Sonmi's POV
'kriiinnngg!' loceng sekolah berdering menandakan waktu persekolahan untuk hari ini telah tamat. Aku berjalan ke arah tangga untuk turun dari bangunan kelas aku. Berhampiran tangga, kelihatan seorang unnie sedang menunggu. Menunggu aku bersama sekeping surat di tanganya. "sonmi-ahh, tolong unnie ye?" katanya sambil menghulurkan surat tu kepada aku. "maaf unnie, tapi oppa taknak saya terima sebarang surat" jawabku. Tapi kesian pulak sebab unnie ni nampak baik je. Dan rambutnya yang berwarna hazel tu cantik betul. "urm tolong la sonmi. Kali ni je. Lain kali unnie takkan susahkan sonmi lagi" rayu dia sambil mengangakat tanganya. "huh, nasib baik unnie ni cantik dan mood saya baik hari ni. Tapi saya tak boleh janji apa-apa tau pasal surat ni. Saya takut oppa taknak terima je" jawab aku. "ne, gomawo sonmi-ahh" kata unnie tersebut lalu pergi dari situ. Aku pun meneruskan perjalanan aku untuk pulang ke rumah. Home sweet home!
Sesampainya di rumah, aku disambut oleh omma dan appa, mereka sedang menunggu aku di ruang tamu bersama dua orang tetamu yang baru kali pertama aku lihat. "oh sonmi-ahh, dah balik? Mari duduk sini" kata omma dengan nada baik semacam je. Omma ni nak ape ni? Ahh, tak kisahla. Aku pun menuju ke arah mereka. "anyeonghaseyo" aku tunduk kepada tetamu, cuba untuk menjadi seorang sopan. Selepas itu, aku diminta duduk di sofa dan mereka berempat memandang ke arah aku sambil tersenyum. Aihh, hari ni pelik semacam je. Dieorang ni nak suruh aku pergi culik kanak-kanak ke? Ke suruh aku pergi belajar luar negara? Haih, kau ni sonmi, asyik fikir pelik je. Tiba-tiba, "saya dah balik!" bunyi jungkook masuk ke dalam rumah dan juga duduk di sebelah aku. "omma, kenapa ni?" dia bertanya soalan yang aku baru nak tanya. Peniru betul. "urm, kenalkan ye, ni tuan dan puan Kim, ketua syarikat appa kerja" kata appa aku. Aku masih lagi keliru ni. "sebenarnya kami berdua datang untuk bincang pasal perkahwinan yang akan diadakan nanti" tuan kim bersuara. "haaah?! Omma, kenapa omma?! Omma, jungkook taknak kahwin lagi! Jungkook muda lagi, tak habis belajar lagi" bantah jungkook. Wah, semangat betul dia membantah. Padan muka, kena kahwin awal. Tapi, tuan dan puan kim pun mula ketawa. Kenapa pun aku tak tahu. "hahahah, yang akan kahwin tu bukanya kamu jungkook, omma tahu kamu tu banyak peminat. Yang akan kahwin tu sonmi" jawab omma. Ohh, bukan dia akan kahwin. Haaaaaahhh?! Aku kena kahwin?! Taknak!!
"apa omma?! Sonmi taknak!" bantah aku. Kelihatan si hidung besar tu dah tenang sebab bukan dia yang akan kahwin. "mana boleh macam tu sonmi. Omma dan appa dah janji yang kiteorang akan kahwinkan anak perempuan dengan anak lelaki keluarga kim setelah dia berumur 18 tahun. Semalam hari lahir dia yang ke-18, jadi dia dah bersedia untuk kahwin dengan kamu" terang omma panjang lebar dan appa pula mengangguk kepalanya je. "tapi kan omma, bukan ke arrange mariage tu dah lapuk ke? Zaman sekarang pun orang buat macam tu lagi ke?" tanya jungkook. Wah, jungkook membantah untuk aku la. Happy nye. "mesti la ada orang buat macam tu. Ala tak kisahlaa. Majlis akan diadakan minggu depan tau" kata appa dengan tenang. Alahai, kenapa la hidup aku perlu digelapkan macam ni? Aku pun ada cita-cita jugak. Nak jugak aku pergi konsert 5SOS selepas habis sekolah nanti. Tapi kalau dah kahwin, suami aku bagi ke aku pergi?. Aihh, fikir lama-lama macam ni buat aku pening je.
Malam tu, aku takde selera nak makan sebab asyik fikir pasal tadi je. Nasi aku lansung tak dimakan. "sonmi, janganla main dengan makanan tu. Makan cepat. Nanti sejuk tak sedap" tegur omma. Alaa omma ni tak faham betul laa. Aku tengah risau ni. "kau taknak ke? Biar abang laa yang habiskan" kata jungkook lalu mengambil daging goreng yang berada di depan aku. Aku pun menghulurkan pinggan berisi daging itu kepadanya. Takpelaa, biar malam ni dia yang habiskan. Takde selera. "sonmi kenyangla. Sonmi naik atas dulu ye?" kata aku lalu menuju ke bilik tidur aku.
Di dalam bilik, aku terus menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji untuk pop kuiz matematik mr nam tu. Nanti tak boleh jawab, kena berdiri kat luar kelas pulak. Selesai mengulangkaji, aku terus mengemas beg sekolah aku. Eh, aku ada pinjam novel tadi. Baca novel dulu la. Tapi kan, teringat pulak aku kat abang senior tadi. Apa nama dia? Haa, yugyeom! Dia tu memang handsome betul la. Harap-harap bakal suami aku ni mirip macam dia. Ehh, menyampah betul bila aku ingat balik yang aku akan kahwin minggu depan!!
Pagi keesokanya, aku bangun agak lewat sebab cuti hujung minggu. Eleh, macamla kalau hari persekolahan aku bangun awal. Huuhuu. Sama jer. Selepas siap membersihkan diri, aku terus turun ke bawah untuk mengisi perut kesayangan aku ni. Menyesal pulak aku tak makan semalam. Lapar betul! Kelihatan jungkook sedang berbaring di sofa sambil menonton tv. Aish budak tu. Asyik bermalasan jer. ((sonmi, awak pun sama je)). Aku terus menuju ke dapur. Kelihatan omma berada di situ. "ohh, sonmi-ahh, mari makan. Lepas ni kamu kena pergi kedai tau" "kedai ape? Nak beli apa?" tanya aku. "butik baju pengantin la. Kan minggu depan sonmi dah nak kahwin" jawab omma tenang. Ehh, teruk betul. "bukan sonmi nak, sonmi kena kahwin. Urh, sonmi kena pergi ngan siapa?" "dengan tunang sonmi la" tunang? Tunang ape pulak ni? Bila masa aku bertunang?. "tunang? Sonmi dah bertunang ke omma?" soal aku. "yelaa, rantai yang sonmi pakai tu, rantai pertunangan sonmi la" jawab omma sambil memakan pankek yang dimasaknya begitu jugak dengan aku. "ohh, patutla sonmi pakai rantai ni sejak kecil lagi" kata aku sambil memegang rantai berbentuk bintang yang tergantung di leher aku.
Selepas siap makan, aku pun menuju ke tempat jungkook. Laju je dia gelak bila tengok running man dekat tv tu. Aku pun duduk di sebelahnya. "sonmi-ahh, cuba kau tengok kwang soo tu. Lucu betul" kata jungkook sambil gelak. "yelaa, oppa, nak tanya soalan boleh?" "soalan ape? Tak nampak ke abang sibuk tengok tv ni? Soalan matematik tu nanti laa" jawabnya tanpa memandang ke arah aku pun. "bukan pasal tu" "habis tu?" "urm, oppa kenal ke bakal suami sonmi?" lepas dengar soalan aku, baru dia menoleh. "ohh, mestilaa kenal. Kawan oppa je" jawabnya tenang. "siapa?" belum sempat dia jawab, omma pun memanggil aku. "sonmi-ahh, mari sini!". Aku pun menuju ke arah omma di depan muka pintu rumah. "haa, tunang kamu dah sampai. Pergi la bersiap" kata omma. Dah sampai? Tapi siapa ye? Tengok sikit. Aku pun melihat ke arah luar rumah. "anyeong!". Whaaaaaaaattt?! Kau takkan percaya siapa yang ada kat luar rumah dan sedang melambai ke arah aku tu.
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...