3"

142 9 0
                                    

Sonmi's POV

"anyeong!" katanya sambil melambai ke arah aku. Betul ke ape yang aku tengok ni? "oh yugyeom-ahh" jerit jungkook dari belakang aku dan menuju ke arah yugyeom. Selepas itu, mereka bersalaman dan 'bro hug'. Sekarang ni, otak aku tak boleh nak berfungsi dengan baik dah. Tak percaya betul.
"sonmi, tunggu apa lagi? Pergi la bersiap" kata omma.
"ahh, ne" jawab aku gagap. Betul ke ni? Aku tak pasti apa yang tengah berlaku sekarang ni, tapi yang aku ingat aku menuju ke bilik dan mula bersiap untuk ke butik tu. Selepas 15 minit menyiapkan diri, aku keluar dari bilik dengan memakai baju long neck dan kot labuh yang berwarna coklat. Rambut aku disanggul. Selepas itu, aku menuju ke arah pintu dan menyarung kasut kulit berwarna hitam. Selepas membetulkan seluar jeans aku, aku terus keluar dari rumah. Kelihatan mereka bertiga sedang berbual. Tentang apa pun aku tak tahu. Tak kisahla.

"eh, dah siap? Haa, pergi la" kata omma sambil menepuk belakang aku. "jom.." yugyeom mengajak aku. Kami berdua menuju ke arah kereta miliknya. "eh biar saya buka" katanya lalu tolong buka pintu kereta untuk aku. Entah kenapa aku rasa pelik tapi aku masuk jugak dalam kereta tu. Selepas memakai seatbelt, dia pun terus memandu ke butik. Macam dia dah tahu butik tu kat mana. Suasana dalam kereta senyap semacam je sehingga dia mula bersuara. "erm, novel yang awak pinjam semalam tu dah baca?" eh soalan apa macam tu? "huh, dah baca" jawab aku malu-malu. Aku boleh nampak yang dia tersenyum sambil memandu tu. Eh, benci betul aku bila orang main-main dengan aku. "awak takyah la malu" katanya sambil tersenyum. Ahhh! Aku dah nak cair dah ni. Kalau sekarang ni cuaca panas, mesti aku dah cair macam aiskrim. Nasib baik sekarang ni musim sejuk. "bukan malu. Cuma tak biasa je" jawab aku buat-buat macho. "kenapa?" dia tanya. Matanya masih fokus memandu. "yelaa, saya bukan kenal awak pun" jawab aku. Kereta pun berhenti disebabkan lampu isyarat bertukar merah. "ohh, okey. Nama saya kim yugyeom. 18 tahun. Saya anak tunggal dan bersekolah di Hanlim high school. Tinggi saya 185 cm dan saya suka menari. Haa, sekarang awak dah kenal saya" terang dia panjang lebar. Selepas lampu bertukar hijau, dia pun meneruskan perjalanan untuk ke butik yang aku pun tak tahu kat mana.

Selepas lebih kurang 20 minit memandu, akhirnya dia pun berhenti. Dah sampai ke? "kita dah sampai. Tunggu ye, saya tolong bukakan pintu". Dan selepas itu, dia membukakan pintu kereta supaya aku boleh turun. Sebenarnya aku tak berapa biasa dengan layanan macam ni. Selepas itu, kami berdua menuju ke arah 'butik sarang'. Kami berdua disambut oleh seorang pekerja perempuan. "anyeonghaseyo, keluarga kim ke?" tanya dia kepada yugyeom. "ne" jawab yugyeom sambil senyum. Sekejap kemudian, aku dibawa untuk menukar baju. Wahh, cantik betul. Memang menjadi idaman aku untuk memakai baju berwarna pink bila aku kahwin. Dan dress tu sangat cantik. Happy nyer!! ((eh bukanke awak sedih sebab kena kahwin ke tadi?)). Selepas memakai gaun tersebut, aku pun memakai hiasan kepala yang berbentuk bunga yang berwarna sama macam gaun yang aku pakai. Cantik betul! Selepas itu, aku pun keluar dari bilik persalinan. Kelihatan yugyeom sedang menunggu di luar bersama suit yang dipakai. Wah, pernah tak aku cakap yang yugyeom ni handsome giler? ((selaluu..)). Baju long neck tu amat sesuai dengan rambut dia. Yang aku tahu, dia memandang aku sambil senyum lebar. "awak nampak cantik" katanya. Erm, aku tahu. Hhuuhuuu.

Selepas siap membeli baju tu, kami berdua berjalan keluar dari butik tersebut dan masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, yugyeom pun memandang ke arah aku dan tersenyum. Kenapa pulak dia ni? Nak bunuh aku ke dengan senyuman dia tu? "awak sebenarnya dah tahu ke yang kita dah bertunang waktu kita kecil?" dia bertanya. "pagi tadi baru saya tahu. Geutae, omma cakap rantai ni tanda pertunangan kita. So, awak pun mesti ada jugak. Betul tak?" kata aku sambil mengeluarkan rantai aku yang dilindungi baju long neck tu. "betul. Saya pun ada" dia menjawab sambil menunjukkan rantai yang sama dengan aku di lehernya. Jadi, betul la ni kiteorang dah bertunang. "urm, kita pergi jalan-jalan dulu nak?" "boleh jugak" jawab aku selamba. Memang aku suka pergi jalan-jalan.

**sekarang dengar lagu BTS-Blanket Kick sebab scene sweet giler dah nak bermula**

Kami berdua akhirnya berhenti di depan 'xx cafe'. Cuaca sejuk macam ni, best jugak kalau dapat minum caramel macchiato. Selepas itu, kami berdua pun masuk ke dalam kafe tu dan cari tempat duduk yang bersebelahan dengan dinding kaca. "awak nak minum apa?" yugyeom bertanya. "urm, caramel macchiato juseyo" jawab aku sambil senyum. Serius aku cakap yang coffee buat aku gembira. Beberap minit kemudian, dia sampai bersama dua cawan coffee. Wow, wanginya bau! Selepas itu, kami berdua pun menikmati coffee tu dengan gembira. Dia  pun mula bersuara, "urm, awak tak cakap pun nak suruh saya panggil awak dengan nama apa.." "panggil je sonmi. Lagipun awak lebih tua. Tapi boleh je kalau awak nak panggil saya 'noona'. Saya tak kisah" jawab aku selamba. "kalau nak panggil 'jagi' boleh?" katanya sambil ketawa perlahan. What? Jagi? Panggilan tu agak menyeramkan. "huhu, entahla. Saya tak biasa dipanggil macam tu" jawab aku. "awak akan biasa seminggu lagi" dia menjawab sambil smirk. Ew, dia ni byuntae ke?

Selepas itu, kami berdua menuju ke tasik yang berdekatan untuk bersiar-siar. Kami berdua berjalan-jalan bersama. Tiba-tiba, dia pun berhenti menyebabkan aku pun berhenti. "kenapa berhenti?" aku bertanya. "urm, saya nak suruh awak buat sesuatu. Boleh?" jawab dia. Eh, jangan nak suruh aku buat perkara bukan-bukan pulak. "buat ape?" "erm, saya suka sangat tengok rambut awak dekat sekolah. Boleh tak awak buat macam tu?" rambut dekat sekolah? Aku buat macam mana ye? Haa, aku lepaskan macam tu je sampai rambut aku menutup sebahagian muka aku. Lebih kurang macam puntianak jelaa. Cuma puntianak yang selalu shampoo rambut. Huhuhu. ((pandai pulak dia buat lawak)). "boleh ke tak?" dia tanya sekali lagi. Belum sempat aku jawab, dia pun menuju ke arah aku. Semakin dekat. Semakin hampir dengan aku. Semakin hampir. Aku asyik mengundurkan diri sehinggakan pinggang aku rapat dengan dinding batu. ((you know, dinding batu yang direka rendah, digunakan untuk duduk)). Tapi, dia masih berjalan ke arah aku. Lebih dekat. Lebih dekat. Dekat lagi. Sehinggakan mukanya beberapa cm je daripada muka aku membuatkan aku dapat rasa nafas dia. Seram betul. "kenapa awak asyik undur je? Mesti awak fikir bukan-bukan, betul tak?" dia bertanya sambil smirking. "bila pulak? Awak tu yang asyik berjalan ke arah saya tu kenapa?" aku mempertahankan diri. "urm, sebab saya nak buang getah rambut awak ni" jawab dia lalu mencabut getah rambut aku menyebabkan rambut aku yang berada di paras berhampiran pinggang tu jatuh. Selepas itu, dia pun menyelitkan rambut aku ke tepi telinga. "sonmi-ahh, maafkan saya kalau saya buat awak takut. Walaupun kita baru jumpa beberapa jam lepas, saya taknak buat awak takut. Tapi saya nak awak tahu yang saya suka awak dan saya gembira yang tak lama lagi awak akan tukar nama awak kepada kim sonmi. Saya harap awak pun rasa macam tu" dia bersuara. Sonmi-ahh, kenapa kau menggigil ni? Yang aku ingat, selepas itu, dia pun memegang kedua-dua belah pipi aku. Tak sanggup dah aku cair melihat wajah dia yang begitu rapat dengan wajah aku. Jadi, aku pun menutup mata aku. Sekejap kemudian, aku dapat rasa yang bibir dia dah bertemu dengan bibir aku. Aku pun membuka mata dan memandang ke arahnya hanya untuk melihat matanya yang sedang tertutup. Nafasnya meniup pipi aku. Selepas itu, dia pun berhenti. Aku tak sanggup nak tengok muka dia. Malu sangat. Jadi, aku pun menundukkan muka aku. Tapi, dia terus mengangkat muka aku supaya memandang wajahnya. Kim Yugyeom! Kenapa kau buat aku macam ni?!

"saya nak awak sayang saya sebanyak mana saya sayang awak, bukan sebab terpaksa, tapi sebab awak rela untuk sayang saya. Saya pun akan sayang awak, jaga awak dengan rela, bukan sebab omma dan appa saya, okey?" dia bertanya. Kedua-dua belah tanganya masih berada di pipi aku. Dan aku gembira sebab kalau tak, dia akan nampak pipi aku yang dah kemerahan ni. "boleh tak?" dia tanya sekali lagi. Aku hanya mengangguk. "yakso?" dia bertanya sambil mengangkat jarinya. "yakso" jawab aku. Selepas itu, dia memegang tangan aku dan sambung berjalan dengan keadaan tangan aku di dalam genggaman dia. Yugyeom-ahh, aku harap sangat yang kau takkan lupa akan janji yang kau buat tadi sampai bila-bila.

A/N : okey, author kat sini!! Bila baca balik ape yang author tulis kat atas tu, malu la pulak. *tutup muka* huhuhu.. BTW, jangan lupa vote dan comment tau. Okey bye! #chuchuchuchuuuuu (with yugyeom's voice)

Fronting | Kim YugyeomWhere stories live. Discover now