31

133 21 0
                                    

Kary dapat merasakan dahinya terasa dingin. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan Rola sedang meletakkan tangannya di atas dahi Kary manakala Auf pula memegang dahi Ken sambil peranti di tangan mereka mengeluarkan cahaya biru cair. Rupanya dia berada di dalam gua sambil baring di atas batu besar yang lembut.

"Apa...apa yang berlaku." Soal Kary lalu cuba untuk duduk di sisi batu.

Rola menjauhkan tangannya dari dahi Kary.

"Rasanya kamu berdua... terkena kuasa batu marmar" ujar Auf.

"Erm...macam mana kami ada kat sini" soal Kary.

"Oh..Rola ternampak kamu pengsan lalu membawa kamu berdua masuk ke dalam."jawab Auf.

"Ohh... terima kasih Rola" ikhlas Kary mengucapnya.

"Sama-sama" jawab Rola perlahan. Dalam perjalanan dari menangkap buruan untuk dijadikan hidangan, Rola terkejut melihat kedua-dua rakan abangnya pengsan di tepi luar gua. Terus dia meletakkan haiwan buruan ke dalam gua dan datang semula mengangkat Kary dan Ken seorang demi seorang.
Badannya yang kecil digagahkan juga untuk mengangkat tubuh Kary dan Ken yang sedikit besar darinya.

"Huh...apa yang berlaku" Ken tersedar.

"Kita terkena kuasa batu marmar "balas Kary.

"Kamu berdua jumpa batu tu dekat mana.?" Soal Auf.

"Kami jumpa di pinggir hutan sebelah pokok buah kelapa meletup."balas Kary.

""Hmmm pelik.. bukan ke lalu tadi"" bisik hati Auf.

"Abang, nyawa kami dalam bahaya ke? Tadi batu tu bercahaya terang...kami rasa panas..mungkin sebab tu pengsan." Cerita Ken.

"Tak...cuma maknanya kamu boleh kawal kuasa peranti" terang Auf.

"Huh!! "Serentak Ken dan Kary terkejut.

"Tapi macam mana pulak tu?"soal Kary.

"Kebiasaan apabila kelahiran makhluk robot baru, mereka tiada kuasa untuk menggunakan peranti kerana kuasa peranti sebenarnya hanya mampu digunakan Putera Biru. Oleh itu,  senang cakap kerabat diraja membuat batu marmar berwarna. Batu ini akan diserap ke dalam badan makhluk yang baru lahir supaya mereka boleh menggunakan kuasa peranti. Tapi.. hairan juga, kamu berdua bukan lahir di sini. Maknanya batu marmar takkan berada di sini sepatutnya." jelas Auf.

"Oh....jadi apa kuasa kami?"soal Ken sedikit teruja.

"Kuasa kamu bergantung pada warna batu." balas Rola

"Saya hijau, Kary pulak kuning" jawab Ken.

"Oh...Ken kuasa alam, manakala Kary kuasa solar." ujar Rola.

"Woww...macam mana kami nak guna kuasa?" Kary terpegun.

"Erk...kene ada senjata magis dulu." Balas Auf.

""Ehh budak-budak ni. Tak tahu ke kuasa ni bahaya"" bisik hati Auf.

"Ohh kami nak!"serentak Ken dan Auf.

"Tak..baik jangan. "Akhirnya Rola bersuara.

"Kenapa?" Soal Kary pula.

Soalan tidak dijawab malah Rola melangkah pergi untuk ke lorong biliknya.

"Tunggu!" Teriak Ken sedikit.

"Apa?"tanya Rola.

"Ajarkan kami guna kuasa lepas kami ambil senjata?" ujar Ken.

Rola terkejut. Untuk kali pertama ada yang memintanya mengajar magis.

"Ermm..."Rola buntu.

"Takpe...abang ajar kamu bertiga. Lebih baik"jawab Auf.

"Ok" balas Rola.

"Ha...lupa pulak..abang Auf, maklumat apa yang abang dapat lepas jumpa Max." Soal Rola lagi.

"Hu...ooo....Rola.. esok kamu akan pergi berlindung dengan pasukan keselamatan BlueBlack. Abang ubah perancangan, kamu belajar magis dengan mereka lagi ok? " pujuk Auf.

"Tapi...kenapa?" Rola ingin sahaja menidakkan arahan Auf.

"Sebab mereka pahlawan yang hebat dari abang. Abang nak kamu buat yang terbaik bila belajar dengan mereka. Boleh janji dengan abang?" ujar Auf.

"Hmmm...baik...janji. Rola nak siapkan hidangan dulu."kata Rola sayu.

"Ok" balas Auf lalu Rola meninggalkan mereka. Kary juga mengikuti langkah Rola untuk membantu.

Setelah melihat kelibat adiknya hilang, Auf membisik kepada Ken.

"Aku nak kamu rahsiakan semua yang abang akan cakap ni " perlahan kata Auf.

"Rahsiakan pada Kary sekali ke?" tanya Ken.

"Tak...hanya Rola" balas Auf.

"Oh baik...kenape?" Soal Ken.

"Hmmm.. Putera Biru dah berubah.. dia membunuh beberapa penduduk kawasan sekitar."jujur Auf.

"Hah!!"terkejut Ken.

"Shhhhh..." Auf menutup mulut Ken dengan tangannya pantas.

"Ok..maaf...teruskan? " bicara Ken.

"Beberapa tentera terpaksa akur kerana siapa yang membantah akan dihukum oleh Putera sendiri. Kamu pun tahu kan... Kuasa peranti Putera Biru tu terlalu kuat berbanding kita semua."jelas Auf.

"Macam mana dengan Max? Dia membunuh ke?" tanya Ken.

"Tak.. Max hanya mendengar khabar berita semasa sedang berlatih dan beritahu pada abang." balas Auf.

"Kejap...bukan abang kata abang nak jumpa Max ke tadi? Sekarang abang cakap dia sedang berlatih?" Ken mula berasa aneh.

"Abang kene pergi agak jauh dari Rola untuk berhubung dengan Max menggunakan minda. Sebenarnya Max mengikuti latihan rahsia dan Rola tak boleh tahu akan hal ini. Dia akan terlalu risau keselamatan Max . Rola juga sangat sayang pada Putera Biru. Dia tak akan mampu bertarung dengannya. Sebab tu lah... abang nak ajar kamu dan Kary cara guna kuasa peranti. Kita akan menentang Putera.

"Menentang Putera?...hmmm baiklah." jawab Ken yakin.

"Janji rahsiakan dari Rola?" tegas Auf.

"Janji!" senyuman terukir di wajah Ken.

"Abang!!!!! Makanan dah siap!!"laung Rola.

"Ok. Abang dan Ken datang ni." balas Auf.

KEN (Hiatus)Where stories live. Discover now