tWeLvE

794 19 4
                                    

The world is like a birthday cake. Take a piece, but not too much. -GeorgeHarisson.

Air yang terpercik ke muka Aisyah langsung tidak dihiraukannya. Serasanya inilah kali pertama dia menaiki feri. Jadi, sebolehnya dia mahu menggunakan kesempatan yang diberikan untuk menghayati alam semula jadi. Walaupun dia juga menetap di kampung, namun dia tidak pernah merasa puas untuk terus menikmatinya. Dan untuk itu, dia perlu berterima kasih kepada suaminya, Hakim.

"Erm, "Aisyah kalih kepalanya memandang Hakim. Cuba nak sampaikan apa yang terbuka di hati. Tapi tak terluah.

"Apa dia sayang, "Hakim hanya pandang sambil keningnya diangkat. Sebab dia macam ada dengar Aisyah cakap cuma tak jelas.

"Terima kasih sebab bawa Aisyah datang sini,"balasnya sambil memandang ke arah laut.

Ternaik pipi Hakim. Bibirnya jelas mengukirkan senyuman bahagia. "Suka? "

"Terima kasih, "jawab Aisyah. Tak lupa bersama pakej senyuman. Bukan selalu dia menghadiahkan senyuman buat suaminya. Tapi dia juga bukanlah wanita yang sering melawan tindakan suaminya. Biarpun kini dia sudah mula meneriman kehadiran lelaki itu disisinya dan dihatinya, kadang-kala dia juga akan berperang dengan akal dan hatinya yang membuatnya keliru.

'Just follow the flow, ' tingkah hatinya.

Di pihak Hakim pula, cukup dia dengar ucapan itu buat kali kedua, terasa rama-rama berterbangan di dalam perutnya. Nampaknya, tak sia-sia dia bawa Aisyah ke sini.

'Percutian ini akan digunakan sepenuhnya untuk memikat hati Aisyah.' Ya, itu tekad hatinya tika ini.

---------------

Aisyah pandang badannya serba tak kena. Lebih tiga kali dia belek dirinya tadi sebelum dia mendapatkan Hakim yang menunggunya di lobi resort.

"Ada yang tak kena ke? "Pelik juga dia bila di renung sebegitu.

"Taklah. Saya nampak huurun ain, "balas Hakim sambil tersenyum.

Berkerut dahi Aisyah. Huurun ain? Rasanya mana ada orang lain selain dia dengan Hakim. "Siapa huurun ain? "Soalnya balik. Tak lupa cukup sekali dengan pakej kepalanya yang di kalih kiri dan kanan. Takut terlepas pandang.

"Tak payah cari jauh-jauh. Orangnya memang dah ada depan abang pon, "dipegang kepala Aisyah cuba menghentikan pergerakan bebola mata yang dari tadi tak sudah melilau mencari pemilik nama huurun ain.

Makin bertambah pulak kerutan di dahi Aisyah. Aihh! Lupa nama ke apa? "Aih? "Itu je yang mampu terpacul keluar daripada bibirnya.

"Apa dia? "Jawapan Hakim sejujurnya boleh buatkan orang rasa sakit hati tapi disebabkan jawapan Hakim bukan semata-mata jawapan, namun disertakan sekali dengan dahinya yang tiba-tiba melekap di dahi Aisyah. Ini memang mengundang gelora di jiwa Aisyah.

"Nak tahu tak? "

Tak mampu nak bersuara, Aisyah hanya anggukan kepala. Matanya hanya mampu terpejam tanpa ada rasa mahu membukanya. Jelas dia merasai kehangatan deruan nafas di hadapan wajahnya. Nafas Hakim.

Saat dia merasai anggukan, dia menyambung. "Huurun ain tu maksud dia bidadari bermata jeli. Tapi bagi abang, sayanglah bidadari bermata jeli dunia dan akhirat abang, "terus hakim menjauhkan mukanya dari Aisyah. Suka dia melihat wajah Aisyah dari jarak dekat.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now