Mingyu's POV
Tak sangka pulak aku akan jumpa sonmi dekat sini. Memang jodoh aku agaknya dengan dia tu. Huhuu perasan betul kau mingyu. Sebenarnya aku tengah belajar untuk melupakan dia. Aku tahu dia mesti sedang bahagia dengan yugyeom sunbae tu. Harap-harap macam tu la. Tapi, dia dah semakin cantik sekarang ni. Urm, aku akan cuba tanya dia sekali lagi. Dan waktu tu, kalau dia tolak lagi, aku takkan ganggu dia dah. Aku janji, aku cuba.
"ah, chusuamida. Saya pergi dulu" pintanya sambil mengambil ramen yang kini berada di tangan aku tu. Selepas itu, dia membuka langkah dari situ. "weh, taknak kejar ke?" tanya wonwoo seraya menepuk bahu aku. "aku tahu kau masih suka dia. Tapi ingat, kalau dia tolak kau untuk kali ni, jangan paksa dia lagi" sambungnya lagi. Ha yelahhh. Sambil mengangguk, aku terus berlari-lari anak menju ke arahnya yang kini berada di kaunter pembayaran.
"sonmi-ah!" panggil aku menyebabkan dia berpusing ke arah aku. "nae?" tanya dia.
~
Selepas memujuknya beberapa kali, akhirnya dia bersetuju untuk menemani aku di kafe berdekatan dengan kedai tadi. "erm, awak nak cakap apa tadi?" soalnya sambil mendongak ke arah aku. Caramel machiato yang dipesan tadi akhirnya sampai di meja. Aih berdebar la pulak. Aku cuba memberanikan diri untuk bertanya juga. Ingat mingyu, kalau kali ni dia tolak lagi, tak payah paksa dia lagi. Kau dah tolak ramai yeoja cantik disebabkan dia. Ingat tuh!"erm, sonmi-ahh, awak dengan yugyeom macam mana? Okey?" aku mula bertanya. Eih, awkward betul. Dia hanya mengangguk kecil. "saya okey je dengan dia. Dia layan saya baik. Kenapa?" tanya dia balik selepas menghirup coffee. Eh jinja yeppeo. Aku juga mengangguk. "erm, saya dah tanya soalan ni dekat awak sebelum ni. Dan saya nak tanya untuk kali terakhir. Kalau jawapanya masih sama, saya takkan ganggu awak lagi" kelihatan dia agak keliru dengan pertanyaan aku tadi. "apa dia?" dia bertanya lagi.
"look sonmi, awak pun tahu saya jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama saya menjejak kaki ke sekolah ni. Saya tak tahu kenapa, tapi saya tak boleh hidup tanpa awak di sekeliling saya. Saya harap sangat awak jadi peneman hidup saya. So, boleh awak tunaikan permintaan saya dan jadi yeojachingu saya?" sekarang ni, dia dah betul-betul terkejut.
"mingyu-shi, saya tak sangka sangat awak akan cakap macam ni. Saya terkejut sangat. Mingyu-shi, saya tak ada niat untuk curang. Bukan dengan yugyeom, mingyu. Saya minta maaf. Saya harap awak faham. Mianhaeyo" jawabnya dengan penuh resah. Takpe mingyu. Sekurang-kurangnya kau dah berusaha keras untuk dapatkan dia.
Aku hanya mengangguk sambil memaksa diri untuk senyum. "takpe, saya faham. Saya harap sangat yugyeom dapat jaga awak dengan baik. Dia bertuah sangat sebab ada awak. Cuma ingat, saya akan sentiasa ada bila awak perlukan bahu untuk menyandar. Kawan?" tanya aku. "kawan" jawabnya sambil tersenyum lebar. Aku tahu aku tak layak untuk jadi lelaki yang akan peluk kau dikala kau sejuk. Bukan lelaki yang akan pegang tangan kau bila kau takut. Bukan juga lelaki yang akan kucup dahi kau setiap malam. Tapi, aku akan sentiasa jadi kawan yang ada di setiap suka dan duka kau. Aku janji tu. Yugyeom, kau perlu jaga dia baik-baik. Untuk aku.
Yugyeom's POV
"thanks yug. Lain kali teman aku lagi tau" ucap si bambam sorang nih seraya menepuk bahu aku. Haeh, nasib baik kau best buddy aku. Kalau tak, aku dah tak lepaskan peluang movie date dengan sonmi untuk teman kau tau. Aku hanya mengangguk sambil berlalu dari situ. 'ting!' telefon aku berdering menandakan mesej masuk. Eh, nombor siapa nih?
'kau bertuah sangat sebab dapat dia. Jaga dia baik-baik untuk aku'--unknown
Bertuah apa? Jaga siapa? Sonmi ke? Bercakap tentang sonmi, lupa pulak aku tak telefon dia balik pun.
Contact : sonmi jagi
Tut tut tut tut tut tut
"yeoboseyo?" "yeoboseyo, sonmi-ahh! Awak okey? Dah makan malam dah? Lapar ke? Boleh saya tolong beli makanan dekat awak" aku terus menyerangnya dengan soalan. Kedengaran bunyi ketawa kecil dari hujung talian. "saya okey, saya dah makan ramen tadi. Sebenarnya saya call tadi sebab nak cakap yang yang saya nak keluar pergi beli barang, tapi bambam oppa yang jawab. Urm, awak kat mana tu?" dia membalas. "kan awak dah tahu. Nak tanya lagi. Saya sentiasa ada kar hati awak laa" sekali sekala bagi ayat cheesy boleh kan? "ew, cheesy enough. Dah la. Omma call ni. Anyeong~" katanya lalu mematikan panggilan. Aku meletakkan telefon aku balik ke dalam poket sebelum mengatur langkah ke arah kereta.
Author's POV
"nae omma. Sonmi tahu la nak jaga diri. Ye, dia jaga sonmi elok. Tak~ dia tak pernah marah pun. Sonmi okey. Haa yelah" balas sonmi kepada ommanya yang dah terlebih caring tu. Selepas panggilan dimatikan, suis televisyen ditekanya. Pada masa itu, drama korea terkenal, 'descendant of the sun' sedang ditayangkan. Sambil memakan coklat, dia mula menonton drama tersebut dengan penuh gayanya. ((cewahh))
Meanwhile
"kau okey gyu? Macam mana?" soal wonwoo ke arah mingyu yang baru datang ke kafe tempat mereka berempat lepak tadi. Kelihatan hoshi dan dino yang sedang sibuk menjamu selera dengan ramen itu hanya memandang sekilas ke arahnya. "aku gembira. Sebab ada juga yeoja yang cantik sangat macam dia tak curang. Dia tak sanggup lepaskan yugyeom untuk aku" balas mingyu sambil tersenyum. Tak tahu la senyuman itu ikhlas ataupun tidak. "gwenchana gyu-ahh, ramai lagi yeoja cantik kat luar sana. Ramai dah yeoja cantik yang cuba untuk dapatkan kau. Kau tu je yang buta. Taknak lepaskan peluang" balas wonwoo sambil menepuk perlahan belakang mingyu.
Dalam sedar atau tidak, gelagat mereka berempat sedang dirakam dari jauh oleh seseorang.
TBC
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...