Aroma nasi lemak memenuhi ruang dapur. Pinggan di ambil dan di susun di atas meja. Matanya memandang sarapan yang dihidang. Perfect.
Kaki diatur ke bilik. Mahu mengajak Hakim untuk bersarapan sebelum pergi kerja. Pintu dibuka.
"Eh,sayang tolong abang pakaikan tali leher ni," Aisyah yang baru nak bersuara, terus sahaja berjalan ke arah Hakim.
"Bukan awak pandai pakai sendiri ke?"
Diam.
Matanya mencari mata Hakim. Pelik kenapa Hakim tiba-tiba diam. Dan bila dia melihat tatapan itu, dia faham.
"Hehe, sorry. Sayang tak sengaja. Tapi bukan abang pandai pakai sendiri ke?" pelik juga dia bila Hakim tiba-tiba minta tolong dia.
"Saja nak bermanja,"senyum tipis diukir nampak hambar.
_________________
"Abang balik pukul berapa hari ni?" sepinggan nasi goreng Aisyah letak depan Hakim. Kemudian, untuk dirinya pula.
"Macam biasa kot. Tapi itu pun kalau kerja tak banyak. Kenapa?" sesudu nasi goreng selamat masuk ke dalam mulutnya. Nyumm! Sesudu lagi disuap.
"Saja tanya. Takut kalau sayang masak lambat,tiba abang balik awal,"Aisyah pandang sekitar meja makan. Macam ada yang tak lengkap.
Ha. Dia lupa nak ambil air. Aisyah bangun daripada kerusi. Kaki yang nak melangkah ke dapur tiba-tiba tak jadi bila Aisyah terasa pegangan kejap di lengannya. Kepala dikalih melihat Hakim.
"Nak ke mana? Tak nak makan dengan abang ke?"
"Nak ambil air dekat dapur. Nanti abang tercekik tak kan nak minum air dalam akuarium tu," bibirnya dicebik sedikit. Hakim ni pantang je bila dia nak lesap. Pelik Aisyah di buatnya.
"Eh eh. Siapa ajar jawab macam ni dekat abang?" Hakim dah buat muka tak puas hati. Siapa pula yang ajar isteri dia ni?
Hanya sekilas pandangan diberi sebagai jawapan sebelum kelibat Aisyah hilang.
"Nak dekat tiga bulan lebih kita duduk berdua,perangai abang pun dah lekat dekat sayang," dari meja makan Hakim dah boleh dengar suara Aisyah jawab soalan dia. Terjongket kening Hakim bila dengar jawapan Aisyah. Punyalah pusing sana pusing sini, alih perangai kita pula yang di salahkannya.
"Nak salahkan abanglah ni?"
"Haah,"senyuman nakal tersungging dibibirnya sebelum hilang dan diganti dengan riak yang serius."Tapikan, sayang ada nak tanya ni,"
"Tanya apa?"soal Hakim. Pelik dengan tingkah Aisyah hari ini.
"Tapi jugakan, dia lebih kepada minta izin sebenarnya,"sengihan kerang busuk di pamer. Lengkap dengan package garu kening.
"Apa dia," lewa je Hakim sahut. Geram bila Aisyah nak mainkan dia.
"Abang ingat lagi tak Kirana ?" semangat je Aisyah bertanya suaminya. Berharap suaminya akan mengingati teman baiknya.
"Kirana?Kirana yang mana?" ingatan Hakim mula melayang kepada setiap gadis yang dia pernah jumpa. Cuba mengingati jika ada gadis bernama Kirana.
Melihatkan keadaan itu,Aisyah mula dilanda kebosanan. Hakim dah lupa ke Kirana tu siapa? "Alah Kirana tu yang BFF sayang tu. Yang datang masa kenduri kahwin kita tu," semakin perlahan suara Aisyah bila dia menuturkan tentang kenduri kahwin mereka. Mungkin masih ada rasa terkilan sedikit dalam dirinya.
Menyedari hal itu, Hakim berdehem kecil. Mahu menggamit perhatian Aisyah.
"Oh,Kirana yang itu. Kenal. Kenapa? Sayang nak suruh abang kahwin dengan dia pula ke?" mood mengusik dia sudah on.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
AléatoireSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...