Hye, thanks for voting my story.
Bunyi air terjun sememangnya mampu menghilangkan tekanan. Aisyah mengambil kesempatan ini untuk menenangkan dirinya. Apa yang disampaikan oleh Abang Zai semalam, sungguh mengganggu ruangan hidupnya. Patutlah ibu dengan Abang Zai menyuruhnya pulang. Burung yang hinggap di atas batu, dipandang sekilas. Kemudian burung tersebut terus terbang .
'Hailah, apa aku nak buat ni, 'getus hati kecilnya. Bukannya apa, dia sangatlah mengenali orang yang meminangnya itu. Buat seketika dia kembali mengingati perbualannya dengan ibu setelah selesai perbincangan mereka mengenai lamaran tersebut.
"Syah, ibu sokong je yang mana kamu rasa baik. Ibu tak cakap yang dia tak baik untuk kamu, tapi kamu sendiri pandai tengok mana yang baik mana Yang buruk. Fikirlah masak-masak ye sayang,"kata-kata ibu, biarpun berlapik tapi masih jelas ibu kurang yakin dengan lamaran ini. Aku hanya menggangguk.
"Syah rasa, ada baiknya kalau Syah tolak je lamaran tu. Syah tak sedia lagi nak terima dia, "aku terus menggenggam tangan ibu. Cuba mencari kekuatan.
"Adik rasa bersalah ke sebab tolak lamaran tu? "Satu soalan yang singgah di telinga sudah cukup membuatkan aku tersedar daripada lamunan. Pantas aku berpaling.
"Eh Abang Zai. Abang tak kerja ke hari ni?"sekilas dipandang pemakaiannya aku pandang.
"Abang cuti hari ni. Saja nak lepak dengan adik,"aku hanya mengangguk. Terasa janggal. Aku tidak terlalu rapat dengan Abang Zai kerana daripada dia kecil, dia seorang yang pendiam.
"Adik tak jawab lagi soalan abang, "Abang Zai mula melabuhkan punggung disebelah ku.
"Eh, soalan apa? "Aku cuba mengingati soalan abang sebentar tadi.
"Ha, ohh. Haah,Syah ada la rasa macam bersalah sikit sebab tolak lamaran dia,"Janggal. Teramat janggal bila aku berdua-duaan dengan Abang Zai. Sangat jarang aku dan dia melepak bersama.
"Dahlah tu. Anggap jelah Syah takda jodoh dengan dia. Adik abang ni, bila lagi nak bawakan adik ipar untuk abang ha, "terkejut dengan soalan abang, terus aku berpaling. Melihat mukanya dengan kening sebelah terangkat, aku terus tepuk bahunya.
"Eyy, mana boleh langkah bendul. Abang tak kawin, takkan adik nak kawin dulu. Mana syok, "aku menyonggol bahunya. Haihh, seronoknya kalau abang macam ni dari dulu.
"Takpelah, abang bagi je adik langkah bendul. Abang akan makesure adik abang jumpa seseorang yang layak untuk gantikan tempat arwah abah, gantikan tempat abang dan gantikan semua kasih sayang yang adik tak cukup dulu, "aku tersentak.
"Jadi......... "
"Dah, tak payah pikir lebih -lebih. Sekarang ni, jom balik. Ibu panggil ajak sarapan. Adik tu baru je nak sembuh, "tanpa sepatah kata, terasa tangan sudah ditarik untuk bangun.
_____________________________________
"Kenapa muka Syah macam tak senang bila aku cakap pasal ayah dia, "
"Ke,ayah dia dah meninggal? "
"Tapikan tak kan lah ayah dia dah meninggal, "
"Haish, "
"Benda apa yang panjang sangat keluhnya tu. Tak pernah-pernah aku tengok kau ni mengeluh panjang macam ni. Kau ada masalah ke Kim? "Teguran daripada Farish terus menerbangkan segala soalan yang bermain di minda.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...