"Ohh dah pagi rupenye. Hah! Sekolahhh!!!" Ken terjaga dari tidur secara mengejut. Terus dia menuruni katil dan bersiap. Sebaik sahaja menuruni lif, Ken menguap beberapa kali.
"Haih... rasa bersalah plak kat Naz. Dah la menumpang rumah dia tanpa bayaran." Ken bersuara perlahan.
"Abang Ken!! Mari makan." Rola menjemputnya.
Kelihatan yang lain sedang mengunyah makanan masing-masing.
"Ermm siapa yang masak ni? Rola eh? Nampak sedap."puji Ken."Eh..tak... abang Naz yang masak. " jawab Rola.
"Hah?" Ken melihat ke arah Naz. Naz sedang menghirup teh panasnya.
"Yep. Aku yang masak. Rasalah. Sedap tak?" Naz menjamu.
Ken menurut.
"Sedap betul!" Ken menghabiskan nasi goreng sehingga licin.
"Naz..terima kasih" serentak Ken dan yang lain.
"Takde ape lah.. benda biasa. Pinggan basuh sendiri eh" usik Naz.
"Tau ler.." Auf membalas.
Usai makan, mereka bergerak sekolah dengan berjalan kaki bersama.
Pada waktu rehat persekolahan.
Auf, Ken, Hikaru dan Naz berlatih untuk memberi pembentangan pada minggu hadapan di kawasan lorong terpencil.
"Selamat pagi kami ucapkan. Bla bla bla...." kata Ken.
Tamat persekolahan, seperti biasa mereka pulang bersama.
"Hei korang, aku nak beli barang dapur. Korang balik dulu lah.
Semalam terlupa nak beli." Kata Naz."Ohh ok" balas Ken mewakili yang lain.
Kelibat Naz menghilang.
"Korang.. aku nak bawa Naz ke dunia BlueBlack boleh tak?" Soal Ken kepada yang lain.
"Hoii kau biar betul! Mana boleh. Bahaya kat sana." Auf membalas.
"Boleh sebenarnya...beta boleh bawakan."Hikaru membalas.
"Tapi tuanku... hmmm Ken...kenapa nak bawa dia ke sana. Dia tak patut tahu pasal identiti kita." aneh Auf.
"Hmmm... yela. " Ken tidak mahu menyambung.
""Hoi...budak~~"" Auf bermain dalam minda Ken.
"Auf!!! Jangan ganggu minda aku!" Ken memarahinya.
"Hahahaahahahaahaha!" Auf hanya ketawa lalu melarikan diri. Ken mengejar manakala Hikaru dan Rola hanya melihat teletah mereka.
"Macam budak... dah la nak SPM."kata Rola.
"Hahahaha. Takpe. Biarkan mereka" balas Hikaru.
*****
Lokasi: Di rumah Naz.
Ken, Auf, Hikaru duduk di ruang belajar di tingkat dua manakala Rola berkurung di dalam biliknya. Katanya penat.
"Hmmm... lamanya Naz." Kata Auf.
"Nak beta guna kuasa untuk tolong perhatikan dia?" soal Hikaru.
Ken tersentak.
"Er....tuanku.. tak perlu... tak perlu" Ken risau jika menggunakan Hikaru menggunakan perantinya yang susah dikawal itu, mungkin Naz akan meletup atau terbakar seperti rumahnya.
"Hmmm...korang pergi la buat kerja dulu. Aku nak minum air kat dapur jap." Ujar Auf.
"Okay. Bawakan susu sekali untuk aku." Kata Ken
YOU ARE READING
KEN (Hiatus)
Mystery / Thriller[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik...