11"

87 5 2
                                    

Sonmi's POV

"yugyeom-ahh, bangun laa. Nanti lewat nak pergi sekolah" aku mengejut budak panjang ni. Entah kenapa hari ni dia taknak bangun. "yugyeom, jebal! Bangun la" kata aku lagi. Tubuhnya aku goncang. Kelihatan tiada respon darinya. Aih, putus asa la aku kalau macam ni.  "jinja, kenapa awak taknak bangun ni?" tanya aku lagi. Dah macam orang gila, cakap sorang2

Aku masih lagi duduk di tepi katil dan menggoyang badan sasanya tu supaya bangun. Jam menunjukkan pukul 7 pagi dah. "yugyeomie, ban--" belum sempat aku menyambung ayat, badan aku ditarik olehnya sehingga aku terjatuh diatasnya. Muka hanya beberapa cm saja. "waeyo?" tanya aku lagi. "hari ni ada latihan menari lepas habis sekolah la, saya malas" jawabnya ringkas.

"tapi, awak tetap kena pergi sekolah, yugyeom sunbae" kata aku. "saya rela duduk dengan awak di rumah daripada pergi sekolah" jawabnya. Matanya liar memandang bibir aku. Aku hanya memandang mukanya yang begitu dekat dengan aku tu. "neol yeppeuda (awak cantik)" katanya sambil bermain dengan rambut aku. Mukanya dirapatkan dengan aku. Semakin dekat, semakin dekat, dekat lagi.. Sehingga 'kringgg!' telefonya berdering. Dengan segera aku bangun dari posisi tersebut. 

"yoboseyo mark hyung"

"yug, bila kau nak datang sekolah ni? Ada perjumpaan ni"

"ha, kejap lagi hyung"

"ha yelah, aku tunggu kau dekat tempat biasa k?"

"okey hyung. Jumpa nanti"

Balas yugyeom sambil bangun dari katil. Hahaha padan muka kena marah dekat mark sunbae.

S.K.I.P

'klik' aku membuka pintu kelas dan berjalan menuju ke arah meja aku. Beg aku diletakkan di tepi meja. Selepas itu, aku pun duduk. "sonmi-ahh!" kedengaran seseorang memanggil aku dari luar kelas. Aku pun mencari gerangan suara tersebut. Kelihatan solbin tu sedang melambai ke arah aku dari luar. "solbin-ahh, masuk laa" kata aku. Selepas itu, dia pun menuju ke arah aku.

"ada ape?" tanya aku sambil menconteng dalam buku aku. "takde laa, saja je nak datang melawat kau. Rindu" jawabnya ringkas. Tapi, kepalanya sibuk memandang ke arah meja di belakang aku. Kenapa pun aku tak tahu. "kenapa kau ni?" tanya aku. "kenapa ape?" "kau pandang apa tu?" "mana ade!" jawabnya sambil bermain dengan buku aku. "kau ni untung la. Semua namja yang rapat dengan kau handsome tahap gaban" katanya lagi.  "gaban ape? Siapa yang handsome?" tanya aku tak faham. Jungkook oppa ke? Ke yugyeom, suami aku tu?

Sekejap selepas itu, pintu kelas dibuka dan mingyu masuk ke dalam kelas menuju ke tempatnya. Kelihatan banyak coklat, bunga dan surat dipegang olehnya. Dari peminat, mungkin. Sonmi pun dah mula tersenyum macam kerang busuk mak limah. "kau ni dah kenapa?" aku tanya dia yang makin kuat tersenyum sambil memandang budak baru tu. "entah kenapa aku sedih pulak sebab tak sekelas dengan dia" jawabnya. "eleh kau ni, bukan ke dokyeom ngan wonwoo sekelas dengan kau?" tanya aku kepada dia. "dia lebih handsome dari dokyeom dan wonwoo la" jawabnya sambil pout.

"eleh kau ni. Baik kau pergi masuk kelas sekarang sebelum semua mata pelajar perempuan kelas ni tengok kau yang sedang tergedik-gedik tuu. Bukanya cantik, macam muka mak bedah tak pakai bedak" kata aku mengusik. "kau ni, yela2. Urm tapi nanti balik sekolah ni kau temankan aku pergi kedai buku boleh?" tanya dia berharap untuk aku jawab ya. "ha yelaa. Pergi masuk kelas kau. Belajar rajin2. Jangan asyik nak tengok namja je" ceramah aku panjang lebar. Huhu padan muka budak solbin sorang ni.

<waktu rehat>

Author's POV

Mingyu membuka lokernya untuk menyimpan buku. Kelihatan banyak sangat hadiah, kek dan coklat diletakkan di dalam lokernya. Tak perlu cakap la pasal surat cinta yang bertimbun tu. "ala, makin banyak fan kau ye?" kata wonwoo yang baru muncul di situ bersama vernon dan dokyeom. "entahla, semua peminat aku dia sedut" kata vernon tak puas hati. "sabar jelaa hansol hoi" kata dokyeom. Kek coklat di dalam loker mingyu diambil dan dimakan olehnya. "wow, mashitta! Huntungler kau" kata dokyeom.

Mingyu hanya tersenyum dan menghulurkan semua makanan kepada dokyeom, vernon dan wonwoo. "haa, ambiklah. Makan banyak2" katanya. "tak nak la. Aku tak makan coklat. Manis" jawab wonwoo. "takpelaa. Biar aku habiskan kau punya. Aku suka betul coklat ni. Nak bagi Chan sekali" kata vernon sambil tersenyum gembira. Mana tak nya. Dapat coklat kot. "ha, jom ah, semua orang dah tunggu dekat kantin. Nanti marah pulak sungcheol hyung" kata dokyeom dan mereka pun menuju ke kantin.

<dalam kelas yugyeom>

Namjoon masuk ke dalam kelas bersama dengan hoseok dan yoongi. Kelas pula riuh rendah je. "haih, jangan la bising sangat, classmateku semua!" jerit seokjin selaku ketua kelas. "okey ketua!" kata youngjae.

Yugyeom pula sedang sibuk berbual denga jungkook. Macam-macam topik yang mereka bualkan. Sehingga topik pasal sonmi pulak yang keluar.

"kau okey ke ngan dia?" tanya jungkook. "okey je. Tapi, macam yang kau cakap la, dia selalu takut kalau duduk dalam gelap. Kenapa sebenarnya?" tanya yugyeom berharap untuk jungkook menjawabnya. "sebenarnya, time kecik, dia pernah ditinggalkan dalam hutan semasa berkemah sekolah rendah. Dia memang seorang yang kurang kawan dan selalu dibuli. Semua budak perempuan tak berapa suka berkawan dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa" terang jungkook panjang lebar. Yugyeom hanya mendengar.

Perbualan mereka berterusan sehingga, "knock knock on my door!" nyanyi youngjae dengan kuat. "menda kau ni youngjae?" tambah jimin.

*

Yugyeom berjalan menuju ke arah bilik latihanya semasa telefonya berdering.

Saya teman solbin pergi kedai buku kejap ni- sonmi ^__^

Okey. Jalan baik-baik. - yugyeom

Selepas membalas mesej tersebut, dia meneruskan perjalananya sehingga namanya dipanggil dari belakang oleh bambam. "yug! Tunggu aku!" "cepat! Kejar aku!" "takyahla main kejar-kejar!" balas bambam sambil mengejar yugyeom tu.

A/N : hello! Dah tengok music video BTS- Spring day? Best giler! BTW, blh tak korang komen pendapat korang tentang MV blood sweat tears?

Fronting | Kim YugyeomWhere stories live. Discover now