"sonmi-ahhh!!" jerit Solbin sambil berlari ke arah aku. Alahai budak ni, bising betul. Semua orang pandang ni. "what's up sonmi?" "takde, omma aku ajak kau pergi jalan-jalan dengan family aku pulau jeju hujung minggu ni nak?" aku bertanya. "korang nak buat ape kat pulau jeju?" "huh, nanti sampai kau tahu laa. Tapi jangan lupa minta dulu dengan parents kau tau. Nanti dieorang risau" "haa, okeyla. Kita nak pergi berapa hari?" "urm, 2 hari rasanya" jawab aku ringkas lalu menuju ke arah kelas aku. Takut pulak nanti dia tanya banyak-banyak. Tak sanggup nak jawab.
-----------SKIP------------
[Author's POV]
Yugyeom berjalan menuju ke arah bilik latihan. Tiba-tiba, dia dikerumun oleh sekumpulan pelajar junior daripada gred 10. "sunbae, ambikla snek ni" "sunbae, saya beli coklat untuk sunbae". Kata mereka semua sambil menghulurkan barangan yamg hendak diberi kepada yugyeom. "kamsahamida yorobhun. Tapi lain kali, tak payah la susah-susah beli semua ni" kata yugyeom sambil tersenyum membuatkan semua pelajar tersebut menjerit keriangan. Yugyeom pun terus masuk ke bilik latihan di mana 6 ahli lain sedang menunggu. "ohh, gyeom-ahh, kenapa kau lambat?" tanya jaebum, ketua kumpulan mereka. "maaf hyung. Tadi ada budak sekat perjalanan saya" jawab yugyeom sambil menuju ke arah mereka semua. "wah, coklat. Nak satu!" kata youngjae sambil mengambil coklat bar daripada yugyeom. "haa, macam ni. Hujung bulan ni, akan diadakan satu pertandingan berkumpulan. Harap-harap kali ni kumpulan kita dapat tewaskan kumpulan bangtan. Dieorang ada cara baru laa" terang jinyoung. "dieorang buat ape?" tanya jackson sambil menggosok kepalanya. "entah, aku dengar-dengar jelaa" jawab jinyoung. "kalau macam tu, kita kena tambahkan lebih banyak dab dalam tarian kita. Sekarang ni, dab aku viral tau" kata bambam sambil dab. Kepalanya diketuk oleh jaebum. "apelaa, yang kena tambah tu martial arts tricking. Kau okey ke mark?" kata jaebum. "aku okey jer. Kita nak guna lagu ape pulak kali ni?" "apa kata guna lagu hard carry jelaa, tapi tambah martial arts tricking" cadang yugyeom. "urm, macam best jugak" kata youngjae sambil mengunyak coklat. "urm, tapi hujung minggu ni aku akan ke pulau jeju. Korang ikut boleh?" soal yugyeom tiba-tiba. "buat ape kat sana?" tanya bambam. "macam ni, bla bla bla bla bla..." yugyeom menerangkan kepada mereka semua. "sonmi? Maksud kau sonmi adik jungkook tu ke?" tanya mark. "ha'ah. Korang ikut la ye? Bangtan pun pergi jugak" pelawa yugyeom. "mesti best kan. Dah lama aku tak pergi vacay" kata jackson. "okey, sekarang aku rasa baik kita mula practise" kata jaebum dan mereka pun mula berlatih untuk pertandingan itu.
[Sonmi's POV]
Aku berjalan pulang ke rumah dalam keadaan letih. Arh, kerja sekolah banyak betul hari ni. Tapi kalau fikir betul-betul, aku hanya ada satu gred je lagi sebelum aku tamat sekolah menengah dan sambung pelajaran ke kolej. Urm, tak sabar betul nak habis belajar! Aish, ape kau ni sonmi, asyik malas je nak belajar.
"saya dah balik!" jerit aku selepas meletakkan kasut di atas rak. "oh, sonmi-ahh, macam mana sekolah?" tanya omma yang sedang memasak di dapur. ((oit, macam chibi maruko chan laa pulak. Kihkih)). "macam biasa je, kerja sekolah banyak betul. Omma masak apa hari ni? Sonmi lapar laa" kata aku sambil memeluk omma daripada belakang. "tunggu la kejap. Kejap lagi siap la sup ni. Ha, sekarang pergi la tukar baju. Yugyeom nak makan tengah hari dekat sini hari ni" kata omma sambil memegang sebelah tangan aku manakala sebelah lagi tanganya menggosok kepala aku. "haah? Kenapa?" tanya aku terkejut. "eh, tak boleh ke? Lagipun hari ni appa balik lewat. Dah, pergilaa salin baju" jawab omma. Selepas itu, aku terus naik ke bilik aku. Alaa, kenapa pulak dia kena datang, malu laa aku hal hari tu. (^///^)
Selepas siap salin baju, aku pun turun ke bawah untuk makan. Kelihatan dia sudah ada di bawah bersama jungkook dan omma. Cepat betul datang. Tak kisah la. Lapar ni. "sonmi, cepatlaa. Kiteorang tunggu kau ni. Oppa dah lapar ni" kata jungkook sambil memegang kayu penyepit, bersedia untuk makan. Alaa, kenapa dia kena duduk depan aku? Malu laaaaa! Waktu makan tu, semua orang diam je. Aku pun mendongak untuk melihat dia. Tapi bila aku mengangkat kepala, dia dah pun melihat ke arah aku sambil tersenyum. Chopstick masih berada di dalam mulutnya. Alaa, takyah laa senyum. Kau nak aku cair ke kat sini? "gyeom, kau dah tahu pasal competition yang akan diadakan nanti?" jungkook bertanya tiba-tiba. Wuh, nasib baik. Kalau tak, aku rasa aku akan cair bila dia tengok aku lama-lama. Selepas itu, kami terus makan.
*******hujung minggu*******
"solbin-ahh, kau dah siap ke belum?" tanya aku melalui telefon. "dah, aku dalam perjalanan ke rumah kau ni" "urm, okey. Datang cepat tau. Nanti terlepas flight baru tahu" sambung aku lalu mematikan panggilan.
<di lapangan terbang>
"jom!" jerit jungkook diikuti geng bangtan. Semangat betul. Sebenarnya aku tengah takut ni. Betul ke esok aku dah kena kahwin? Nasib baik aku kahwin kat Jeju Island. Kalau tak, habislaa aku kalau peminat yugyeom tahu. "sonmi-ahh, kenapa geng GOT7 pun pergi jugak? Kalau Bangtan tu takpe laa. Dieorang tu geng abang kau, tapi GOT7?" tanya solbin tiba-tiba. "urm, dieorang pun kawan abang aku jugak, kan?" jawab aku sambil menggigit jari. "urm, okey" jawab solbin. Matanya tekun memandang ke arah jimin. Haih, jangan kata kau suka jimin pulak. Ahh, tak kisah laa. Dalam flight, semua orang buat hal sendiri je. Boring laa. (( mestilaa buat hal sendiri. Kau nak suruh dieorang main kejar-kejar ke dalam flight tu?)). Seingat aku, aku mendengar lagu dengan solbin sebelum aku ke dunia mimpi.
--------SKIP---------<Pulau Jeju>
Kami semua sampai ke lapangan terbang. Selepas itu, kami menuju ke hotel persendirian keluarga Kim. Wahh, kaya betul la yugyeom ni. Aku tak pernah sangka yang aku akan dapat suami kaya macam ni. Sebenarnya, aku dah makin nervous ni.
Sesampainya di hotel tersebut, kelihatan semua persiapan perkahwinan sedang dilakukan oleh pekerja tuan Kim. Hal tersebut membuatkan budak Solbin ni makin keliru. "eh, kenapa macam ada orang nak kahwin ni? Sonmi-ah, kau sorokkan apa dari aku ni?" tanya solbin sambil memegang tangan aku. "alaa, bagi tahu jelaa sonmi, kesian tengok dia keliru tu" kata taehyung dan jimin yang kebetulan lalu di situ. "okeyla solbin, kita masuk dulu, lepas tu aku bagitahu kau, okey?" jawab aku perlahan sambil menarik tanganya supaya masuk ke hotel tersebut. Kebetulanya, aku dan solbin berkongsi bilik. "haa, bagitahu cepat. Aku rasa macam aku sorang je yang ketinggalan ni" katanya. "erm, macam ni solbin. Sebenarnya kita datang sini untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan esok" kata aku dengan laju. "majlis perkahwinan siapa?" tanya dia sambil duduk di katil aku. "erm, kau janji tau jangan bagi tahu siapa pun dekat sekolah, termasuk chaeyoung tau?" "okey" jawab dia ringkas. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahunya. "urm, macam ni solbin. Sebenarnya, aku dah bertunang masa kecik. So, esok tu wedding aku laa" "whaaaaatt? Kenapa kau tak pernah bagi tahu aku? Siapa tunang dan bakal suami kau tu?" tanya dia teruja. "pemilik hotel ni laa" "maaf tau sonmi, tapi sejak kita sampai sini hingga sekarang ni, aku tak tahu siapa pemilik hotel ni" kata solbin tu sambil ketawa. "huhu, tak pelik. Kau memang macam tu. Pemilik hotel ni keluarga kim" "siapa keluarga kim?" "huh, kau ni. Siapa dari geng GOT7 yang namanya bermula dengan Kim?" aku soal dia balik. Kelihatan dia berfikir sejenak sebelum terkejut sakan. "ommo! Kau akan kahwin dengan yugyeom sunbae?!" jeritnya. Aku hanya mengangguk malu. "ahhh! Tak sangka betul! Kiranya arrange mariage la ni?" "yelaaa" "huhu, macam drama la pulak" katanya sambil tersenyum.Malam tu, kami semua makan bersama. Kelihatan ramai ahli keluarga yugyeom yang datang untuk majlis esok, termasuk neneknya. Selepas siap makan, nenek yugyeom memanggil aku dan yugyeom dan aku untuk berjumpa dengan dia. Wuh, berdebar laa pulak rasa. Tapi aku pergi jugak. Sesampainya di ruang tamu, kelihatan yugyeom bersama neneknya dah menunggu aku. "oh, sonmi-ahh, duduk" kata neneknya sambil senyum. Nasib baik dia tak garang. Aku pun duduk di sebelah yugyeom seperti yang diarah. "yugyeom, nenek nak kamu jaga dia baik-baik. Sayang dia, jaga dia. Bukan sebab terpaksa tapi sebab kamu ikhlas" kata neneknya sambil memandang ke arah yugyeom. "ne, halmoni" jawab yugyeom. "sonmi, nenek tahu usia kamu agak muda untuk berkahwin. Tapi, nenek nak kamu jadi isteri yugyeom, cucu nenek yang pertama, yang paling nenek sayang ni. Nenek nak dia jaga kamu. Kalau dia tak jaga kamu dengan baik, bagi tahu nenek. Pandai-pandai la nenek ajar dia" kata nenek. "halmoni, kenapa cakap macam tu? Yug dah besar la" bantah yugyeom. Comel betul la budak ni. "ne halmoni" jawab aku sambil senyum. "nah yugyeom, ambik rantai ni, rantai ni, nenek nak kamu hadiahkan kepada sonmi esok" kata nenek sambil menghulurkan seuntas rantai berlian. Uuu, kalau nak tahu, aku paling tak suka pakai rantai berlian tau. Tapi takpe laa.huhuhu. ((eleh, padahal dia suka sebab dapat rantai)). Eleh, pandai je author ni teka. Dah laa, biar sonmi laa yang sambung cerita. Haa, selepas itu, kami semua kembali ke bilik masing-masing dan berehat, bersedia untuk majlis esok. ^__^
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...