ken cuba cover diri.

"Kalau kau ikut aku pastikan kau fokus. Kita tak tau ape benda dalam lubang-lubang ni selain pari-pari boleh memberi ancaman yang besar kepada kita nanti." jelas Auf.

"Kejap Auf, kau nak cakap ade makhluk lain jugak ke?"soal Ken.

"Mungkin."sepatah jawapan Auf.

"Ermm Auf, penyamaran ni... tak boleh bertukar jadi benda lain ke?"tanya Ken lagi.  Dia berasa muak dengan samaran yang sama.

"Boleh..tapi nanti kuasa penyamaran jadi terhad selain aku tak pasti habis bila. Kenape tanya?" soal Auf.

"Ape kata kita menyamar jadi pari-pari?" tanya Ken.

"Uishhh.... kau biar betul!" terkejut Auf.

"Aku serius ni. Aku rasa idea ni selamat sikit. Kau agak berapa lama tempoh kuasa bertahan?" tegas Ken.

"Mungkin sehari dua. "balas Auf..

"Aku rasa cukup kut."Ken mengagak walau dia kurang yakin.

"Haih...ok. rasanya tak salah mencuba." balas Auf.

Auf mengeluarkan kuasa peranti ungunya. Cahaya ungu mula melingkar di sekeliling tubuh Auf.

"Ehh Auf, kau nak bertukar kat sini ke? Nanti pari-pari kesan kang.." Ken mengingatkan Auf.

"Tak...jangan risau. Pari-pari tak boleh kesan kuasa peranti kita."ujar Auf.

"Ehh?? Kenape pulak."hairan Ken.

"Tengok saiz diorang la. Kecil." Balas Auf.

"Ohhh patutla." Ken mulai faham. Makhluk kecil seperti pari-pari mempunyai kelemahan tidak boleh mengesan aura.

Shin shin shin
Ken dan Auf bertukar menjadi pari-pari kecil menggunakan kuasa peranti masing-masing.  Debu-debu hijau dan ungu membentuk sayap malah pengecilan saiz mereka terjadi dengan menelan ubat pengecil yang dibawa Auf.

"Hahahahahaha muka kau Auf, cam bayi dah aku tengok." Galak Ken.

"Heh... kau pon same." Auf berasa malu.

"Uishhh..sayap. aku nak terbang la" lalu Ken terus terbang mengelilingi Auf.

Fiushhhhhhhhh
Ken dan Auf terbang sesuka hati.

"Ermm Ken..kau pernah terbang ke sebelum ni?"soal Auf

"Tak.. kenapa?"balas Ken.

"Kau tau ke camne nak mendarat? "soal Auf.

"Erk..... hehehehe...ermmm Auf, camne ni aku takleh berhenti pusing!!!" lantang suara Ken.

"Haihh dah agak...... bertahan..aku tolong kau" Auf terbang mendekati Ken.

Auf terbang lalu memaut Ken untuk mendarat. Dalam masa 10 minit Auf mengajar Ken cara terbang yang betul.

"Kau pernah terbang ke Auf?"tanya Ken.

"Ye.. aku kan serigala terbang sekarang ni. Hahahahahahhah" balas Auf.

"Hah!! Bila masa kau terbang. Tak pernah nampak pon." jawab Ken.

"Bila aku guna sepenuh kuasa. Hehehehe"Kata Auf.

"Serius?"Ken memerhati Auf lama.

"Hmmmm serius sikit jelah. Sebenarnya sekarang pun boleh terbang... cuma aku malas nak bazirkan kuasa peranti." balas Auf.

"Ohh..kau terbang guna peranti" Ken mulai faham.

"Yep. Tapi jangan pernah terfikir guna lembing untuk terbang. Takkan berlaku punye."Auf memberi peringatan awal.

"Cis.... baru je nak cuba." jawab Ken.

"Ok dah. Takleh buang masa. Kita kene masuk lubang sekarang." balas Auf.

"Hmmmm mana satu nak pilih... Warrrrrrrggggghhhhhh" Belum sempat Ken memilih, Auf terlebih dulu menarik Ken untuk masuk ke lubang yang dihadapan mereka.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now