"Tapi, saya dah minta izin dengan ayah awak untuk bawa awak keluar hujung minggu ni, "
"Apa awak cakap tadi? Boleh ulang lagi sekali tak? "
"Apa? Tadi tu ke? Saya cakap, saya dah minta izin dengan ayah awak untuk bawa awak keluar hujung minggu ni, "
"Ooh ya? Hebatnya awak! Ayah saya cakap apa dekat awak? Garang tak ayah saya? "
"Haah, saya telefon ayah awak. Saya minta nombor telefon ayah awak dekat Kirana. Hahaha, tak hebat mana pon. Biasa je, sebagai lelaki, saya memang kena gentle macam ni.Ayah awak cakap, dia izinkan saya bawa awak keluar, pastu dia pesan suruh awak telefon saya sebelum awak keluar nanti. Ayah awak tak garang pun, dia baik je. Siap boleh gelak-gelak lagi, "
Aisyah hanya tersenyum apabila teringat akan situasi di mana dia dipikat oleh seorang lelaki bernama Hakim. Mahu mengorat menggunakan teknik kuno! Hahaha. Apalah yang Hakim akan buat kalau dia tahu yang ayahnya sudah lama meninggal. Sedih? Tipulah kalau dia tak sedih namun yang pergi tetap tak kembali walau diratap sehingga keluar air mata darah. Buang masa. Yang pergi dijadikan sebagai kenangan dan memori and life must go on.
"Amboi senyum memanjang je ibu tengok anak ibu sorang ni, "Aisyah hanya tersenyum apabila di sapa oleh ibunya.
"Haish, mana ada senyum panjanglah ibu. Pendek je ni, "tangannya diletak hujung bibir kiri dan kanan. Kononnya hendak menunjukkan betapa pendek senyuman yang ditayang.
"Ada je jawapan dia. Kenapa ni senyum sorang-sorang? "
"Ibu,kalau ada orang datang dan cakap dia nak berkenalan dengan Syah,ibu okay ke?"Puan Mariam mula mengukir senyuman.
"Eh,dah ada yang berkenan ke dekat anak ibu ni?"
"Ey,ibu ni.Orang tanya je kan,"hanya tawa yang menjadi balasan.
"Haish,ibu okay je. Cumanya Abang Zai kamu tu jelah yang takut tak okay nya,"balas Puan Mariam sambil memandang ke hadapan. Teringat kejadian saat ada yang meminang anak daranya.
"Ada orang meminang adik? Siapa bu? "terhenti seketika tangannya yang mahu menyuap masuk nadi ke dalam mulut. Terus pandangannya diangkat memandang Puan Mariam yang duduk di hadapannya.
"Anak bongsu Cik Nab. Kamu okay ke Zai? "pandangannya terus tertala kepada anaknya yang sedang makan. Cuba meminta pandangan sebelum dinyatakan kepada Aisyah.
"Cik Nab? Cik Nab yang mana ni?" sesuap nasi masuk ke dalam mulut. Puan Mariam masak memang terbaik!
"Cik Nab yang selalu beli kelapa kita tu la. Yang duduk dekat kampung seberang sana tu, "jawabnya lagi. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Zaidi makan. Lapar sangat anak aku ni!
"Ish! Makan tu senonoh sikit, "laju tangannya menampar lengan Zaidi.
"Hehehe, sorry bu. Ohh Cik Nab yang tu ke? Erm elok ke budaknya bu? Bukan apa, nanti kalau jadi apa apa dekat adik, kita juga yang susah. Zaidi ni, walaupun tak rapat dengan adik tu bu, sayang tu ada lagi la," sejurus itu ,dia bangkit menuju ke sinki untuk mencuci tangan dan pinggannya.
"Ibu sendiri pon tak kenal budaknya, "luah Puan Mariam bersama keluhan.
"Kalau macam tu tak payah je lah terimanya. Daripada menyusahkan baik tak payah terima terus, "terus Zaidi menyatakan. Terlalu risau dengan akan keadaan adiknya itu. Dahlah jenis pendam.
"Ibu pon fikir macam tu juga, cuma...
"Ibu! Apa ni? Adik duduk depan ibu pon ibu termenung lagi, "tangannya di layang-layangkan dihadapan muka ibunya.
Terpadam terus ingatan Puan Mariam apabila disergah sebegitu. Terkejot den!
"Ish adik ni. Terkejut ibu tahu tak? "dicubit kedua pipi Aisyah. Nakal sangat!
"Erm sakitlah ibu, "tangannya mengusap-ngusap kedua belah pipinya. Sakit!
________________________
Pap! Sebuah buku menghempas mejanya. Terhenjut bahu Aisyah yang sedang leka menyiapkan assignmentnya. Diangkat pandangannya memandang manusia yang bertanggungjawab mengganggu fokusnya. Niat di hati mahu memarahi.
"Cubalah jangan nak...... " terkejut. Cepat-cepat dia kemas barang mahu lari.
"Jangan apa? "dia hanya melihat sepasang tangan yang lincah mengemas barang-barangnya. Kalut sangat. Spontan terbit senyuman sinis di bibirnya.
"Saya pergi dulu ,"Aisyah hanya memandang sipi-sipi wajah itu dan terus berlalu.
"Nak pergi mana pula ni? "Aisyah berhenti mengejut saat terasa lengannya ditarik. Ini melampau nama dia!
"Ada namp........ Eh?! "
"Bro, ini namanya tangan perempuan. Hormat sikit dia ni, "serentak itu muncul satu tangan lain yang meleraikan pegangan di lengannya.
Hakim!
"Kau pahal? "Tanpa memandang, laju mulutnya bertanya.
"Kau tu! Pahal kacau perempuan ni? "Gigi diketap menahan amarah dari meletus. Seperti radio rosak, kepalanya mengingatkan agar jangan bergaduh.
"Heh, suka hati aku lah, "Faizal terus berlalu.
"Awak okay? "Seperti angin berlalu sahaja amarahnya saat melihat wajah itu. Walaupun baru beberapa hari tidak melihat wajah itu.
"Okay. Terima kasih Hakim, "dan Aisyah terus berlalu.
"Syah! Tunggu la kejap, "laju kakinya bergerak cuba menyaingi langkah Aisyah.
"Awak ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?"
"Awak rasa?"
"Ish, mulut tu jawablah elok-elok, "
Aisyah hanya diam. Memang itulah yang dia akan lakukan jika ada yang mengganggunya seperti sekarang. Nanti, makin di layan makin menjadi.
"Tapi, takkan terima kasih je yang saya patut dapat kan? "Lipat maut Aisyah berpaling.
'Ey, dia ni! Orang bagi betis nak paha. Dasar muka tak ikhlas!'
"Dah, yang tu je yang saya mampu. Nak lebih lebih, awak kan anak dato'. So, fikir sendiri lah, "
"Saya rasa, kalau awak bagi hati awak pon okay jugak rasanya, "
"Dah kalau saya bagi hati saya dekat awak, nanti orang cakap saya ni takda hati perut pulak, "
"Kalau macam tu lagilah senang, "Hakim sekadar menayang muka tidak bersalah.
"Dah kenapa, "
"Yelah kita boleh bertukar hati. Jadi takda lah istilah takda hati dekat sini, "
"Emm, apa-apalah, "kakinya terus melangkah menuju ke pintu keluar. Niatnya mahu menyiapkan assignmentnya disitu. Tapi, moodnya sudah belayar dilaut.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...