10"

86 5 0
                                    

<Sonmi's POV>

Aku keluar dari coffeebay dengan budak mingyu bersama caramel macchiato di tangan aku. Happy nyer, dapat minum coffee ni. "awak tinggal dekat mana?" tanya mingyu. "dekat2 sini je. Kenapa?" aku tanya sambil menyedut coffee. "biar saya hantar awak ke rumah laa" dia berkata. "eh, takpelaa. Saya balik naik bas. Lagipun saya, urm, saya nak pergi tempat lain dulu.." jawab aku. Tak pasal2 pulak dia tahu yang aku tinggal serumah dengan yugyeom pulak nanti. "um, kalau macam tu, awak kisah tak kalau saya nak nombor telefon awak?" tanya dia dengan relaks. Aku pun memberikan nombor aku kepadanya tanpa rasa bersalah.

Sekejap kemudian, aku sampai ke rumah. Sekarang pukul berapa ye? 5.30 petang? Patutla aku lapar. Aku tak makan tengah hari lagi. Aku pun membuka pintu rumah dan terus menuju ke bilik. Eh, sekali lagi pintu rumah tak berkunci. Yugyeom dah balik ke? Aku pun melihat ke sekeliling rumah. Mencari yugyeom. "yugyeom-ahh!" aku menjerit, berharap untuk dia menyahut. Tapi, tiada respon. Selepas beberapa kali memanggil tanpa jawapan, aku pun cuba untuk menelefonya. Contact : yugyeomie^^..calling......

'nega nomu yeppeosseo geurae-..' kedengaran nada dering telefonya. Tapi dekat mana ye? Aku terus mencari bunyi tersebut sehingga aku sampai ke bilik latihan menari di tingkat atas. 'klik' aku membuka pintu bilik tersebut. Kelihatan yugyeom sedang duduk di situ. "yugyeom" aku memanggilnya. Tapi, takde pulak dia menoleh ke arah aku. "wae geurae?" tanya aku selepas duduk di tepinya. Belakang aku menyandar di dinding. Begitu juga dengan dia. Tapi, dia tidak pun memandang ke arah aku. "yugyeom, saya ada buat salah ke?" aku bertanya. Kali ni, aku memegang tanganya.

Dia pun mula menoleh ke arah aku. Namun, mukanya kelihatan marah. "kenapa ni? Awak marah dekat saya ke? Maafla saya balik lambat" aku berkata lagi. "siapa budak tu?" kali ni dia bertanya. "huh?" "budak yang keluar dari kafe dengan awak tadi. Siapa?" dia bertanya lagi. "yugyeom, d-dia budak yang baru pindah. Mingyu. Awak jangan fikir lain pulak. Saya temankan dia pergi kafe sebab dia nak belanja saya caramel macchiato. Saya dah tolong dia jalan2 sekeliling sekolah tadi. Jebal yugyeom. Jangan la marah" kata aku gagap. Sekarang ni, aku lebih rela dimarahi oleh jungkook ataupun omma. Muka yugyeom amat menakutkan sekarang ni. "kenapa temankan dia sedangkan awak ada suami yang boleh diteman? Kenapa terima perbelanjaan dia sedangkan saya pun boleh belanja awak. Tiap2 hari pun boleh. Bukanke selama ni awak tak pernah suka bergaul dengan lelaki? Bukan ke saya ni lelaki pertama yang pernah bergaul dengan awak?" dia tanya panjang lebar. Sedar ke tak, air mata aku dah mula mengalir. Hakikatnya, semua yang dia kata tadi betul. Aku tak pernah suka untuk bergaul dengan mana2 lelaki kecuali dia. "m-mianhae, yugyeom-ahh. Saya takkan b-buat lagi dah" kata aku sambil tersedu akibat menangis.

Mukanya pun kelihatan tenang daripada yang tadi. Air mata aku dilap olehnya. Aku masih lagi tersedu dengan kuat menyebabkan dia tersenyum. Diam la kau sedu. Aku tengah takut ni. "dah2. Awak tak comel dah kalau menangis. Lain kali, janji dengan saya yang awak kena mintak kebenaran saya dulu sebelum buat apa2 tau. Saya dah dengar gosip tentang awak dengan budak mingyu tu. Saya tak suka" katanya selepas menarik aku ke pelukanya. Aku hanya mengangguk. "urm, satu lagi, boleh tak awak panggil saya 'oppa'? Saya berharap sangat nak dengar awak panggil saya macam tu" mintanya lagi sambil tersenyum manis. Disaat itu, aku tersenyum dalam pelukan dia.

Skippppppppppppppp

<sonmi's POV>

Aku tersedar daripada tidur lena. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Woah, lewat jugak aku bangun since hari ni hujung minggu. Aku dapat rasa tangan yugyeom di pinggang aku. Memeluk aku dengan erat. Matanya masih lagi terpejam rapat dan nafasnya perlahan tanda dia sedang tidur dengan lena. Aku pun berpaling ke arahnya. Rambut yang menutup matanya aku betulkan. "yugyeom" aku memanggilnya. "oppa" aku memanggilnya lagi. Masih tiada respon. Tapi, nafasnya sudah mula laju yang mana menunjukkan bahawa dia sedang pura2 tidur. "I know you're pretend to sleep" aku menyindirnya. "call me oppa once again and I'll wake up" katanya dengan mata yang sedang terpejam. "wake up sleepyhead oppa!" kata aku sambil ketawa. Kelihatan dia sedang berusaha keras untuk bangun. Hahahaha lucu betul.

"awak tak lapar ke?" tanya aku selepas siap membersihkan diri. "lapar la ni. Jom kita pergi makan. Awak masak!" katanya. "saya ke? Awak nak makan ape?" aku bertanya. Kelihatan dia berfikir sementara. "urm, apa kata kita takyah makan dekat rumah la hari ni. Bersiap la, saya nak bawa awak pergi date" katanya. "date? Kat mana?" pelik betul. Aku tak pernah pulak keluar date dengan dia lepas kahwin ni.

Aku memakai sweater aku dan mula menyanggul rambut aku yang kini berada di paras pinggang. Today is going to be a good day.

Fronting | Kim YugyeomWhere stories live. Discover now