"sonmi, jagi! Mari sini kejap" yugyeom memanggil aku dengan nada lembut semacam tapi entah kenapa aku masih berdiri di situ, langsung tidak bergerak untuk menuju ke arahnya. Sesaat kemudian, dia sudah ada di depan aku. "jagiya, kenapa ni?" dia bertanya sambil menuju ke arah aku dengan lebih dekat. "takde apa-apa. Awak panggil saya kenapa?" aku bertanya. "takdela. Kat ruang tamu tu sejuk sangat, sebab tu saya panggil awak, nak peluk awak" jawab dia dengan nada manja. Mengada. Selepas itu, keadaan menjadi gelap gelita. Aku tak dapat melihat apa-apa. "awak? Yugyeom?" panggil aku untuk memastikan yugyeom ada di situ tetapi suara dia tidak kedengaran. "yugyeom!" aku memanggil lebih kuat. Air mata sudah mula mengalir daripada mata aku. Keadaan mula menjadi sangat sunyi dan aku hanya dapat mendengar tangisan aku sendiri. Aku mula berjalan untuk mencari kawasan bercahaya. Namun, kaki kiri aku hilang kestabilan menyebabkan aku jatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam. Aku menjerit sekuat hati, berharap supaya ada orang mendengarnya. "sonmi! Sonmi-ahh! Bangun!" kedengaran suara memanggilku dan tubuh aku digoyang. Aku terus membuka mata hanya untuk melihat omma berada di depan aku. "omma?" aku memanggil omma. "kamu mimpi ngeri lagi ke?" tanya omma sambil menggosok kepala aku. Mesti aku dah menjerit dengan sangat kuat sehingga menyebabkan omma terjaga daripada tidurnya. "mianhae, omma" jawabku. "tak apa. Sekarang dah pukul 7 ni. Kamu taknak bangun dan bersedia untuk ke sekolah?" dia bertanya. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa aku rasa tak selesa dengan mimpi tadi.
Selepas siap membersihkan diri, aku pun memakai uniform sekolah aku. Selepas itu, telefon bimbit aku brdering. "yeoboseyo?" "sonmi-ahh, dah siap ke belum?" tanya yugyeom. "dah. Tapi kenapa?" "jomla ke sekolah sama-sama" "urm, mana boleh. Nanti fangirl awak tahu pasal kita" jawab aku. "dah terlambat. Turun cepat, saya tunggu kat bawah" jawabnya. Tunggu kat bawah? Aku pun menuju ke arah tingkap. Kelihatan dia sedang melambai ke arah aku dari bawah. Urh, matilah aku kalau sasaeng fan dia nampak. Urm, aku ada bagi tahu? Omma suruh aku pindah ke kondominium baru bersama dengan dia petang ni. Menyampah nye. Mesti nanti aku akan rindukan katil kesayangan aku tu.
Selepas siap mengemas buku, aku terus turun. "urm, omma? Omma ke yang suruh yugyeom datang ambik sonmi?" aku bertanya kepada omma yang sedang menggaul salad di dapur. "hurm. Omma nak dia pergi dan balik sekolah dengan kamu bermula hari ni" omma jawab dengan tenang. "tapi sonmi taknak susahkan dia" jawab aku seakan merajuk. "tak apa. Tak susah pun" kedengaran suara menjawab. Aku terus mencari pemilik suara tersebut. Rupanya dia dah duduk di sofa di ruang tamu dan dalam perjalanan ke sini. "urm, omma! Kami pergi dulu ye?" kata aku sambil menarik bahu yugyeom untuk keluar. "tapi kamu berdua tak breakfast lagi!" jerit omma dari dapur. "takpe omma. Byebye!" jawab aku sambil menuju ke luar rumah bersama yugyeom. Sesampainya ke luar rumah, kelihatan yugyeom hanya memerhatikan aku. "ape?!" tanya aku. "awak nak saya cair ke?" dia bertanya. "cair? Kenapa?" aku tanya dia balik. Dia pun mengalihkan matanya ke arah tangan aku yang masih lagi berada di bahunya. "uh, mian" kata aku sambil melepaskan bahunya. "urm, jomla" pelawa aku. "tapi awal lagi ni" dia membantah. "lepastu awak nak duduk sini sampai pukul 8.30 ke?" aku buat-buat tanya. "urm, pergi makan dulu nak?" dia bertanya. "awak nak saya kena buli dengan fans awak ke nanti?" kelihatan dia berfikir sementara. "urm, kalau macam tu, kita ajak la jungkook sekali" dia berkata sambil tersenyum. Urm, betul jugak. Tapi, jungkook? Aku rasa masa ni dia masih berdengkur di atas katilnya. "saya rasa dia masih tidur. Takkan kita nak masuk balik pergi kejut dia?" "urm, kalau macam tu, ajak GOT7 nak?" dia memberi cadangan. "takpe ke?" "takpe" dia menjawab dan kami berdua pun bertolak ke kafe berdekatan sekolah. Sesampainya di kafe, kelihatan youngjae, jinyoung dan bambam sudah berada dalam kafe. Wah! Cepat betul. "yug!" jerit bambam memberi isyarat yang mereka berada di situ. Tapi, bukan ke dia jerit terlampau kuat untuk itu? Ah, tak kisahla.
--Skip sampai tamat waktu persekolahan--
Aku mengemas beg aku yang terakhir sebab yugyeom akan datang mengambil aku pada bila-bila masa dari sekarang. Sekejap kemudian, Seperti yang dikatakan, yugyeom sudah berada di depan pintu rumah, untuk mengambil aku. "omma! Byebye. Nanti sonmi datang melawat omma selalu tau" kata aku sambil memeluk omma. "jungkook-ahh, jangan lupa jaga omma macam biasa tau" kata aku kepada jungkook sambil menepuk kepalanya. "dan bagitahu appa yang sonmi akan rindukan dia okey?" pesan aku kepada omma sebab appa masih belum balik dari kerjanya. "eleh, kau ingat kondominium kau tu kat england ke? 30 minit je dari sini. Drama betul" kata jungkook dengan menyampah. "ishh suka hati la!" jerit aku dan omma pun menggelengkan kepalanya. "dahla tu kamu berdua" "urm, omma, sonmi pergi dulu!" kata aku kepada omma sambil berlalu dari situ. Di luar, kelihatan semua beg aku sudah diletakkan ke dalam kereta oleh yugyeom. Selepas itu, kami pun mula bertolak.
Dalam kereta, detik senyap bermula lagi. Walaupun dah kahwin, aku masih lagi kekok hendak bercakap denganya. Jadi, aku pun mula bermain game, stalk instagram kawan aku, dan lain-lain untuk menghabiskan masa. Kebetulan yang tidak diingini, hari ni jalan sesak, sekarang ni, aku dah berada dalam kereta selama satu jam. 'gurppp!' perut aku mula berbunyi. Arh! Aku belum makan tengah hari! Kedengaran yugyeom ketawa kecil sambil memandang ke arah aku. "lapar?" dia bertanya. "saya belum makan tengah hari" aku jawab cover tenang. "kalau macam tu, kita pergi makan dulu la" cadang yugyeom. "okey. Good idea" jawabku. Tangan aku masih lagi sibuk main game 'candy crush'. Ape?! Tu game kegemaran aku la.
Selepas 15 minit berlalu, akhirnya kami sampai ke mc donald. ((kat korea pun ada MCD jugak kan?)) yeay! Akhirnya perut aku akan diisi balik. Selepas turun dari kereta, aku memaksa kaki aku berjalan untuk masuk ke dalam MC Donald tu. "cepat sikit jalan tu. Tadi kata lapar" sindir yugyeom. "ala, saya tengah jalan paling laju dah ni. Jangan nak menunjuk laju dengan kaki panjang awak tu" jawab aku sambil buat muka hodoh. "you makes no sense" kata yugyeom sambil berjalan di belakang aku.
[Author's POV]
Selepas siap membeli makanan, mereka berdua pun mula makan dengan gembira. Tapi, dalam mereka tidak sedar, 'klik!' gambar mereka diambil dari jarak jauh.
To be continued....
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...