7"

100 7 0
                                    

[Sonmi's POV]

'klik!' aku membuka pintu rumah baru kami. Wah! Besar betul rumah ni. Yugyeom ni memang kaya betul. Hiasan dalam rumah ni memang sama macam apa yang aku idamkan. Kawasan dapur yang dipenuhi hiasan bunga. Ada juga bilik belajar yang mempunyai meja yang panjang dan dihiasi bau lavendar. Dindingnya dipenuhi dengan sticky note. Mesti yugyeom suka study kat sini. ((mesti la. Ni kan bilik study)).  Selepas itu, aku bergerak ke arah sebuah bilik yang berada di hujung. Wah! Besarnya bilik ni. Dindingnya dipenuhi dengan cermin. Bilik ape ni? "awak suka ke bilik ni?" tanya yugyeom yang baru datang entah dari mana. "urm rumah ni cantik betul. Tapi ni bilik ape?" "ni la bilik latihan. Macam dekat sekolah. Tak pernah tengok ke?" "saya tak pernah tengok bilik macam ni. Awak buat apa dalam bilik macam ni?" dia pun mula menundukkan mukanya ke arah aku dan berbisik, "menari, of course. Saya tak boleh memasak dalam ni". Haha, lawaknya. Huh, pandai pulak buat lawak. "haa, jom saya tunjuk bilik kita" wait, bilik KITA? Aku tak pernah cakap pun aku nak duduk satu bilik dengan dia. "bilik kita?" yugyeom yang hendak berlalu pergi pun memandang ke arah aku semula. "yelah. Kenapa?" aku tunduk seketika. "urm, kat rumah ni takde bilik lebih ke? Saya belum bersedia untuk kongsi bilik lagi" kata aku seakan berbisik. "urm, mianamida, tapi dah takde bilik kosong dah. Kalau awak taknak tidur dekat dapur, saya cadangkan awak ikut saya" dia membalas dengan selamba. Alamak! Hurh! Aku dah takde pilihan lain dah ke? Terpaksa ikut dia la ni? ((yelaa, kau nak tidur dekat dapur ke?)).

Sesampainya dalam bilik dia, aku pun mula terkejut lagi. Bilik ni memang cantik. Sampai aku tak tahu nak cakap macam mana. "masuk la" kata yugyeom. Aku pun melakukan seperti yang disuruh. "saya dah letak semua beg pakaian awak kat tepi almari tu. Hurm, awak buat la apa yang awak nak. Tapi, kalau nak cari saya, saya ada kat bilik latihan" dia memberi penerangan. Aku hanya mengangguk tanda faham. Selepas itu, dia pun terus menuju ke arah bilik latihan.

Urm, aku nak buat apa ni? Erk, kerja sekolah aku tak siap lagi. Aku pun menuju ke arah bilik belajar. Aku duduk di meja panjang yang penuh dengan buku latihan yugyeom. Tetiba, mata aku tertarik ke arah sebuah buku yang berwarna hitam. Sebenarnya, ia kelihatan lebih kepada album gambar. Aku terus membukanya. Alangkah terkejutnya aku apabila semua gambar dalam buku tu adalah gambar aku sejak dari gred 6. Dia dah kenal ke aku waktu tu? Baik aku pergi tanya dia. Aku terus menuju ke arah bilik latihan seperti yang diberitahu tadi. Sesampainya aku ke sana, kedengaran muzik lantang berbunyi. Aku pun terus membuka pintu hanya untuk melihat yugyeom hanya dengan seluar dan baju tanpa lengan. "ahh! Wear your shirt!" jerit aku sambil menutup mata aku dengan buku yang dibawa. Selepas beberapa saat kemudian, buku itu ditarik dari muka aku dan kelihatan yugyeom yang sudah lengkap berpakaian. Woah, cepat betul. "awak ni kenapa pakai macam tu? Sekarang ni musim sejuk la!" tanya aku seakan menjerit kepada dia. "kan saya tengah menari, mestila panas. Yang awak ambik barang kepunyaan saya tu kenapa?" dia tanya aku balik sambil menunjukkan buku yang ada di tanganya. "memang tu awak punya. Tapi gambar dalam buku tu gambar saya. Kenapa awak kumpul gambar saya? Gambar curi pulak tu. Nampak tak saya gemuk dalam gambar tu? Suka hati je.  Sedih la macam ni!" tanya aku panjang lebar. Dan dia pun mula buat muka macho dia tu. "what's with that face?" aku bertanya. "kenapa awak nak marah? Semua gambar ni memang gambar awak. Kim sonmi. Tapi awak tu kepunyaan saya! Dekko! (mine!) jadi saya boleh ambik gambar awak suka hati saya" dia menjawab. Kakinya melangkah lebih dekat ke arah aku. Aku juga mengundur lebih jauh dari dia sehinggakan belakang aku melekat ke dinding. "nak lari mana?" dia bertanya dengan senyuman nakal. "ya!" aku menjerit tapi dalam hati ni hanya aku yang tahu. Seram betul. Dia terus meletakkan kedua-dua belah tanganya di tepi lengan aku dan mendekatkan mukanya ke muka aku. Matanya liar memerhatikan mata aku turun ke bibir aku. Aku menggigit bibir aku kerana ketakutan. Aku segera menutup kedua belah mata aku. "jebal. Yugyeom. Don't do it!" aku bersuara seakan berbisik. Selepas itu, aku dapat rasa nafas di telinga kanan aku. "awak fikir ape? Huh?" dia berbisik di telinga aku. Eii budak ni, kalau aku ni lebih tua dari kau, dah lama aku lenyet kau ni! Aei geramnye! "open your eyes" dia berkata. "taknak!" aku menjerit. "kalau taknak, sekarang jugak saya cium awak" dia cakap sambil ketawa. Aku dah takde pilihan lain. Aku pun terus membuka mata. Selepas itu, pinggang aku segera ditarik dan aku segera ditarik ke dalam pelukanya. "awak pun tahu yang awak saya punya sejak awak kecil kan? Sejak kita bertunang lagi. Sebab tu saya ambik gambar awak. Tu la bukti yang hari-hari saya memerhati keadaan awak, sejak gred 6 sampai sekarang. Awak faham kan?" dia bertanya. Sebelah tanganya memeluk aku dengan erat manakala sebelah lagi menggosok kepala aku. "hurm, saya faham. Gomawo sebab jaga saya selama ni. Walaupun saya tak tahu" aku berterima kasih.

"okey, sekarang ni saya nak awak pergi mandi. Awak melekit ni!" arah aku. "baiklah, omma. Tapi," dia berhenti seketika. "tapi ape?" aku bertanya sambil buat muka garang. "jom ikut saya mandi?!" sambungnya sambil tersenyum nakal. "yahh!!" jerit aku menyebabkan dia menutup kedua-dua belah telinganya dan berlari pergi dari situ. Aishh, this kid.

Malam tu, aku menghabiskan kebanyakan masa aku di bilik belajar. Aku tak dapat deny, belajar dalam bilik tu memang selesa. Lagi-lagi dengan adanya yugyeom di depan aku. Ye, memang betul aku cakap macam tu. Tak dapat dipertingkaikan lagi, baju yang dia pakai malam ni memang menarik perhatian. Sebenarnya, ia hanya baju panas yang berwarna kuning. Tapi, kuning memang sesuai dengan dia. "done staring?" dia tanya tiba-tiba. Matanya masih lagi fokus pada buku latihanya. Aku pun cuba sedaya-upaya untuk mencari alasan. "bila pulak? Saya tak faham pun apa yang awak tulis" aku menjawab sambil kedengaran selamba. "saya cakap pasal saya. Awak tengah perhatikan saya. Betul tak?" dia tanya sambil buat muka smirk dia tu. "mana ade la. Buku yang saya baca ni lebih menarik dari awak la" jawab aku taknak kalah. "lagipun saya tengah jawab soalan asas matematik yang kita belajar di gred 10 lagi. Saya pasti awak dah belajar pasal ni". Dia cakap sambil buat muka nakal lagi. Yah yugyeom! Berhenti la buat muka macam tu! "eleh, perasan betul! Macam la handsome sangat. Mark sunbae lagi handsome dari awak la!" jerit aku. "mark? Wait, bila pulak awak stalk dia? Awak kata awak tak suka pelajar lelaki, lagi-lagi kalau kingka. Habistu, macam mana awak kenal dia tu?" "mesti la saya kenal. Macam yang awak cakap, dia kan kingka. Sebab tu saya kenal dia. Saya selalu nampak GOT7 pergi makan dekat kantin" jawab aku selamba. Memang aku tak suka lelaki. Tapi, mark sunbae ni lain sikit. Dia tu memang cool. Tak menyesal punya kalau minat dia. Dia tu baik. In fact, setiap hari aku stalk instagram dia walaupun dia tak update sangat. Tulaa power budak america-taiwan ni. Hish, fikir pasal dia pun dah buat aku melting. "yah! Fikir ape tu?" yugyeom bertanya sambil melambaikan tanganya di muka aku. Huhu, tak ingat pulak dia masih ada kat sini. "alamak, perut lapar! Jom makan. Nak?" aku ajak dia. "makan ape?". Urm, sebenarnya aku ni memang power bila nak masak ramen. Semua jenis ramen aku pandai. "awak makan ramen tak?" aku tanya dia. Dia mengangguk. "kalau macam tu, saya masak ramen boleh?" "boleh jugak" dia jawab sambil senyum.

Fronting | Kim YugyeomWhere stories live. Discover now