EiGhTeEn

594 17 0
                                    

Samar-samar dia mendengar suara orang sedang membaca al-quran. Tangan yang terasa kebas, cuba di gerakkan perlahan-lahan. Mata yang terpejam juga cuba dicelikkan. Namun, usahanya tidak berjaya.

Sunyi.

Tiada lagi suara manusia yang sedang mengaji. Matanya dipaksa untuk buka.

'Kenapa susah sangat nak buka ni?' hatinya mengeluh.

"Sayang?" terasa sentuhan lembut di bahunya.

Diam.

"Sayang, awak dah sedar ke?" mungkin dia melihat ada pergerakan kecil si isteri membuatkan dia gembira.

Seraut wajah yang berkerut dihadapannya dilurut perlahan. Cuba menenangkan.

"Shh, relaks. Jangan paksa diri tu lagi," perlahan dia berbisik di tepi kepala Aisyah.

Kali ini, mata itu mula dibuka perlahan-lahan. Bilik yang hanya diterangi cahaya bulan itu mengundang kerutan di dahinya. Kenapa dia boleh ada dekat hospital ni?

"Macam mana saya boleh kena warded ni?" wajah Hakim di pandang. Mahu menagih jawapan.

"Sayang collapsed semalam. Awalnya abang tak bawa pergi hospital pon. Tapi bila tengah malam, badan sayang makin panas, jadi abang bawa jelah sayang ke sini. Sudahnya sayang kena warded,"

"Hari ni hari apa," tekaknya yang sakit sedikit menyukarkan dia untuk bertutur dengan jelas.

"Hari Sabtu,"

Mendengarkan jawapan dari mulut Hakim, pantas dia bangun dari pembaringan membuatkan Hakim kalut.

"Eh, nak ke mana ni?" sesekali dia cuba membantu Aisyah apabila dirasakan Aisyah memerlukan pertolongannya.

"Nak solat,"

"Biar abang tolong,"

"Tak pe, saya boleh buat sendiri," dia mengetap bibirnya rapat. Dia masih kecewa dengan suaminya. Titik!

"Sayangggggg,"

Hanya anggukan yang diberi. Malas ingin berkelahi. Dia mahu menunaikan kewajipannya yang tertunggak.

Apabila kakinya mencecah lantai, serta-merta peningnya datang menerpa. Mata dipejam. Cuba menghilangkan kesakitan di kepala.

"Boleh jalan tak tu?" melihatkan Aisyah seperti tidak mampu berdiri tegak, pantas kaki diatur ke tubuh itu sebelum ia rebah menyembah bumi.

Tiada kata-kata yang terkeluar saat Hakim datang menghampiri. Cepat-cepat dia menahan tangannya dikatil bila dirasakan dirinya sedikit terhuyung-hayang.

"Haish, sayang guna spray jelah yea? Macam tak larat sangat nak jalan tu," cermat tangannya membantu Aisyah untuk duduk kembali di katil.

Kali ini Aisyah hanya menunaikan solat secara duduk kerana dia masih tidak mampu untuk berdiri dengan baik. Hakim pula sekadar duduk di birai katil memerhatikan Aisyah yang sedang solat.

Dalam diam, lafaz Alhamdulillah dilantun di dalam hati. Sejuk hatinya melihat Aisyah yang sedang qado' solat. Seorang isteri yang tidak pernah lalai dalam melaksanakan kewajipannya terhadap Penciptanya sendiri.




_________________

Sejak tadi, dia hanya duduk dikatil. Dia sudah berkampung di sini genap dua hari. Teruk juga demam panas yang menyerangnya kali ini.

Kepalanya sarat dengan segala perkara yang terjadi kepadanya dalam dua hari ini. Dan suatu soalan yang tidak henti-henti membedil kepalanya ialah, kenapa Hakim langsung tidak menjelaskan apa-apa kepadanya?

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now