15"

74 7 0
                                    

Sonmi's POV

Pintu rumah aku ketuk beberapa kali. Selepas itu, kelihatan omma membuka pintu tersebut dengan riak wajah terkejut. "sonmi-ahh, apa dah jadi? Ssam kamu telefon omma tadi. Kamu okey ke?" tanya omma sambil memeluk aku. "sonmi okey maa. Omma janganla risau. Urm, sonmi nak rehat dulu boleh?" tanya aku sebelum bergerak menuju ke arah bilik aku.

Selepas siap membersihkan diri, aku terus merebahkan diri di katil single milik aku. Rindu pulak dengan katil ni. Perkara terakhir yang aku nampak ialah kipas bilik aku yang berpusing sebelum hanyut ke dunia mimpi.

Skipskipskipskipskip

'urhhhhhhh' seronoknya dapat tidur lama. Dah lama aku tak tidur macam nih. Baik aku bangun sekarang. Mesti omma risau sebab aku tidur lama sangat. Jam loceng menunjukkan pukul 8 malam. Lama betul aku tidur. Aku cuba bangun untuk keluar dari bilik. Eh jap, kenapa berat je nih? Baru aku sedar yang ada sepasang tangan sedang memeluk pinggang aku dari belakang dengan erat. Aku cuba untuk melepaskan diri. Tetapi pinggang aku semakin erat dipeluk.

Berusaha keras, aku  meleraikan pelukan tersebut dan berpusing ke arah pemilik tangan tersebut. Seperti yang dijangka, Kim Yu Gyeom. Si suami yang hilang ketika aku ditimpa masalah besar.

Rambutnya aku betulkan daripada menutup matanya. Aku rasa dah banyak kali aku buat macam ni setiap kali aku tengok dia tengah tidur. Tanpa sengaja, air mata aku mengalir. "o-oppa" panggil aku seakan berbisik menyebabkan dia tersedar dari tidurnya.

"sonmi-ah, wae geurae?" tanya dia sambil mengelap air mata aku yang makin laju mengalir.

Yugyeom's POV

Aku rasa menyesal sebab tinggalkan dia berseorangan di sekolah. Sebab aku la dia kena buli. Sebab aku la dia terpaksa menahan sakit dan malu. Jongmal mianhae sonmi. Air matanya aku lap.

Makin laju pula air matanya tu mengalir. Aku terus memeluk tubuh kecil miliknya tu. "jangan la macam ni sonmi. Oppa mintak maaf. Dah la nangis" pujuk aku sambil menggosok kepalanya.

"oppa percayakan sonmi kan? Sonmi takkan curang dengan oppa" katanya sambil memandang ke arah anak mata aku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. "mestilah percaya. Kenapa tanya macam tu?" tanya aku lagi menyebabkan dia terdiam. Dahinya aku kucup lembut. Aku janji aku takkan biarkan perkara macam ni berlaku lagi.

Selepas itu, kami berdua turun ke arah ruang tamu. Kelihatan omma, appa dan jungkook sedang berbual di ruang tamu. Selepas sedar dengan kehadiran kami, ommanya terus menepuk sofa di sebelahnya tanda menyuruh sonmi duduk di sebelahnya. Aku pun menuju ke arah kerusi di tepi jungkook.  "gyeom, aku nak cakap dengan kau sikit ni" kata jungkook. Dengan itu, kami berdua pun menuju ke arah luar rumah.

"kau okey ke?" tanya jungkook perlahan. Aku hanya mengangguk. "pandai-pandailah aku uruskan hal ni" jawab aku menyebabkan dia mengangguk perlahan.

<<seminggu kemudian>>

'kem bina semangat akan diadakan khusus untuk pelajar dari gred 11 dan 12' kertas di dinding itu aku tenung. Maknanya semua pelajar gred 11 dan 12 akan ke kem la ni? Tapi sonmi tu bukanya sihat lagi. Patutke aku tak join? Buntunya!

Sonmi's POV

Sejak kejadian yang menimpa aku, semua orang dah tahu yang aku dan yugyeom ni bersama. Tapi, nasib baik kerana masih tak ada lagi yang tahu bahawa aku ngan dia dah kahwin. Nasib aku la agaknya.

Selepas meletakkan beg di tepi meja, aku terus membuka buku sejarah dan membacanya. Selepas itu, mr. Nam masuk ke kelas. "okey pelajar, kamu dah tahu kan pasal perkemahan yang akan diadakan nanti? Semua pelajar gred 11 dan 12 akan terlibat tau. Jadi cikgu nak kamu semua bersedia". Alahh, aktiviti kokurikulum lagi! Letih la macam nih. Ni mesti yugyeom suruh aku pergi jugak nih.

Selepas mengeluh hampir seratus kali, akhirnya aku berjaya untuk fokus sambil menjawab latihan sejarah. Walau dengan apa yang dah berlaku kepada aku, aku takkan pernah jadikan itu sebagai satu penghalang untuk aku berjaya. Ingat tu sonmi!

'krinnnngggggggggg'

Loceng berdering menandakan waktu persekolahan pada hari ini sudah tamat. Fuhh, seronoknya dapat balik rumah. Aku memikul beg galas aku dan berjalan keluar dari kelas aku dengan perlahan.

Di luar kelas, kelihatan yugyeom sedang menyandar di tepi pintu kelas aku sambil membaca buku. Selepas perasan dengan kehadiran aku, akhirnya dia menutup buku yang dibacanya dan tersenyum ke arah aku. "anyeong" sapanya sambil memegang tangan aku. Walaupun terasa macam banyak mata-mata yang sedang memandang ke arah aku, aku tetap membiarkan kelakuan yugyeom itu. Kalau diorang tu betul-betul sayangkan yugyeom, diorang perlu belajar cara untuk hormati dia. Betul tak author nana? ((of course la. Author pun hormat korang berdua even korang selalu je sweet2 depan author)). Whatever la author.

Dengan tanganya yang masih menggenggam tangan aku, kami berdua pun berjalan menuju ke arah bilik latihan Got7.

<Di bilik latihan>

'knock knock' yugyeom mengetuk pintu sambil memulas tombol pintu bilik tersebut. Selepas itu, kelihatan 6 ahli yang lain sedang berbual sesama sendiri. "ah, magnae-ahh. Masuk la. Sonmi pun" tegur jaebum sunbae. Selepas itu, mereka pun mula membuat latihan untuk tarian baru mereka. (( ahh! Never ever! Got7 fan here!)) diam ah author. Kang aku cepuk karang!

Meanwhile

Solbin's POV

Aku berjalan menuju ke arah rooftop sekolah sebab jimin oppa nak jumpa. Sebenarnya dah lama sangat aku tak jumpa dia face to face. Rindu tu tak payah cakap la. Aku tak tahu yang dia tu still suka aku ke tak. Tak kisahla, Park Jimin-sshi, kalau kau tak suka aku, hari ni jugak aku nak dengar kau cakap.

Fikir sorang-sorang ni buat aku lupa pulak yang aku dah sampai kat rooftop nih. Kelihatan kelibat seseorang sedang duduk di situ. Aku pun berjalan mendekati kelibat tersebut. Park Jimin?

"o-oppa?" panggil aku perlahan. Kelihatan dia mula mendongak ke arah aku selepas mendengar aku memanggilnya. Pandangan tu, amat menakutkan. Kenapa sebenarnya ni?

"ada apa ni?" tanya aku sambil duduk di sebelahnya. Tangan aku digenggamnya. Semakin lama semakin erat. Riak wajahnya menunjukkan yang dia terasa amat kecewa dan sedih. "wae geurae?" tanya aku sambil melihat terus ke anak matanya. Selepas mengeluh dengan begitu panjang, akhirnya dia mula bersuara.

"s-saya kena pindah"







Huhuhu author kat sini! Sorry readers kesayangan semua! Author dah menghilang lama! Chapter ni pulak boring sangat sampai author pun dah malas nak baca. Takpe, author janji untuk chapter seterusnya author akan cuba yang terbaik. And sorry dear carateu sebab watak mingyu takde chapter nih. And sorry to army too sebab jimin terpaksa berpindah! Huhuhu author terpaksa buat camtu. Urm, last but not least, author mintak sangat-sangat supaya korang janganlah jadi silent reader sangat. Pleaseu vote atau comment sekali lepas baca tuuuu. Thanks!

Tekan butang comel lotey bentuk hoshi (bintang) dekat bawah niii

Fronting | Kim YugyeomWhere stories live. Discover now