OnE

3.4K 38 5
                                    

Untuk kesekian kalinya Aisyah mengeluh. Jam disisi dikerling, 2.35 a.m..Dia terus mengeliat. Kalau tak disebabkan esok dia ada exam mana mungkin dia akan berjaga sehingga larut malam seperti burung hantu mencari mangsanya. Rasa menyesal pun ada juga. Menyesal sebab tak study awal. Kalau dah namanya Aisyah tu, suka sangatlah buat kerja last minute!

"Syah, kau tak mengantuk lagi ke? "tepukan yang singgah dibahu mengembalikan dia ke dunia realiti.

"Erm? Dah, dah. Nak tidur dah ni. Tinggal nak kemas je,"ligat tangan mengemas apa yang patut.

"Kau ni, study hard sangatlah, syah. Kau tu kan best student, apa yang nak dirisaukan sangat? Wat lek wat pis sudahla, "rakannya yang satu ini suka amat mengusiknya!

"Cik adik Kirana, untuk pengetahuan awak, masih ramai lagi yang layak digelar Best student. Aku ni mana layak nak menyandang gelaran yang sebegitu vogue gituh, "ujarnya lagi sekaligus menepis pujian tadi agar tidak didatangi riak.

'Ya Allah, kau lindungilah diri aku daripada sifat mazmumah. 'Desis hatinya.

"Erm, yalah yalah. Malas la aku nak bertekak dengan budak engineer ni. Asyik aku je yang kalah, "bibir yang dimuncungkan itu terus dikutil lembut oleh tangan Aisyah. Buat seketika, bilik mereka disinggah dengan hilaian tawa mereka.

"Dahlah, jom tidur. Esok takut ada yang terlajak subuh nanti, "Aisyah segera menarik tangan kawannya itu supaya berbaring di katilnya sendiri.

Tidak lama kemudian, suasana dibilik mereka menjadi kelam sehingga fajar mula menyingkap tirai.




---------

"Bro, jom lepak kafe. Ada lagi 2 jam ni nak tunggu next class, "terkejut dek gerangan yang menyapa dengan sapaan yang sungguh 'indah' didengari.

"Waalaikumsalam,"dushh terasa seperti ada batu yang menghempap di belakangnya tika ini.

"Hehehe, relaks laa Rish,hehehe, "melihat kawannya yang seorang ini hati jadi tercuit kerana jelas riak wajahnya sebentar tadi bahawa dia sedikit terkejut dengan balasan darinya.

Alhamdulillah. Masih ada iman kawannya yang seorang ini. Teringat kata-kata ustaz yang berceramah saat dia terdengar di corong radio.

"Kawan-kawan hang sentap? Hang apa kesah! Hang patut bersyukur sebab kawan hang tu, hati dia masih ada iman! Tak kisahla kalau tak banyak pon! Janji ada. Yang itu yang pentingnya! "

'Ya, yang itu yang pentingnya. '

Bukan apa, penat dirinya menasihati kawannya yang seorang ini. Hendak dibiar tidak sanggup pula. Kerana difikir dirinya ada tanggungjawab sesama manusia dan saudara digagahkan jua dirinya untuk menasihati.

"Hey, apa ni? Kau dengar tak aku cakap, "suara yang masuk ke corong telinga, menarik kembali dirinya ke dunia realiti.

"Ha? "

"Dahlah, dah nak sampai dah. Kau nak makan apa? "

"Ikut kaulah. Aku nak cari tempat duduk, "Farish terus berjalan sambil melilaukan mata untuk mencari tempat duduk.

Farish terus berjalan mencari namun mungkin kerana waktu tengah hari, kafe tersebut dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang sedang menikmati makanan.

"Eh, Rish. Kau tak jumpa lagi ke tempat duduk? "Hakim datang menyapa sambil menatang sedulang makanan yang dibelinya tadi.

"Kau rasa, kalau keadaan kafe penuh macam ni, aku akan dapat ke cari tempat duduk? "Persoalan daripada Farish mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sambil itu, sepasang mata Hakim galak melilau mencari tempat duduk sehinggalah matanya tertancap pada sebuah meja yang dihuni oleh dua orang gadis.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now