"wah! Cantik betul gaun kau!" kata solbin sambil menepuk tanganya. "huhu thanks. Nah, ni baju kau. Aku beli khas untuk kau" kata aku sambil menghulurkan sehelai gaun berlengan panjang dan berwarna kuning muda. Budak solbin ni, kalau pakai baju warna kuning memang sesuai sangat dengan dia tu. "wah! Kyeopta! Aku nak pergi salin baju kejap. Nanti aku datang balik tau?" katanya lalu menuju ke arah bilik persalinan. Selepas itu, seorang unnie masuk ke dalam bilik aku. Aku rasa unnie ni jurusolek aku hari ni sebab dia nampak berstyle betul. "haa, sonmi-ahh, dah ready? Unnie dah nak make up awak ni" katanya sambil membuka beg yang dibawa bersamanya. Pelbagai jenis alat solek diisi di dalamnya. Wah, ni kali pertama aku disolek oleh jurusolek profesional seumur hidup aku. Huhu. Selepas maskara diletakkan, aku pun siap disolek. "haa, siap! Sekarang pakai bunga ni tau" kata unnie tu. "ne unnie. Thanks sebab buat saya nampak cantik hari ni" kata aku. Selepas itu, aku menyarung hiasan bunga di kepala aku dan, hurm, siap! "wah, yeppeuda!" kata solbin selepas masuk ke dalam bilik sambil memakai baju yang aku beri tadi. Alahai, comel betul la dia tu. Semakin berdebar rasanya. Selepas itu, omma aku pun masuk ke ke dalam bilik. "wahh, cantik betul anak perempuan omma sorang ni" katanya sambil membetulkan hiasan bunga di kepala aku.
//S.K.I.P//
[Yugyeom's POV]
Aku duduk berhampiran dengan pentas yang disediakaan untuk majlis. Semua hyung aku sedang sibuk ambil gambar terutama bambam dan jackson. Sibuk jer. Tiba-tiba, jungkook datang ke arah aku. "gyeom, handsome betul kau hari ni. Tak sabar la tu" katanya sambil menepuk belakang aku. "kau ni, aku tengah berdebar ni" "huhu, macam ni la, aku takde ape nak cakap tapi cuma aku nak kau jaga adik aku dengan baik tau. Dia sorang je adik aku. Urm, macam ni, sebenarnya dia tu takut sangat dengan guruh. Lepas tu, kalau boleh elakkan dia berada dalam keadaan gelap, sebab dia..trauma" sambungnya lagi. Trauma ape? "kenapa? Apa dah jadi yang aku tak tahu ni?" tanya aku dengan rasa ingin tahu. "alah takpe la. Kau pastikan dia kurang berada dalam gelap dan keseorangan tau" jawabnya sambil senyum. "gyeom! Jom ambik gambar dulu. Haa, namjoon! Come here! Hoseok!" jerit jackson yang baru datang. Selepas itu, jungkook terpaksa pergi ke arah sonmi sebab dia merupakan pengapit untuk sonmi manakala 6 orang hyung aku beratur di belakang aku kerana mereka merupakan pengapit aku.
"berdebar la pulak rasa!" kata jinyoung. Kepalanya pun segera diketuk oleh mark. "eleh, bukan kau pun yang nak kahwin. Janganla buat gyeom berdebar pulak" kata mark manakala jinyoung sibuk menggosok kepalanya yang diketuk mark. (( haa, korang ingat tak ep. Hard carry di mana mereka terpaksa pakai suit dan pergi makan burger tu? Imagine mereka semua berpakaian macam tulaa ye? Huhu)).
Sebentar kemudian, kelihatan sonmi berjalan bersama appanya yang tak lama lagi akan jadi appa aku jugak diikuti solbin dan jungkook di belakang. "wah! Cantiknya!" jerit bambam. Dia merakam setiap pergerakan sonmi dengan kamera di tanganya. Manakala yang lain sibuk mengambil gambar. Geng Bangtan pula sibuk mengambil gambar kecuali hoseok dan namjoon yang menjadi DJ untuk hari ni sedang sibuk memilih lagu yang sesuai untuk majlis kerana majlis ni diadakan di taman berhampiran hotel keluarga aku. Semua sepupu aku yang kecil pula sibuk menepuk tangan apabila terpegun dengan kecantikan sonmi. Wah, pernah tak aku cakap yang aku ni memang bertuah untuk ada dia sebagai isteri aku? Selepas itu, appa sonmi pun menyerahkan tangan sonmi yang digenggamnya kepada aku. Wah, kuat betul dia menggigil. Comel betul! "takyah la nervous. Saya ada kat sini" bisik aku kepadanya. "btw, awak memang cantik" sambung aku membuatkan dia tersenyum menghilangkan riak wajahnya yang sedang berdebar. Sekarang dia buat aku pulak yang berdebar dengan wajahnya yang cantik tu. Sebentar itu, majlis pun bermula. (( sorry author tak boleh tulis sebab author pun tak sure pasal majlis orang agama ni. Author pun pasti semua yang baca ni muslim kan?, so, not a big deal))
"sonmi-ahh! Pandang sini!" semua orang mengambil gambar kami berdua. Sonmi pun mendekatkan mukanya ke telinga aku dan berbisik sesuatu. Selepas mendengar kesemuanya, aku pun memberitahu semua, "urm, korang? Sonmi cakap dia tak galakkan kamu semua upload gambar yang diambil ke akaun media tau. Tapi kalau nak upload jugak, takyah letak sebarang tanda (#) la ye? Yelaa, demi kebaikan dia jugak kan?" kata aku kepada semua. Kelihatan mereka bersetuju dengan permintaan aku tu. Setelah siap makan, majlis pun berakhir. Aku dapat tengok semua hyung aku dari geng GOT7 dan Bangtan tu dah letih. Kelihatan bambam, jungkook dan taehyung sibuk buat video mereka tengah dab. Jackson, hoseok dan namjoon pulak sibuk berbual sambil ketawa keriangan. Jinyoung, jaebum dan youngjae sedang seronok menyanyi lagu 'Let Me' sambil buat aegyo. Mark, suga dan seokjin sibuk makan kek dan semua hidangan sampingan yang dihidangkan sambil berbual. Wah, mereka semua nampak gembira bersama. Yang aku perhatikan pulak, omma dan appa aku bersama dengan omma dan appa sonmi dan ahli keluarga aku yang lain juga sibuk berbual. Aku gembira sebab mereka gembira. Tapi, aku tak nampak pun jimin ngan solbin?
<malamnya>
Kami semua sedang berkemas dan bersiap sedia sebab kami kami akan bertolak pulang esok. Selepas siap berkemas, semua orang tidur. Kesian semua orang, letih. Aku boleh nampak bambam yang kongsi bilik dengan aku tu dah tidur lena betul bersama dengan dengkurnya yang dah macam muzik hiphop dah dalam telinga aku.
.
.
.
.
.
.
A/N : wuuu! Author kat sini! Sorry sebab chapter ni pendek sebab idea takde sangat dan kerja sekolah author banyak sangat. Math, english, ekonomi asas, sejarah, bahasa melayu dll. #sibukjenakbagitahu. Huhu. Jumpa next chapter tau. Byebye~
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...