A/N : ahhhhh! Kenapa mingyu nih handsome sangat eh? Author tak kuat!
- - - - -
Author's POV
"sabar la yugyeom, semua yang berlaku ni ada sebabnya tersendiri" kata jaebum sambil menggosok bahu milik yugyeom itu. Dan untuk yugyeom pula, dia tak tahu nak rasa apa. Takut, sedih, sakit, risau? Semuanya dia rasa sekarang ni. Macam mana dia nak bagi tahu omma sonmi lepas ni? Sekali lagi dia menggosok mukanya.
"yugyeom! Sonmi macam mana?" tanya omma sonmi dan ommanya yang baru sampai di hospital itu. Kelihatan omma sonnmi sangat risau. "yug terlambat ke omma? Kenapa yug selalu tak ada waktu dia perlukan yug? Yug ni tak guna ke omma?" tanya yugyeom kepada ommanya. Ommanya hanya menggelengkan kepalanya sambil memeluk erat anak tunggalnya itu. "bukan salah kamu, jangan risau. Sonmi takkan apa-apa" balas ommanya.
~
Doktor seokjin keluar dari dalam bilik sambil memegang fail dokumen di tanganya. "macam mana anak saya doktor?" tanya omma sonmi dengan laju. Sambil mengeluh, doktor itu menjawab "anak puan tak apa-apa, dia cedera di kawasan kepalanya. Nampaknya hentakan di kepalanya tidaklah begitu kuat. Tapi, cukup kuat untuk buat dia amnesia. Saya harap puan tabah. Bantu dia ingat balik" sebelum pergi meninggalkan yugyeom bersama puan jeon di situ.
Yugyeom masuk ke dalam wad milik sonmi dan duduk di tepi katil milik isterinya itu. Matanya sayup memandang kepala sonmi yang terbungkus akibat jatuh tu. Kali ni dia bertekad bahawa dia tidak akan pernah biarkan sonmi berjauhan darinya lagi.
Meanwhile
"kenapa boleh jadi macam ni?" tanya mingyu kepada wonwoo. "entah la mingyu. Mungkin nasib dia kurang baik. Ataupun yugyeom tu yang kurang jaga dia" jawab sahabat baiknya itu. Mingyu hanya mengeluh lalu berkata "aku akan cari sape buat dia macam tuh" dan berlalu dari situ. 'aih, dah kenapa pulak budak nih? Jangan buat yang bukan-bukan sudah' fikir wonwoo dalam hatinya.
5 hari kemudian/
Setiap hari, yugyeom akan pergi ke hospital untuk menjaga sonmi sehingga malam. Tiada masalah dengan itu. Sonmi pun boleh berinteraksi dengan baik. Cuma satu masalah sahaja. Dia tidak mengenali siapa itu Kim Yugyeom.
Sonmi's POV
Aku tak tahu sebenarnya kenapa aku kena duduk dekat hospital nih. Macam mana ye aku boleh cedera macam ni? Aku berlari ke? Perkara terakhir yang aku ingat ialah aku sedang mendirikan khemah. Ahh pening!
"awak dah makan?" tanya mamat yang memakai uniform sekolah berwarna coklat itu. Aku tak kenal langsung siapa dia nih. Kenapa dia selalu datang melawat aku. Jaga aku sampai malam pulak tu. Mesti dia abang aku kan? Aku hanya mengangguk untuk menjawab soalanya tadi. Dia hanya tersenyum sambil duduk di kerusi bersebelahan dengan katil aku. Tanganya menghulurkan sepapan coklat kepada aku. "awak suka coklat. Ingat tak?" dia tanya aku. Ye ke aku suka coklat?
Ah, tak kisah. Coklat ni sedap. Sambil makan, aku dapat rasa yang dia asyik duk tenung muka aku je. Kenapa ngan dia ni? "urm, kita ni adik beradik ke?" tanya aku kepadanya. Walaupun aku dapat nampak kesedihan dalam dirinya, namun dia tetap tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "saya suami awak" balasnya. Apa?!
~
"terima kasih ye doktor" kata lelaki yang mengaku sebagai suami aku tu kepada doktor. Omma aku kata nama dia yugyeom. Kenapa aku langsung tak ingat dia hah?
Hari ni, aku dah dapat keluar dari hospital. Selepas menukar baju, aku disuruh masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam yang diparkir berhampiran dengan kawasan hospital. Dalam kereta, keadaan awkward dah mula terjadi. Masing-masing tak nak mulakan perbualan. Jangan salahkan aku, aku tak ingat apa-apa. "urm, awak nak balik rumah omma ke rumah kita?" tanya yugyeom tu. "urm, rumah omma boleh?" aku bertanya sebab aku rasa nak jumpa omma dan appa. Yugyeom hanya mengangguk kecil sebelum meneruskan perjalanan.
Skippp
Kami berhenti di kafe bernama 'coffeebay.co'. Entah kenapa aku rasa tempat ni familiar sangat. Aku masuk ke dalam kedai bersama yugyeom di sebelah. Selepas itu, kami berdua duduk di meja bersebelahan dengan dinding kaca. Wah, cantiknya pemandangan. "awak nak apa? Caramel macchiato?" dia tanya aku tiba-tiba. Aku hanya mengangguk perlahan. Caramel macchiato? Macam pernah dengar je nama tuh. 'zzuuup' kepala aku berdenyut kuat. Satu gambar terimbas di fikiran aku.
Flashback
Aku keluar dari kafe bersama caramel macchiato di tangan aku sambil ditemani seorang lelaki tinggi lampai berambut coklat. "terima kasih mingyu!" kata aku sambil menyedut minuman tersebut. "terima kasih jugak sebab teman saya pusing kawasan sekolah hari ni"
~"sonmi-sshi, saya tak kisah walau apa pun status awak tapi saya sanggup bertanding dengan yugyeom untuk memiliki hati awak"
'zzuuuup!' sekali lagi kepala aku berdenyut kuat menyebabkan aku memegang kuat kepala aku. "sonmi-ahh, gwenchana?" tanya yugyeom sambil memegang tangan aku. Aku hanya mengangguk. Mingyu? Siapa dia tu?
Aku memberanikan diri untuk bertanya yugyeom "urm, awak?" "hurm?"
"siapa mingyu?"
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hey hey! Sorry korang author dah lama giler tak update. Sonmi pulak hilang ingatan. Siapa yang dia akan ingat? Mingyu atau yugyeom? Nantikan chapter seterusnya!
Cewah! By the way, ada tak dekat sini yang excited giler nak tunggu seventeen comeback angkat tangan! Huhuhu author tak sabar betul.
Kay, bye guyseu!
YOU ARE READING
Fronting | Kim Yugyeom
FanfictionArrange Marriage? Satu benda yang paling dibenci oleh semua gadis terutamanya bila baru berusia 17 tahun. Mampukah Sonmi menjalankan kehidupan seperti biasa selepas terpaksa dijodohkan dengan abang sunbae di sekolah? Apa yang berlaku apabila muncul...