fOuRtEen

634 20 0
                                    


Beg-beg diletakkan di lantai. Keluhannya dilepas. Punggung di labuhkan di birai katil. Nak ambil nafas sebab penat angkut barang-barang dari dalam kereta sampai ke bilik. Aisyah awal-awal lagi dah masuk tandas.

"Barang dah habis angkat semua ke?"

Lipat maut dia pandang arah suara yang menegur. Kus semangat. Dia lihat Aisyah dah melangkah keluar dari tandas sambil tangan ligat cabut segala kerongsang dengan jarum yang ada dekat tudung.

"Dah,"

"Abang nak mandi?"

"Sayang tak nak mandi dulu ke?" mata dah melirik dekat jam yang elok tergantung tepi gambar perkahwinan dia dengan Aisyah. Dah 2.30, solat pun dah. Dia rasa dia nak bergolek dulu kot atas tilam. Saja nak regangkan badan sambil tunggu peluh kering.

"Abang mandilah dulu. Saya eh sayang nak pergi tengok peti ais. Nanti senang nak beli barang yang tak cukup," tudung yang dah siap di tanggal di letak dalam bakul. Jam tangan di cabut. Hakim dah tergeleng-geleng tengok Aisyah. Mulut bini dia tu selalu je tersasul. Ini kira okay lah sikit dari sebelum ni. Kalau sebelum ni mahu terbelit lidah nak tunggu dia sebut sayang dengan abang.

"Kejap lagi lah abang mandi. Nak bagi hilang peluh dulu," terus je dia baring atas tilam. Sambil-sambil tu tangan dia mengurut-urut bahu dia yang lenguh. Konon nak jadi attention seeker, walau dia tahu yang Aisyah tu takkan layan perangai dia.

"Okay," bila dah yakin Aisyah dah keluar, terus dia tersenyum. Jujur, dia rasa berbaloi sangat segala penat dia bawa Aisyah bercuti. Tak boleh guna istilah honeymoon atau bulan madu sebab dia sendiri maklum yang Aisyah tengah dalam proses nak terima ikatan ni. Aisyah dah boleh dengar cakap dia tanpa buat muka. Aisyah dah boleh bagi jawapan yang tak mengguris hati dia dah.

Bila terkenangkan semua apa yang jadi, dia rasa tak sia-sia dia pilih Aisyah sebagai suri hidup dia. Akhirnya, hanya dengkuran halus yang kedengaran.

_______________

"Lusa ni abang dah nak mula kerja tau," tika ini mereka baru sahaja selesai makan malam. Sambil menekan- nekan remote tv, dia kalih kepala tengok Aisyah yang ralit susun barang-barang yang dia nak bagi dekat kenalan yang terdekat.

"Aisyah sayang~dengar tak abang cakap apa?" dia dah elok duduk menghadap Aisyah. Cemburu pula dia bila barang tu lagi dapat perhatian daripada Aisyah.

"Ha? Apa dia?" terkelip-kelip mata dia pandang Hakim. Sibuk sangat mengira sampai tak perasan pun Hakim panggil.

"Lusa ni abang dah nak mula kerja,"di ulang lagi sekali. Mujur sayang.

"Ohh,eh tapi kejap. Sebenarnya abang kerja apa," kelapa diangkat pandang Hakim. Seketika, mata mereka bertembung. Cepat-cepat Aisyah tunduk,buat-buat kemas barang.

"Ingatkan tak nak tanya,"perlahan ditutur.

"Apa dia?" Dia pekak ke apa ni? Dari tadi tak dengar apa yang Hakim cakap.

"Tak ada apa. Abang tak kerja lagi. Abangkan intern dekat syarikat tu. Lagi sebulan habislah kerja abang,"

"Ohh, lepas tu abang nak sambung kerja dekat situ ke nak sambung tempat lain?"

"Abang ingat nak sambung dekat syarikat papa je,"

" Tapi kenapa abang tak jadi intern dekat tempat papa je? Kan senang," Aisyah dah garu kepala. Tadi keychain ni berapa yea? Lupa pula dia bila seronok sangat berborak.

Hakim dah jongket sebelah kening. Sejak bila budak ni jadi peramah dengan dia ni?

"Sebab abang nak rasa pengalaman kerja bukan bawah papa?"

"Ohhh,"

"Esok sayang nak buat apa je?"

"Tak tahu lagi. Ingat nak rehat je," dia angkat kepala pandang Hakim. Kenapa dia jadi banyak cakap pula malam ni?Pipinya di garu-garu.

"Sayang ni kenapa? Tadi garu kepala ni garu pipi pula," dia dah ada ura-ura nak turun duduk dekat Aisyah.

"Eh,tak ada apa. Tadi lupa keychain ni berapa," Aisyah pandang Hakim sambil tayang sengih macam kerang busuk.

"Sayang,"

"Apa?"

"Abang ada nak cakap sikit ni,"Hakim dah mula berganjak dari kerusi nak duduk dekat lantai depan Aisyah.

"Apa?" Aisyah terus letak segala barang dia pegang tadi kat bawah. Nak bagi perhatian dekat Hakim. Cuma dia belum eye contact je lagi dengan Hakim. Sibuk main belit-belit jari dia dekat hujung baju.

"Ish, pandanglah abang. Abang nak cakap ni," tak tunggu respon Aisyah dah, jari Hakim dah naik untuk menolak dagu Aisyah.

"Ap....apa?" dia tak selesa bila Hakim nak eye contact dengan dia. Dia takut.

"Okay, dari skala satu sampai sepuluh, sayang dah boleh terima abang dalam kehidupan sayang atau dalam erti kata lain terima sebagai seorang suami tu banyak mana?" dia sendiri tak tahu kenapa dia tiba-tiba nak tanya soalan ni dekat Aisyah. Mungkin sebab dia nak Aisyah nampak effort dia nak ambil hati Aisyah tu?

"Skala? Terima?" termangu- mangu dia dapat soalan luar silibus ni. Soalan ni kalah soalan KBAT masa spm dulu.

"Ha lah," setia lagi pegang dagu Aisyah sebab dia yakin kejap lagi mesti Aisyah akan tunduk.

"Dalam enam ke tujuh kot," cepat- cepat dia pandang dekat jam. Konon tengah tengok jam. Padahal jantung dah berdegup macam baru siap joging  je.

Tapi bila Aisyah pandang depan balik, jantung dia dah macam nak terkeluar bila dia nampak Hakim senyum sampai telinga. Dan tanpa sebarang amaran, Aisyah di tarik masuk ke dalam pelukan Hakim.

Kejung.

Keras.

Terkedu.

Lupa cara nak bernafas.

Sesak.

Lagi-lagi bila dia boleh rasa yang degupan jantung Hakim pun lebih kurang macam dia. Laju semedang.Tuhan, kenapalah mesti peluk. Bila dia rasa Hakim macam makin eratkan pelukan, tingkah dia serba tak kena.

"Seriously?!" Dia yang dengar pun boleh tahu yang Hakim happy sangat bila dengar jawapan dia.

Tapi,sebenarnya dia sendiri pun tak tahu banyak mana dia terima Hakim as her husband dalam hidup dia. Jujurnya dia ada rasa selesa bila Hakim ada dengan dia walau kadang perangai Hakim buat dia jadi tak tentu arah. Macam sekarang. Mungkin dia kena bagi peluang dekat Hakim untuk masuk sepenuhnya dalan kehidupan dia. Mungkin dah tiba masanya dia jalankan sepenuh tanggungjawab dia dekat Hakim. Sesak dengan soalan yang berasak-asak dalam kepala. Tanpa sedar keluhan kecil terlepas.

"Kenapa ni?" terus pelukannya dileraikan bila dia dengar keluhan yang keluar. Jujur dia ada rasa sedikit kecil hati. Tak banyak tapi sikit je.

'Sikit pun tetap kecil hati juga kan?' Hatinya bersuara.

"Tak,"tangan Hakim diraihnya. Dibawa ke tangannya. Diusap-usap. Nampak ketara perbezaan saiz tangan dia dengan Hakim. Ditarik masuk ke genggaman.

"Sayang tak berani nak cakap apa. Tapi, sayang tengah cuba bagi peluang dekat abang untuk masuk dalam hidup sayang,"dia bawa tangan Hakim bibirnya dikucup perlahan.

Dan bila dia angkat kepala, dia nampak mata Hakim dah berkaca. Dia ada buat salah ke?

"Thanks. Terima Kasih sebab bagi abang peluang. Abang janji abang takkan sia-siakan peluang ni lagi," terus Aisyah ditarik ke dalam pelukan. Mujurlah Aisyah dah bersedia. Terasa ubun-ubunnya dicium Hakim. Spontan senyuman terukir dibibir. Tangannya bergerak membalas pelukan.

'Mungkin, aku memang sepatutnya bagi dia peluang.'

Dan dia semakin mengeratkan pelukannya. Dia selesa dengan rasa yang hadir.

Rasa selamat.

Rasa diperlukan.

Rasa dihargai.

Rasa dilindungi.














'Tuhan,jika benar dialah pasanganku dunia Akhirat, bantulah aku untuk menerima dia.'



"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now