"Kir,tolong teman aku jumpa orang kejap lagi. Pukul sebelas, dekat kafe, "
"........"
"Tolonglaaa, aku tak nak jumpa sesorang, plisss, "
"......."
"Yeay, sayang kau, "panggilan segera dimatikan usai sahaja salam dijawab.
----------
Langkah kaki dibawa menuju ke meja kosong yang terdapat di kafe. Lalu, kerusi ditarik dan Hakim menghenyakkan punggungnya ke kerusi. Jam dikerling, dua minit ke pukul sebelas. Telefon diambil, dia mula tenggelam dalam dunianya sendiri.
"Kir, cepatlah. Nanti lambat macam mana, "Aisyah menarik lengan Kirana menuju ke kafe.
"Ish, kau ni. Kau nak jumpa siapa sebenarnya ni? "Serta merta pergerakan Aisyah daripada menarik tangan Kirana terhenti.
"Erm, erm. Aku tak tahu siapa dia, "jawapan daripada Aisyah membuat Kirana ternganga.
"What?! Kau tak kenal dia, tapi kau nak jumpa dia. Apakes ni weh? "Kirana berasa sedikit hampa. Mana Aisyah yang dia kenal? Yang tidak akan berkenalan dengan orang yang tak dikenalinya
"Erm, cerita dia panjang sebenarnya. Aku, aku bukannya nak jumpa dia pun. Tapi dia yang paksa, "Aisyah terus menunduk. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Kirana yang perasan akan tubir mata Aisyah yang sudah bergenang, lantas memujuknya kembali.
"Syahh, aku bukannya apa. Aku risau kat kau. Nanti jadi apa-apa aku yang susah. Dah takmau nangis-nangis ni. Nanti tak comel, "Kirana menyeka air mata yang hampir mengalir dipipi mulus Aisyah. Aisyah sememangnya nampak kasar bila dihadapan orang luar namun menjadi sebaliknya apabila bersama orang yang rapat dengannya.
"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku janji aku tak buat kau risau dah, "senyuman kelat terukir dibibir Aisyah.
"Dah, jom. Nanti kita lambat pulak sampai. Sambil tu aku nak dengar cerita kau yang panjang tu, "Kirana terus memeluk bahu Aisyah, cuba mengembalikan mood ceria Aisyah.
-----—–------
"Ha, macam tu lah cerita dia, "saat cerita tamat diceritakan, kaki mereka mula menapak masuk ke dalam kafe.
"Ouh, dah tu sekarang ni yang mana orangnya? "Kata Kirana sambil meninjau-ninjau kawasan kafe.
"Erm, kejap aku tengok, "kaki dijengket. Lagaknya seperti helang yang sedang mencari makanan. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang leka bermain dengan telefon ditangan.
"Ha, aku dah jumpa. Jom cepat habis, cepat balik, "kata Aisyah seraya menarik pergelangan Kirana supaya mengikutinya.
"Ehem, ehem, "deheman daripada seseorang mengeluarkan Hakim daripada dunia telefonnya. Dan Hakim terus melihat gerangan yang berdehem sebentar tadi.
"Eh, awak dah sampai ke? Jemputlah duduk, "Aisyah dan Kirana berpandangan sesama sendiri barulah mereka duduk. Saat terpandangkan wajah Hakim, Kirana terus bersuara.
"Eh, Hakim kan? Lah Syahh, pahal kau tak cakap dengan aku yang langgar kau ni Hakim, "Kirana terus bersuara mematikan kesunyian yang sedang bermaharajalela.
"Yurp, its me. Hahaha, tak sangka pulak awak ada sekali, "balas Hakim sambil menjeling Aisyah.
"So, apa dia yang penting sangat tu, "tanpa bengkang bengkok, Aisyah terus menyoal. Baginya, tiada kepentingan yang memerlukannya untuk berlama-lama dengan lelaki yang ada dihadapannya ini.
"Ouh ya, baru saya teringat. Sebelum tu, boleh Kirana erm bukan nak halau tapi erm bagi kami privasi sekejap? "Dia mahu, hanya dia dan Aisyah sahaja yang berada di meja tika ini.
"Ouh, sure boleh, "Kirana bangun dari kerusi. Namun, saat mahu melangkah pergi ke meja lain, terasa seperti ada tangan yang mencengkam pergelangan tangannya.
"Kir, janganlah. Stay with me please? "Wajahnya cuba dimendungkan. Masih dalam percubaan untuk memujuk Kirana.
"Mana boleh. Hakim kan nak jumpa kau sorang. Aku tak pergi mana-mana pun. Aku duduk dekat meja depan tu je yea, "tangan Kirana menunjuk selang dari satu meja yang mereka sedang duduk sambil matanya melihat riak wajah Hakim.
"Nope, kalau kau duduk situ, aku pon nak duduk situ. Aku tak kisah kalau nak cakap kena jerit-jerit, "Aisyah masih lagi dalam mood memujuk. Sedikit pon wajah tidak menoleh kearah Hakim.
"Mana boleh, kau tanyalah Hakim dulu. Kalau dia bagi, aku okey je, "Kirana membalas.
Laju sahaja Aisyah memandang wajah Hakim. Pandangan tajam diberikan. Hakim terus menghela nafas. Haihla. Melihat anggukan daripada Hakim, cepat-cepat Aisyah menarik pergelangan Kirana supaya duduk.
"Ye ye, aku duduklah ni, "Kirana kembali mengambil tempatnya semula.
"Erm, Kirana. Boleh tak awak buat je apa-apa, asalkan awak tak campur dalam urusan ni, "pinta Hakim.
"Ofcourselah boleh, "balas Kirana sambil menghulurkan tangannya kepada Aisyah meminta telefon bimbit Aisyah. Dijelingnya Kirana lalu diberikan telefonnya kepada Kirana. Kini, Kirana pula yang hanyut ke dalam dunia telefon.
"So, apa benda penting sangat ni? Sampai kena jumpa bagai, "Aisyah mengulang kembali soalan yang sama kepada Hakim.
"Okey, let me introduce myself, saya Muhammad Hakim Haffaz Dato' Azizi, awak? "Kata Hakim sebagai pemula bicara.
"Erm, saya Syah, "balas Aisyah sambil mukanya sengaja dibuat-buat gembira. Tapi dah kalau Aisyah, mimik muka memang tak reti di sorok. Buatlah muka gembira pon, mukanya tetap tunjuk tak gembira.
"Syah? Takkanlah Syah je nama awak? Mustahillah mak awak bagi nama seketul tu je,"Tercengang seketika, kerana Aisyah hanya memperkenalkan dirinya sebagai Syah! Sedangkan dia memperkenalkan dirinya sampai ke nama ayah. Ikutkan nak bagitau sampai nama datuk. Tapi, biarlah.
"Ye Syah je. Dah straight to the point jelah. Saya takde masa lah nak jumpa dengan orang yang tak tahu nak hargai masa, "Aisyah menjawab, sengaja dia menggunakan kata-kata yang sinis dengan harapan Hakim akan mula bosan dan meninggalkan dirinya disini.
"Hmm, orang nak kenal-kenal je pun. Itu pon kedekut. Actually en, saya dah lama nak berkenalan dengan awak. Hehehe, semenjak dari kita makan semeja dulu tu, "balasnya sambil jari telunjuk kiri dan kanannya dilaga-lagakan. Orang kata dia nampak handsome bila buat macam ni. So, dia nak goda Aisyah lah ni. Hehehe, ulat bulu dah naik daunnn.
"Jadi? "Acuh tak acuh sahaja balasan yang diterima dari Aisyah. Sedikit menghampakan hati Hakim.
'Alaa, Syah ni. Suka bagi fakehope dekat aku. '
"Jadi? Jadiiiiiiiiii, sudi tak awak jadi girlfriend saya? "Suaranya sengaja dikawal. Acah suara gentleman lah kononnya.
Hampir je tangan Aisyah melepaskan cawan yang elok dipegangnya. Mujurlah dia sempat tersedar kembali.
"What?! "Aisyah menjeling Kirana yang setia disisi nya bersama telefon bimbit. "Maaf, saya tak semurah yang awak sangka. Saya bukan gadis yang macam awak selalu jumpa. Kalau awak betul mahukan saya, awak boleh ambil saya dengan cara yang halal. Bukannya cara yang haram macam ni. Dan kalau inilah sebab 'penting' yang awak nak jumpa saya tu, saya rasa awak better lupakan niat awak. Sekali lagi maaf. Kir, jom balik. Aku penat, "Aisyah terus bangun dan meletakkan sekeping not berwarna merah lalu menepuk bahu Kirana. Sakit hatinya. Dia bukanlah gadis yang sewenang-wenangnya menyerahkan hati kepada ajnabi. Tak, itu bukan lah dirinya. Baginya jika seseorang sudah berjaya mencintai Allah dan Rasul, barulah dia boleh meraih cinta manusia. Mereka terus melangkah meninggalkan kafe tersebut.
Manakala Hakim ditinggalkan terpinga-pinga di meja kafe tersebut.
'Aik?! Takkanlah ajak couple pon nak marah? Pelik aku dengan budak Syah ni. Takpe, aku akan cari jugak dia. Kalau dah jodoh tak lari kemana pon. '
Dia lantas bangun dan melangkah menuju ke suatu tempat.
~adlinx~
![](https://img.wattpad.com/cover/97603130-288-k664979.jpg)
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...