[Sonmi's POV]
"Jeon Sonmi! bangunla cepatt! Nanti lewat pulak!" kedengaran suara omma dari luar bilik. Nasib baik aku kunci pintu bilik, kalau tak, tak tahu la dia akan buat apa kalau boleh masuk dalam bilik aku ni. "Ne!! Sonmi bangun la ni" jawab aku dengan kuat. Berharap untuk omma dengar dan berlalu pergi dari pintu bilik aku ni. Selepas itu, aku terus menuju ke arah bilik mandi dan memulakan pagi aku di situ. Arhh! Segar betul dapat mandi. Geuttae, hari ni sejuk betull!
"saya pergi dulu!" kata aku kepada omma dan terus memulakan perjalanan aku untuk ke sekolah. Betul tu, memang aku ke sekolah dengan berjalan kaki sebab sekolah tu dekat je dengan rumah aku. Ape? Nak suruh intro? Urmm, okeylah. Nama aku Jeon Sonmi. Berumur 17 tahun, gred 11 dan bersekolah di Hanlim High School. Sebenarnya aku tak berapa suka pun untuk ke sekolah sebab aku tak suka bersosial. Kalau aku ke sekolah, aku terpaksa bercakap. Kenapa? Sebab setiap hari, aku akan didatangi dengan berbagai soalan berkaitan dengan abang aku tu. Sebab apa? Siapa tak kenal kingka senior dekat sekolah, Jeon Jungkook?. Hurm, sebab tu laa banyak soalan akan ditanyakan kepada aku. Sebenarnya aku pun tak faham kenapa semua pelajar perempuan dekat sekolah tu berminat sangat nak tahu pasal budak hidung besar tu? Bukanya hansome sangat pun. Ops! Hahaha.
"Sonmi-ahh! Ya kkumi!!" seseorang memanggil aku dari belakang. Tapi rasanya aku dah boleh teka siapa walaupun aku tak menoleh ke belakang. Siapa yang akan terjerit-jerit di pagi hari ni kalau bukan si hidung besar tu? Haa, dah datang dahh. " kenapa kau tinggalkan abang? Letih tau abang kejar" katanya sambil bernafas dengan kuat. Memang la letih, dia berlari dari rumah sampai sini sebab nak kejar aku. "abang lambat! Sebab tu sonmi tinggal" jawab aku selamba. "nanti kalau ada orang kirim surat dekat abang, kau takyah ambik laa". Ish, dia ingat aku ni postman ke nak kena terima atau tak surat yang dikirim 'yeoja chingu' dia tu. "yelaa" jawab aku dan kami berdua meneruskan perjalanan untuk ke sekolah.
'klikk' aku memulas tombol pintu kelas aku. Selepas itu, aku meneruskan perjalanan untuk ke tempat aku. Hurh, entah kenapa gred ni aku terpaksa duduk berhampiran dengan tingkap. Bukan nak merungut, tapi cuaca sekarang sejuk! Dan apabila musim panas datang, matahari akan menyinari dan menyebabkan mata aku silau dan muka jadi panas. ((sonmi sshi, awak kata tak merungut tapi sekarang ni awak tengah merungut laa))
"okey kelas! Hari ni kita akan belajar tentang persamaan kuadratik. Sekarang buka buku teks tu!" kata cikgu Nam. Alahai! Matematik lagi. Kenapa semua pelajar diatas muka bumi ni kena belajar matapelajaran matematik? Penat betul. Nasib baik aku selalu lulus. Kalau tak mesti appa dan omma akan membebel lagi. Lain la kalau budak hidung besar tu, semua subjek dia kuasai dengan baik. Mungkin tula salah satu sebab dia digilai ramai pelajar perempuan di sekolah ni, dia seorang pelajar cemerlang.
'kriinnggggg!' loceng berdering menandakan waktu rehat. "okey, jangan lupa siapkan kerja rumah dan buat latihan untuk pop kuiz nanti!" kata cikgu Nam sebelum keluar dari kelas. 'gruuutt' perut aku berbunyi. Ops, lupa pulak, pagi tadi aku lupa nak sarapan. Kalau macam tu, pergi kantin laa. Tapi sebelum tu, aku kena cari seseorang dulu, Lee Solbin-sshi, satu-satunya sahabat yang faham otak aku. Tapi, dia duduk kelas sebelah.
Aku menuju ke kelas sebelah untuk berjumpa dengan budak solbin tu. Kelihatan dia sedang menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Jangan kata yang itu adalah surat cinta..lagi. Budak solbin ni memang selalu gilakan budak lelaki. Pantang hansome sikit, mula laa semangat fangirl dia tu. "solbin sshi, buat apa tu?" aku bertanya kepadanya. Memang sah, dia tengah tulis surat cinta. Tapi yang menjadi persolan, untuk siapa pulak surat tu hendak dituju kali ni. Masih aku ingat ketika dia memberikan surat kepada Bambam, pelajar senior, hanya untuk ditolak mentah-mentah je. Tapi, dia memang tabah. Selepas mengetahui tentang kehadiran aku, dia terus menyorokkan surat yang ditulis itu ke bawah meja. "huh, takde apa-apa. Jom pergi makan. Lapar ni" jawabnya dengan terkejut. Selepas itu, kami berdua pergi makan di kantin.
'arghhh! Oppa! Oppa!!' bunyi pelajar perempuan menjerit yang sudah kalis di telinga aku. Setiap hari aku akan mendengar bunyi ni. Annoying betul. Kelihatan geng bangtan yang diketuai namjoon sedang menuju ke arah kaunter makanan. Ye, itulah geng abang aku. Salah satu geng yang menjadi kegilaan diikuti dengan geng GOT7 dan Seventeen. Memang tak janggal lagi. Sempat lagi abang aku tu mengelipkan matanya (wink) ke arah aku. Eww, menyampah! Dan of course solbin tu dah semangat dah lepas tengok jungkook tu. "sonmi-ahh, abang kau tu memang handsome" "tahu, kau bagitahu aku setiap hari" jawab aku dan terus merasa hidangan yang baru dibeli. Yum~ nasi ayam hari ni memang sedap. Sepatutnya masakan di kantin sekolah aku ni masuk rancangan tv, makanan dia tak pernah mengecewakan.
Selepas siap mengisi perut, kami berdua menuju ke arah locker untuk mengambil buku. Hurm, kelas seterusnya bermula pukul 11, aku ada 20 minit lagi. Pergi pustaka pun best jugak. "kau masuk kelas dulu la, aku nak ke library" "okey, jumpa kau nanti tau" jawab solbin sambil melambai ke arah aku. Kadang-kadang, si solbin ni agak comel jugak, sebab tu aku tak faham kenapa dia tak pernah couple lebih daripada 2 bulan. Selalu berpisah je. Dan sebab tu la aku membuat keputusan untuk tidak couple dengan sesiapa. Well, aku ni quite attractive jugak sebab hidung aku tak besar macam jungkook tu. Kihkihkih. ((sorry jungkook oppa and ARMY. Author tahu hidung jungkook tu comel. Cuma nak dijadikan cerita.huhy))
Sesampainya di pustaka, aku terus ke bahagian novel. Memang aku ni penggemar novel. Haa, ada novel baru laa. Aku cuba mencapai buku tersebut. Tapi, buku tu tinggi sangat untuk budak 162 cm macam aku. Aishh jinja. Sikit lagi dan aku dah boleh ambik buku tu. Tak payah cakap la pasal aku terpaksa tiptoe tu. Tiba-tiba, seseorang dari belakang aku mengambil buku tersebut. Apabila aku menoleh, wajah normal aku terus bertukar terkejut kerana wajah aku hanya beberapa cm sahaja dengan wajah dia. Nasib baik hidung aku tak tersentuh dengan hidung mancung dia tu. Urm, kalau tak silap aku, dia ni,, haa, pelajar senior dari gred 12, Kim Yugyeom! Aku dah ingat dah sebab dia tu sekelas dengan abang aku dan juga merupakan salah seorang ahli dari geng GOT7 bersama 6 lagi ahli lain. "lain kali, kalau tak boleh capai, mintak tolong. Lagi-lagi budak pendek macam awak" katanya sambil menghulurkan novel itu kepada aku. "kamsahamida, sunbae" kata aku sambil mengambil novel tersebut. "panggil saya yugyeom je. Dan kalau nak, awak boleh panggil saya 'mine' " katanya sambil senyum. Hurh, senyumanya boleh membunuh a dozen of girls. Manis je senyuman dia tu. Aihh, Sonmi yah! Ape kau fikir ni?! Selepas itu, dia terus berlalu dari situ sambil membawa sebuah buku di tanganya.
A/N : hello, author kembali bersama fanfiction baru. Dan of course fanfiction pasal yugyeom sebab korang pun tahu kenapa. *gelak* hurm, jangan lupa VOTE.COMMENT tauu..
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
Hayran KurguArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...